View Full Version: Aiman tak kisah...

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Darjah/Tingkatan > Aiman tak kisah...



Title: Aiman tak kisah...


alisakarmila - April 18, 2006 01:03 PM (GMT)
Geram betullah anak murid alisa sorang ni,nama dia Hazali(macam anakku Sazali...la pulak!).Tiap kali bagi kerja tak boleh banyak sangat,banyak aje komen dia.sekarang ni dia punya favourite line.."Aiman tak kisah....tcer nak bagi banyak pun takpa..."Eiii! sikit sikit,Aiman tak.kisah"..sikit sikit "Aiman tak kisah..."

cikguonline - April 19, 2006 12:43 PM (GMT)
:2lol: pandai pulak budak tu cakap cam tu. Ingatkan takde budak yg ikut. Kalau teman kasi dia keje rumah sampai tak larat nak buat :geram:

hartiniazhar - April 20, 2006 03:04 PM (GMT)
:) Berape umur budak ni? Memang pandai die cakap....agaknye makbapak die pun jenis tak kisah jugak pun! :hmm:

alisakarmila - April 21, 2006 01:11 PM (GMT)
Nak marah sangat pun tak berapa berguna sebab dia macam suka je bila kita marah marah,dia.Rasanya sebab kurang kasih sayang dan perhatian.Jadi kalau kita marah dia...dia suka juga sebab satu bentuk perhatian juga tu!Dah tingkatan 4.Bukanya budak kecil.Tapi alisa fikir kalau nak dia jadi dewasa kita kenan treat dia macam budak dah besar panjang juga...lah

hartiniazhar - April 22, 2006 02:07 PM (GMT)
:) Ooooooh...... :o dah sour 16, ke? Ingatkan baru 7 tahun. Memang betulle cakap alisakarmila....budak macam ni kenele layan die macam budak dah besor panjang. Bukannye budak kecik lagi...tapi dari ape yang mike cerite...macam budak kecik je die ni. Mungkinle takde perhatian dari makbapak. Mungkin kalau mike rajin dan ambil berat, cube-cubele risik background dan family die...so the next time die cakap "line trademark" die tu, mike dapat smash balik supaye die sedor bukan semue bende takleh cakap "tak kisah pun"! Kalau temanle....gasak diele nak cakap ape pun, sebab bukan kite yang rugi..tapi die juge yg. tak untung dari sikap die tu. But then, kitekan cikgu....bukan stakat ngajor tapi mendidik pun keroje kite juge. Macamle tak cukup didikan di rumah plak! Apepun, teman ni pun bukannye paham bebenor budak-budak besor panjang. Anak-anak teman pun belum lagi remaje, masih bebudak lagi. Lagipun dah lame benor ngajor sekolah rendah.

alisakarmila - April 26, 2006 12:43 PM (GMT)
:( Semalam si hazali kena tangkap macam dalam filem...hidu gam belakang pokok serai tepi makmal komputer. Kalau tengok masa dia tengah high tu,macam ada backgroud music "Free as a bird"..lagu Beatle dulu tu.Memang high habis.

Sedih alisa tengok.Tak dapat bayangkan kalau anak alisa..(Nauzubillah..) kena red handed macam tu.

Test 1 tempohari cuma BM je and Lukisan yang pass.Itupun..nyawa nyawa ikan gitu.Kasi fening..lah!

hartiniazhar - April 26, 2006 02:50 PM (GMT)
:) Budak-budak sekolah menengah nampaknye dah makin teruk perangai deme. Itu baru satu kes...belum kes-kes yang besor-besor.....dadah, seks luar nikah, rogol, bunuh, belasah orang sampai mati.....eeee! teman ngeri dengor semue tu. Kenapele budak-budak skarang terlampau berani sangat? Salah siapa sebenornye? Cikgu, makbapak, media, kerajaan.....tapi yg. pastinye bukan salah ibu mengandung! :stp:

cikguonline - April 28, 2006 08:26 AM (GMT)
Isap gam bahaya tu. Teman ingat lagi masa Sek Men dulu. Dalam kelas pun diorang berani isap gam. Pastu jalan pun dah tak betul :gila:

alisakarmila - April 28, 2006 10:47 AM (GMT)
:stp: Alisa jadi lebih confuse sebab mak bapak dia beritahu yang mereka dah jaga sepenuh masa.Mereka salahkan kawan kawan dia...

kuguru - April 28, 2006 04:24 PM (GMT)
kadang kadang tu betul jugak tu.. pengaruh kawan... kalau tak buat tak dpt masuk geng..Budak budak skrg ni lain macam.mereka memandang kalau dpt buat bende2 jahat ni sbg hero , yg tak buat tu dikecam sbg mat skema dll. ni lah yang selalunya buat mereka terjerumus ni.... mungkinler

Pakcik Dungun - May 19, 2006 04:50 PM (GMT)
kita mungkin ibu bapa yang mendidik anak dengan baik...tapi, kadang kita lupa untuk melihat dengan siapa anak kita berkawan. anak2 bila dah meningkat remaja, lebih mudah terpengaruh dan mengikut perangai rakan.

