:) Anugerah PIBG Terbaik diperkenalkan tahun ini
Oleh Syuhada Choo Abdullah
Iktiraf sumbangan persatuan dalam memajukan pendidikan negara
MAJLIS Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) memperkenalkan Anugerah PIBG Terbaik bagi mengiktiraf peranan serta sumbangan persatuan berkenaan terhadap pembangunan dan kemajuan pendidikan negara, tahun ini.
Presidennya, Prof Madya Mohamad Ali Hasan, berkata program julung kali itu diadakan dua peringkat, iaitu negeri dan kebangsaan.
Beliau berkata, pelaksanaan peringkat negeri diadakan secara berperingkat didahului dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pencalonannya kini dibuka hingga 16 Mei depan.
“Ini diikuti Kelantan, Selangor dan negeri lain. Permohonan terbuka kepada PIBG semua sekolah rendah dan menengah serta Maktab Rendah Sains Mara. Tiada borang pencalonan khusus untuk tujuan ini.
“Bagi PIBG berminat, Yang Dipertuanya perlu mengemukakan surat `Permohonan Pertimbangan Anugerah PIBG Terbaik’ berserta sokongan pengetua atau guru besar, laporan mesyuarat agung terkini dan dokumentasi lain,” katanya kepada Berita Harian.
Mohamad Ali berkata, antara kriteria utama pemilihan PIBG terbaik ialah laporan semasa yang lengkap, kewangan kukuh, pelaksanaan pelbagai program, pembabitan ibu bapa/penjaga, kejayaan akademik dan kokurikulum pelajar serta usaha penggalakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Katanya, majlis penganugerahan peringkat negeri akan diadakan serentak dengan zon dan seterusnya pemenang akan berentap bagi merebut Anugerah PIBG Terbaik kebangsaan.
Beliau berkata, penganugerahan peringkat kebangsaan akan diadakan sempena Persidangan PIBGN ke-7 dijadualkan berlangsung di Universiti Malaya akhir tahun ini.
“Ahli jawatankuasa pemilihan PIBG terbaik peringkat negeri dan kebangsaan membabitkan pelbagai pihak, antaranya wakil Kementerian Pelajaran atau jabatannya, Majlis Permuafakatan PIBGN/negeri, penaja, media massa, ibu bapa/penjaga, agensi ICT, dan persatuan pendidikan,” katanya.
Bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Ali berkata, permohonan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Sekretariat Anugerah PIBG Terbaik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di alamat Pusat Teknologi Maklumat Koperasi Kota Mas Net Sdn Bhd, No 94, Tingkat 1, Jalan Dato Hj Eusoff, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur atau hubungi 03-4045 4354, 03-4042 5025 dan 019-389 7179.
Beliau berkata, pemenang anugerah peringkat negeri itu akan menerima hadiah berupa komputer, pencetak, sijil/plak sumbangan Kota Mas Net Sdn Bhd/Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas).
Sambil mengalu-alukan sokongan penaja lain bagi menjayakan program murni berkenaan, katanya, perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk bekerjasama bagi memantapkan pelaksanaan itu juga akan diadakan.
Agak-agaknye PIBG sekolah mike semue layak tak? :hmm:
PIBG sepatutnya jadi PIB je.
kebajikan guru takde tersebut langsung dalam mesyuarat depa ni.kalu agm takde mende yang lebih hangat daripada agenda cikgu 'tak guna'
rata rata yang terlantik adelah orang orang yang kuat memperjuangkan anti cikgu kat sekolah.
mana le.. anak tak tahu harga nilai guru yang sebenar........ :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:
bila pk pk balik.. patutla nilai peradaban semakin hari semakin merendah. kalau dah guru yang bertindak sebagai pewaris / penyebar ilmu di letakkan di bawah telapak kasut semata.