View Full Version: Pelajar serang guru

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Pusat Sumber > Pelajar serang guru



Title: Pelajar serang guru


cikguonline - April 17, 2006 01:13 PM (GMT)
Pelajar serang guru
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: Hanya kerana menegur dua pelajar cuba melarikan diri ketika pemeriksaan selepas perhimpunan, seorang guru disiplin diserang pelajar terbabit sehingga mengalami kecederaan dalam kejadian di Sekolah Menengah Datuk Syed Omar, di sini, semalam.

Bagaimanapun, guru terbabit bernasib baik kerana hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Alor Star (HAS), di sini.

Guru disiplin lelaki sekolah di Lebuh raya Sultanah Bahiyah itu dipercayai cedera di muka dan rusuk akibat tendangan `ala kungfu’ oleh kedua-dua pelajar terbabit.

Menurut sumber, guru berusia 39 tahun itu dikatakan menegur kedua-dua pelajar tingkatan lima terbabit yang dipercayai enggan menjalani pemeriksaan dan cuba melarikan diri.

Difahamkan, pemeriksaan rambut dan disiplin pelajar adalah amalan biasa setiap kali selepas perhimpunan mingguan.

Sumber itu berkata, sebelum kejadian, guru disiplin berkenaan memanggil seorang daripada pelajar terbabit dan menegurnya kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan mingguan selepas perhimpunan.

Menurutnya, guru lelaki itu kemudian mengekori pelajar terbabit dan mengarahkannya kembali ke tempat perhimpunan untuk menjalani pemeriksaan disiplin.

Bagaimanapun, katanya, pelajar itu tiba-tiba menyerang guru terbabit dengan menumbuk beberapa kali ke mukanya.

Beliau berkata, ketika guru itu cuba menepis tumbukan, seorang rakan pelajar terbabit berkejar ke tempat kejadian sebelum turut menyerang dengan menumbuk dan menendang mangsa sebelum dileraikan beberapa pengawas sekolah.

“Kedua-dua pelajar terbabit menendang guru itu bertubi-tubi tanpa dibantu sesiapa sehinggalah beberapa pengawas sekolah datang ke situ untuk menarik dan meleraikan mereka.

“Guru terbabit yang terasa sakit pada rusuk dan mukanya kemudian mendapatkan rawatan di HAS,” katanya sambil memberitahu, guru itu sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star.

Harian Metro difahamkan, pelajar terbabit sudah dipanggil ke balai polis berkenaan untuk memberikan keterangan.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan guru terbabit dan difahamkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana membabitkan kecederaan.

Difahamkan, Jabatan Pelajaran Kedah sudah memulakan siasatan dan laporan mengenai insiden itu sudah dihantar kepada Kementerian Pelajaran di Kuala Lumpur, petang semalam.

Kes semalam adalah yang kedua dilaporkan di Kedah dalam bulan ini membabitkan guru dipukul pelajar.

Pada 10 April lalu, seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Pendang, membuat aduan polis selepas ditampar seorang pelajar tingkatan empat kerana menegur mengenai disiplin pelajar terbabit pada perhimpunan pagi sekolah.

Pelajar terbabit kini digantung sekolah

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/M...cle/indexm_html

kuguru - April 17, 2006 01:22 PM (GMT)
camtuler nasib seorang guru. Niat yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa dibalas dengan sepak terajang, maki hamun dan macam macam. Kalau cikgu yang buat kat pelajar camtu...... dah lamo dah...... kono macam macam.

Apa nak jadi dengan generasi sekarang ni.

cikguonline - April 17, 2006 01:27 PM (GMT)
kuguru :setuju: Sape la nak bela nasib guru... Kadang tu ada sesetengah ibubapa yang membelahi anak mereka lagi ada la.:bodek: Entah lah

Apa tidakan yang telah di ambik ke atas pelajar ni ye. :tembak:

cikguizza - April 18, 2006 08:32 AM (GMT)
Kesian cikgu..hemm cam nilah nasib guru....Tu lah kami di sini dinasihatkan oleh NUTP supaya tak pukul murid sebab guru-guru ni sebenarnya tidak dilindungi...kesian kita....saya pun tak tahulah nak kata..tah bila lah kita ni betul-betul dibela nasibnya....saya tengok adik saya yang kerja doktor tu...Kain nak buat baju kot doktorpun kerajaan bagi tau...menimbun ni kat rumah bermeter-meter. Nurse pun dapat kain buat baju mereka subsidi kerajaan tau...tak cukup dengan itu...elaun oncall lagi...lepas tu elaun kritikal doktor ...RM500 tau..bukan main -main banyaknya...cikgu ni orang pandang macam sakai jer...kesian cikgu-cikgu ni....kalau kat sekolah tu nak claim duit tambang pergi mesyuarat pun payah...kalau nak buat apa-apa keceriaan ...pengetua tak bagi duit....pepandai cikgu ler guna duit sendiri..atau angkut harta kat rumah ..buat keceriaan kat sekolah....cikgu-cikgu.....naper jadi cikgu wakkakakaka :2lol: .........

