View Full Version: Yang Beragama Islam..

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Agama/Moral > Yang Beragama Islam..



Title: Yang Beragama Islam..
Description: TolongLa Baca dan Sebarkan!!Penting..


hartiniazhar - December 27, 2007 02:04 PM (GMT)
:) ASSALAMMUALAIKUM!

Istilah Semekom, Akum....
sazs menulis - ""Harap dapat disampaikan.
Petikan ini diambil dari ukhwah.com. Insya Allah, agar semua dapat iktibar dan pengajaran daripadanya.

Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini
memberikan ucapan salam samada melalui emel
dan sms hanya dengan menulis
perkataan "Akum". Sudahlah kita telah hilang
keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan
hanya menulis "S.A.W" dan pujian kepada Allah
dengan hanya menulis "S.W.T" maka kali ini kita
akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah
suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan
menjadi "Akum".
Dalam hukum Fiqah, tulisan yang
tertera "Assalamualaikum" adalah wajib dijawab
oleh penerima salam tadi samada melalui lisan,
emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun
dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala
tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya
bukan doa. Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati
semua supaya mengekalkan keaslian salam pada
ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum
dan bukan lagi "Akum".

Sekian, terima kasih.

P/S:

Ada juga yang menggunakan semekom, sekom,
selekom. Ada artis lawak kita yang suka sangat
menggunakan cara ini apabila memulakan show.
Dan audience pun ketawa terbahak-bahak. Kurang
ajarnya ! Dan yang paling kurang ajar ada yang
buat main sehinggakan sebutan menjadi Celcom!!

TOLONG SEBARKAN BERITA INI AGAR GEJALA
SEBEGINI DAPAT DIHINDARKAN TERUS!!!!




Hosted for free by InvisionFree