View Full Version: Adi Putra mahasiswa Unisel Mei?

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Petikan Akhbar > Adi Putra mahasiswa Unisel Mei?



Title: Adi Putra mahasiswa Unisel Mei?


hartiniazhar - February 26, 2008 01:33 PM (GMT)
:) SHAH ALAM 19 Feb. - Kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani, 9, dijangka mengikuti pengajian asas di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Mei ini, jika mendapat persetujuan jemaah Senat universiti itu.

Jika diterima masuk, Adi Putra bakal mencatat sejarah sebagai mahasiswa universiti termuda di negara ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Unisel, Rosniza Mohamad Rasol berkata, pada dasarnya Adi Putra telah dianggap layak mengikuti pengajian asas di Unisel oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Unisel, Prof. Dr. Anuar Ahmad yang telah melihat kemampuannya.

Beliau berkata, Prof. Dr. Anuar bagaimanapun perlu mendapat persetujuan Senat yang dibarisi profesor dan dekan Unisel.

''Jika mendapat persetujuan Senat... Insyallah, Adi Putra akan memulakan pengajian asasnya di Unisel Batang Berjuntai, Kuala Selangor pada bulan Mei selama setahun.

''Selepas dia berjaya di peringkat asas, Adi Putra akan dibenarkan mengikuti pengajian peringkat ijazah di Fakulti Kejuruteraan di sini," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan awal ini dibuat berikutan lawatan Adi Putra ke Unisel Batang Berjuntai, Kuala Selangor hari ini.

Adi Putra yang datang dengan ibu bapanya telah menunjukkan kepintarannya dalam matematik selama dua jam di hadapan kira-kira 1,000 pelajar dan warga Unisel.

Kehadiran Adi Putra disambut oleh Naib Cancelor Unisel, Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus.

Menurut Rosniza lagi, sebagai menghargai bakat Adi Putra, Unisel akan membukukan formula matematik yang dicipta kanak-kanak istimewa itu untuk dijadikan rujukan pelajar universiti dan pelajar sekolah.




Hosted for free by InvisionFree