kalau kita tiba-tiba perasan akan perubahan sikap dan tingkahlaku anak kita,contohnya mula pandai bercakap kasar ngan adik-beradik, sedangkan kita sendiri pun tak pernah begitu....tengok-tengoklah siapa kawannya.

paloma - June 2, 2006 07:50 AM (GMT)
Saya selalu terfikir tentang sisem pendidikan sekarang yang sedikit sebanyak pada saya menjadi punca kejatuhan nilai akhlak dan peribadi anak2 kita. Kelonggaran dalam syarat meneruskan pendidikan di peringkat sekolah contohnya, ini satu situasi yang membebankan guru2 di SM sebenarnya. Bayangkan.... anak2 yg gagal PMR dan memang tiada minat utk belajar, dipaksa hadir ke sekolah. Yang terpaksa menghadapi mereka dan memahami mereka ialah kita guru2. Disamping itu, mereka inilah yg menjadi pengaruh buruk kpd rakan2 yg masih punya minat dan peluang dalam pendidikan. Tapi sejauh mana pengaruh guru? Setakat mana kemampuan kita menangani masalah sebegini? Kadang2 terasa tension juga.... mereka sahaja yg perlu difahami.... sedangkan kita guru2??? Kita pun manusia biasa kan??? Bila jadi macam ni mulalah terfikirkan peranan kaunselor.

Kaunselor pun hanya segelintir yang betul2 menjalankan fungsi. Kalau saya tinjau sekolah2 kat daerah saya ni, hanya satu atau dua sekolah yg mempunyai kaunselor yang betul2 berfungsi. Yang lain..... :( Sedangkan.... satu sekolah tu ada sekurang2nya 2 kaunselor. Mungkin mereka2 yang tak berfungsi ni hanya kaunselor pada sijil...????

Sabar.... sabar..... :cool:

hartiniazhar - June 4, 2006 04:19 PM (GMT)
:) Memang betul cakap mike...teman setuju bebenor. Kadang-kadang teman tertanye-tanye dimane silap teman mengajor bile budak-budak tak tunjuk minat nak belajor. Kalau budak sekolah menengah yang kurang minat belajor tu...teman rase...makbapak patut pertimbangkan menghantar anak deme ke sekolah teknik, sekurang-kurangnye deme belajor kemahiran (skill). Bile deme tinggalkan sekolah, bolehle cari makan gune skill tu. Bekas pelajar teman pun ade yg berjaya sebagai mekanik, kerja di kedai letrik dan sebagainye. Sekurang-kurangnye dapatle deme menyare kehidupan mereke. Tapi di sekolah rendah ni.....ape yang boleh dibuat ialah ajorle yang asas....membaca, mengira dan menulis. Jgn terkejut, murid Thn 6 sekolah teman masih ade yg tak reti 3 kemahiran tu! Ade juge yg boleh tapi maleh belajor. Memangle membebankan cikgu, tapi ape nak buat? Terpakse juge ngajor deme setakat mane yg boleh. Teman runsing bile fikir sangat pasal budak yg tak minat belajor ni. Nanti teman juge yg sewel lebih dari org gile. Jadi, lantakle deme taknak belajor! :cool:

Asabakri - June 27, 2006 06:38 PM (GMT)
QUOTE (alisakarmila @ Apr 18 2006, 09:03 PM)
Geram betullah anak murid alisa sorang ni,nama dia Hazali(macam anakku Sazali...la pulak!).Tiap kali bagi kerja tak boleh banyak sangat,banyak aje komen dia.sekarang ni dia punya favourite line.."Aiman tak kisah....tcer nak bagi banyak pun takpa..."Eiii! sikit sikit,Aiman tak.kisah"..sikit sikit "Aiman tak kisah..."


Assalamualaikum!

Berilah saja dia kerja mengikut kemampuannya, tetapi strukturkan kerja-kerja yang ia kena buat itu dari yang senang kepada yang susah.

Kerja-kerja yg dapat dibuatnya dengan betul, berikan ganjaran pujian sama ada secara lisan atau pun ditulis. Mana-mana yang salah, minta ia buat semula dengan bantuan rakannya atau pelajar di kelas yang lebih tinggi sebagai mentornya. Sepatutnya setiap murid ada mempunyai mentor masing-masing.

Wasalam.

ideal - June 28, 2006 04:26 AM (GMT)
selamat datang asabakri...

Asabakri - June 28, 2006 11:52 AM (GMT)
QUOTE (ideal @ Jun 28 2006, 12:26 PM)
selamat datang asabakri...

Terima kasih!

