View Full Version: Cikgu tak boleh berada di perpustakaan?

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Pusat Sumber > Cikgu tak boleh berada di perpustakaan?



Title: Cikgu tak boleh berada di perpustakaan?


hartiniazhar - November 18, 2007 04:24 AM (GMT)
:) Pada mesyuarat Pusat Sumber Sekolah (PSS) baru-baru ini, GB sekolah teman menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya kerana terlalu ramai guru yang bermastautin di perpustakaan. Alasannya, guru-guru yang duduk kat situ bukannye buat kerja apapun. Walaupun dia tak nyatakan alasan secara indirectly, tapi kami semua faham maksudnye.

Itule yang buat cikgu-cikgu yang duduk kat situ 'terasa' sangat. Sebenarnya, cikgu-cikgu tu bukanle duduk di perpustakaan tapi duduk di bilik pengurusan pusat sumber (sebelah perpustakaan) di mana guru pss pun duduk kat situ. Bukanlah ramai cikgu yang duduk di situ, hanya 4 orang guru sahaja (termasuk guru PSS). Mereka ni ada sebab kenapa mereka duduk di situ sebabnya yang paling utama ialah kelas-kelas mereka di bawah dan ini memudahkan mereka berulang ke kelas dengan lebih cepat. Di samping itu guru-guru ini juga membantu dalam kerja PSS sebab guru PSS tu sorang-sorang buat kerja.

Yang GB nampak ramai tu sebab ada guru lain yang keluar masuk bilik tu tapi bukanlah duduk tetap di situ. Mereka ni kadang-kadang masuk sebab ada hal - cth: nak guna komputer PSS, nak cari maklumat dan ada yang nak bantu buat kerja PSS.

Apa yang GB gagal nampak ialah kami pun turut membantu kerja di PSS. Bayangkanlah kalau guru PSS tu duduk sorang-sorang kat bilik pengurusan tu tanpa dibantu oleh sesapepun, mampukan die buat kerja disamping terpakse menjage keluar masuk murid dlm perpustakaan?

Tapi perkara ni tergantung begitu sahaja, takde kata putus. Utk pengetahuan semua, salah sorang cikgu yang duduk kat situ ialah teman sendiri sebab 1) kelas teman hanya di bawah 2) teman bantu juge guru PSS tu sebab teman pernah pegang PSS sebelum ni. Teman pun terase juge tapi yele....mane ade orang puas hati. Kalau betul GB tak suke, tak payahle halau dari sane, sebab teman pun nak tukor skolah?

mist - November 18, 2007 05:19 PM (GMT)
Bagusnya cikgu sekolah awak, mahu menolong guru PSS buat kerja. Saya pun guru pss, tapi tak de guru lain yang nak menolong. Harap ajk guru je, tu pun masing-masing sibuk, tak dapat selalu naik ke pss. Sekarang ni nek buat perancangan strategik, pelan taktikal pss pula. Kena buat sorang-sorang la nampak gayanya.

hartiniazhar - November 26, 2007 11:11 AM (GMT)
:) Di sekolah saye, bukan semua cikgu nak buat kerja pss. Kami yang duduk kat situ rasa serba salah, udahle menumpang, jadi sebab kesian ngan guru pss tu, kami pun tolong seada yang mampu. Macam saye ni lagile, pernah jadi guru pss. Jadi setahun dua ni duduk kat situ tolong guide guru pss yang 0 knowledgenya dlm pss. Cikgu-cikgu lain nampak tak berminat nak jadi guru pss tapi pandai pulak beri komen bile tak puas hati. Saye cakap cubale setahun dua jadi guru pss, baru tahu....!

Mase saye jadi guru pss, pernah ade pembantu, cikgu jugak. Tapi ditarik dari AJK pss jadi saye terpakse mengalah. Buatle kerje sorang-sorang. Tapi tule orang pandai komen tapi tak tahu betape kite buat kerje sorang-sorang sampai hari Ahad pun datang buat kerje pss. Nasib baikle ade pengawas pss yang setia membantu.




Hosted for free by InvisionFree