:) Rasenye...tak terlambat teman mengucapkan SELAMAT HARI GURU pade semua guru kat Malaysia ni. Tiap-tiap thn kite sambut Hari Guru, cume satu hari ni je kite disambut, dihargai, dihormati, diberi hadiah dan etc, etc. Hari-hari lain bukannya tak ade, tapi banyak dicemuh, dimarahi, ditengking, diherdik dan malah ade juge diserang..dasat sungguh jadi guru Malaysia ni! Tp nak buat camane, dah realitinye gitu.
Dah jadi amalan di sekolah saye, guru-guru bertukar-tukar hadiah sesame sendiri. Setiap guru beli hadiah yang hargenye RM10 ke atas dan mase jamuan, undi dan dptla hadiah sorang satu. Sedih,kan? Yg teman nak cerite, adele parents terserempak dgn saye bawe hadiah besar kat gate sekolah. Deme pun tegor, "Besarnye hadiah cikgu, nak bg kat sape tu?"
Saye tak jawab, hanya tersenyum. Tp, dlm hati tu, ndak juge jawab mcm ni, "Nak bg kat cikgule, nak bg kat sape lagi. Sape lagi nak hargai kami." The point is, cikgu bukannye nak minte dihargai dgn hadiah tp cukupla dgn sokongan dan kerjasame ibubape. At least, at the very basis - bantule anak-anak ulangkaji atau dgn kerja sekolah di rumah especially anak-anak yg tersangat lemah. Takle cikgu tension bile dlm kelas, itule yg jadi cikgu mengamuk, marah sehingga menyebabkan anak-anak jd mangse. Cikgu pun manusie biase, banyak buat silap juge.
Di bawah ni...adele pendapat dan komen ttg Hari Guru. Bace, kaji dan nilailah sendiri....
"Ada di antara GURU hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya. Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan" menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :
1. Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
2. Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
3. Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
4. Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.
5. Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu."
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?...order=0&thold=0http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?...ticle&sid=10086