Kepada semua guru yang dikasihi,

Sesungguhnya para murid dan pelajar hari ini kita dapati mereka bersifat nakal dan jahat serta tidak mahu mematuhi arahan adalah merupakan cabaran umum yang dihadapi oleh semua guru yang benar-benar prihatin, yang inginkan anak-anak didik mereka mencapai kejayaan. Analoginya kita sebagai guru juga adalah seperti para petani, dan para pelajar dan murid-murid adalah seperti tanaman yang sering diserang oleh pelbagai musuh perosak tanaman. Bagi para petani ada kaedah dan teknik menyuburkan tanaman dan memusnahkan musuh perosak, dan kita sebagai guru juga ada kaedah dan tekniknya bagi mengatasi masalah.

Kita sebagai guru tentu belum melupakan FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (FPN) yang isunya penah Asabakri lontarkan dahulu. Di kebanyakan sekolah FPN ini dipaparkan di dinding sekolah, tetapi barangkali tidak ramai yang mempedulikannya. Yang ingin Asabakri tekankan kepada semua guru ialah supaya tidak melupakan bahawa FPN kita adalah satu-stuan FPN di dunia ini yang berpaksi kepada KETUHANAN.

Apabila sesuatu itu berpaksikan kepada KETUHANAN maka dengan sendirinya ia tidak boleh lari dari perkara asasinya, iaitu PERINTAH. Bagi umat Islam prinsip PERINTAH ada dijelaskan di dalam Al-Qur'an, iaitu:
"Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38].

Asabakri sarankan Ayat 38 Surah Al-Israa' itu berserta maksudnya dipamerkan dengan tulisan yang besar di dinding sekolah (mural), dan juga di bilik-bilik darjah; malahan di rumah kita juga kita pamerkan supaya ia menjadi asas prisnsip hidup kita dan sesiapa jua pun, termasuk para pelajar/murid dan anak-anak kita sendiri.

Masalah disiplin pelajar/murid khususnya yang enggan mematuhi arahan guru, seperti membantah dan membangkang guru apabila disuruh membuat kerja; itu semua adalah akibat:
(a) Guru-guru sendiri tidak memastikan apa-apa yang guru perintahkan, para pelajar/murid itu mesti laksanakan.
(b) Para pelajar/murid itu sendiri seringkali dan sudah menjadi kebiasaan terlepas (dibiarkan oleh guru) tidak diberikan akibatnya apabila mereka melanggar perintah guru.

Justeru, jika dihalusi maksud Ayat 38 Surah Al-Israa' mengenai prinsip PERINTAH tersebut, maka implikasi kenapa para pelajar/murid itu nakal, jahat dan membantah guru; semaua itu adalah sebagai produk atau akibat kepada (a) dan (b) di atas.

Oleh itu bagi mengatasi masalah disiplin para pelajar/murid, kaum guru mestilah tidak melanggar prinsip PERINTAH itu sendiri, iaitu:
1. Apabila guru telah memerintahkan atau menyuruh para pelajar/murid membuat apa-apa pekerjaan atau latihan, guru mesti pastikan para pelajar/murid melaksanakannya. Jika guru tidak dapat memastikannya mereka mematuhi, ini bererti gurulah yang menanam bibit kepada para pelajar/murid menjadikan mereka itu jahat, nakal, degil dan tidak mahu mematuhi perintah/suruhan guru.

2. Adalah lebih baik guru tidak usah menyuruh atau memerintahkan para pelajar/muridnya membuat apa-apa kerja atau latihan jika guru sendiri tidak dapat memastikan apa yang diperintah atau disuruhnya itu dilaksanakan atau dipatuhi oleh para pelajar/muridnya.

Kesimpulannya ialah, kalau kita sendiri tidak mampu memastikan segala perintah yang kita sendiri keluarkan atau arahkan itu dipatuhi, bermakna kita sendirilah pula yang akan diperintah para pelajar/murid kita itu. Ini adalah kerana berdasarkan teori "kuasa", bahawa di mana-mana tempat pun kita berada, mesti adanya "pihak yang berkuasa" dan "pihak yang mematuhi kuasa". Justeru apabila di satu-satu tempat itu kedua-dua pihak merebut kuasa, maka berlakulah konflik antara kedua-dua pihak.

Apabila di dalam bilik darjah, para pelajar/murid sudah tidak mahu mematuhi arahan guru, atau membantah kerana enggan membuat kerja yang di suruh, bererti para pelajar/murid itulah yang berkuasa. Guru tidak menyedarinya dirinya telah dikuasai oleh para pelajar/muridnya; cuma guru hanya menyedari bahawa para pelajar/muridnya itulah yang salah; degil, tak berdisiplin, tak dengar kata dan sebagainya, yang akibatnya guru sendiri tension atau tertekan. Tertekan itulah yang sebenarnya bukti bahawa para pelajar/murid itu telah menguasai guru lalu "menekan" guru hingga guru berkenaan menjadi rasa tension dan "tertekan?!

Cikgu-cikgu sekali,
Sekiranya ada soalan, silalah kemukakan, supaya kita dapat berkongsi idea bagi mengatasi masalah yang begitu umum dihadapi oleh para guru. Wasalam.

.









Hosted for free by InvisionFree