View Full Version: Rendang tok

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Kantin > Rendang tok



Title: Rendang tok
Description: rendang...rendang tok


alisakarmila - April 17, 2006 08:51 AM (GMT)
Moh le try resepi [SIZE=7]RENDANG TOK [/SIZE !


Bahannya:

1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul
3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik.
3 sm halia
2 sm lengkuas - dikisar hingga halus.
3 batang serai dimesin

30 sen cili kering
300 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak.
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
Sekeping gula melaka kecil.
Garam secukup rasa.

Cara membuatnya:

Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.
Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian
masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama
daging. Biarkan mendidih. Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering. Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih. Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salat dan cabai masak.



cikguonline - April 17, 2006 08:55 AM (GMT)
:mll: cikgu alisakarmila mesti orang perak ni. Rasanye rendang tok ni org Perak yang pandai buat

kuguru - April 17, 2006 01:26 PM (GMT)
cam best jer...

nak tanya alisakarmila la... guna daging biasa leh tak? nak gak surug org umah den try masak ghondang ni..

alisakarmila - April 18, 2006 07:22 AM (GMT)
Jangankan daging lembu, kambing..arnab, kijang..suma pun sodap!




Hosted for free by InvisionFree