cikguizza - April 18, 2006 08:34 AM (GMT)
hari ni pelajar tu serang seorang cikgu ..lain kali semua pelajar satu sekolah serang kita....saya nak pergi bawa pedang samurai ke sekolah ehehehhe

hartiniazhar - April 18, 2006 01:14 PM (GMT)
:) Budak mude sekarang dah takde rase hormat pade orang tue! Itu cikgu....agaknye makbapak die pun die terajang. Salah siape sebenornye? Saye ni bukannye menuding jari pada sesape tapi itule hakikat anak mude zaman sekarang. Kalau kat negeri orang puteh...siap bawe senjata kat sekolah...tembak rambang.....ade yang gol! Kite kene tengok balik ape punya sistem yang merosakkan anak mude kite sekarang. Bile teman kate KITE bukan bermakne cikgu je...tapi ibubape, masyarakat dan kerajaan sekali. Kite cikgu...kene terime hakikat....GURU SEKARANG BUKAN MACAM GURU ZAMAN DULU, DIHORMATI DAN DISANJUNGI....! Sedikit sebanyak mungkin ade juge kesilapan kite di pihak guru. Tapi cikgu ni hanye MENURUT PERINTAH, kan? Sebagai contoh, PPSMI - benorke ade kesan pade budak? Tapi yang saye lihat, di sekolah saye dan di sekolah yg. berdekatan.....budak masih lagi macam tu juge. Kalau dah lidah Melayu bukan boleh tukor sekelip mate jadi lidah orang puteh! Teman sedor teman ni ngajor BI dah hampir 11 tahun, tapi teman rase terlalu banyak sangat kita sanjung bahasa ni sampai ape nak buat pun dalam BI. Macam mane dengan bahasa ibunde kite? Saye ngajor BI....niat cume satu....supaye budak boleh menguasai satu lagi bahase. Itu saje! Takdele nak ngangkat BI tu ke martabat yang lebih tinggi lagi. Saye sedih bile tengok satu program kat TV3 ttg. pelancongan di AUSTRALIA. Pengacarenye orang Melayu tapi cakap BI. Memangle ada sarikate BM tapi dah tak macam Melayu lagi dah. Cakap BI memanjang! Getik teman! :muntah:

cikguyati - July 28, 2007 11:51 PM (GMT)
:setuju: Setuju! Itulah ibubapa!Ibubapa tak ambil peranan yang tegas tentang kes ini.Salah Siapa?Sudah tentulah salah ibubapanya sendiri.Saya tak memaksudkan sesiapa hanya untuk menyedarkan mereka yang berkaitan sahaja. :no: Jangan sekali-kali ingat cikgu boleh diterajang. :no: Cikgu bukannya nak apa-apa,wang ringgit.Taknak!Teman ni pulak dah ajo MT hampir 9 tahun...BI nya teman campor supaya budak-budak ni paham apa teman cakap...Sekalipun kelas pandai,bagus,tak paham pun ada jugak...Diorang nilah tak hormat cikgu! Teman ni masa mula ngaja,teman diseksa...mereka gam baju teman,lawan cakap teman..dah 2 bulan teman kat situ,teman dah tegas sikit..Tak tahan diseksa!Mulanya,teman ingat pesan GB,tak boleh pukul anak murid..Tapi,sekarang dah terbalik!!Anak murid yang pukul cikgu!Yaallah,apalah nasib guru sekarang ni..tak terbela!Sekarang ni alhamdullilah,anak murid teman dah takut dengan teman...Tapi,cikgu baru yang lain diorang tak takut..Itulah perangai diorang...

hartiniazhar - July 30, 2007 10:57 AM (GMT)
:) Lame dah rasenye tak masuk forum ni. Busy bebenor kat sekolah. Bile balik rumah rase letih teramat sangat. Tapi whatever it is, teman sentiasa mengikuti perkembangan forum cikguonline ni, cume tak respon saje. Sekarang ni...yang menyedihkan, terus-terusan cikgu-cikgu dipersalahkan, macamla kite ni tak pandai mendidik. Cemuhan dan hinaan masyarakat amat mengguris hati. Tapi adeke masyarakat sedar senario bebudak skarang? Tahap disiplin pelajar sekolah amat serius. Siapa yang patut kite salahkan? Kenape tak ambil tindakan? Makbapak hanye tahu melenting bile anak mereke disentuh, bagaimane pule kalau cikgu disepak terajang, dicekik oleh anak-anak mereke? Kenape cikgu saje yang meminte maaf pade semue tapi pelajar tak minte maaf pun kerane berulangkali membuat kesilapan walaupun ditegur oleh guru. Anak-anak sekarang terlampau dimanjekan.Itu sebab naik lemak! Bile ibubape tak hormat cikgu, anak-anak pun akan ikut perangai makbapak juge. Kalau macam tu, tak payahle hantor ke sekolah, lebih mengajor sendiri anak-anak di rumah.

:o: Berita terbaru dlm Harian Metro hari ni, sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah bertindak ala mafia menyerang dan membogelkan rakan sekolah mereka dan tak cukup dengan itu, dirakam pule gambar mangsa tanpa seurat benaang di badan! Where did we go wrong?

cikguyati - July 30, 2007 01:00 PM (GMT)
Sebelum itu,teman ni nak tanya makbapak ni,kenapa guru-guru sahaja yang harus meminta maaf ketika acap kali berlaku kejadian yang tidak seharusnya berlaku? Jika ibubapa sentuh sikit anak murid,dah masuk report..kalau si anak murid ni sentuh sikit guru,tak kecoh pulak!!
Nama teman ni dah banyak kali ada kat balai polis...Teman dah cakap kat anak murid teman,tak suka cara teman mengajar,out..teman ni bukannya buat apa pun,setakat cubit sahaja...Kalau si anak murid sampai terajang guru,jarang masuk report..




Hosted for free by InvisionFree