Kerajaan telah memulakan kajian terhadap sistem saraan perkhidmatan awam bermula Julai 2023 yang memfokuskan kepada aspek kemampanan saraan, pembangunan organisasi dan pengurusan bakat. Setelah mengambil kira pelbagai faktor, Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM) digantikan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.