View Full Version: Mee udang yummy yummy

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Kantin > Mee udang yummy yummy



Title: Mee udang yummy yummy


alisakarmila - April 18, 2006 01:19 PM (GMT)
Mee Udang
Kiriman: Ku Izrrinda Ku Izham
Hits: 9202 Rating: 6.29 Review: 1 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara:
Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.

Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Tambahan:
Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah.

hartiniazhar - April 22, 2006 02:11 PM (GMT)
:) Minte maaple...........teman tak minat dgn segala jenis mee. Kalau laki teman nak makan mee pun, terpaksele die beli kat kedai. Tapi bihun sedap juge!

alisakarmila - April 25, 2006 09:04 AM (GMT)
OOuuhhh, you don't know what you're missing lah,yang.Tapi memang betul mee hoon okay,gak,Hartini.Cuba try test le!

cikguonline - April 25, 2006 01:14 PM (GMT)
teman pun nape tak tak minat makan mee dari kecik makan mee rasa pahit je sejak tu tak suka makan mee :muntah: tapi kalau dah takde apa bedal jugak. tapi mee kicap teman suka la.




Hosted for free by InvisionFree