Title: Sifir oh sifir...
Description: 1 x 1 = 1, 1 x 2 = 2 ........
kuguru - April 10, 2006 10:41 PM (GMT)
untuk semua guru mate dan juga yg bukan guru mate, jom kongsi pandangan korang semua... korang ada tak idea camno nak ajar sifir ni pada murid2 EtEMS ni? Nak hafal dlm BM ker dalam BI?
cikguonline - April 12, 2006 06:35 AM (GMT)
Ha ni masalah utama matematik. Susah nak hafal sifir. Macam kat Sek aku hafal dalam BI & setiap kali perhimpunan mesti akan ada sorang murid baca dekat perhimpunan. Tahun lepas sebelum sesi pembelajaran bermula murid-murid ni akan baca sifir di dataran depan Sek.
Tapi apa yang berlaku kadang-kadang termakan masa yang pertama dah cikgunye terkurang masa masuk kelas lagi2 satu masa je pulak. apa nak belajarnye. Jadi benda ni telah di mansuhkan di Sek aku la.
nak bagi idea aku pun bukan pakar tentang kira mengira ni. Ada jugak di ajukan dalam mesyuarat sek tapi takde idea yang dapat aku bagi. Ada idea lain tak?
p/s: heran tul aku setiap kali perhimpunan asyik sifir 4 je bacanye...
paloma - April 13, 2006 07:15 AM (GMT)
Pada pandangan saya.... masalah hafal sifir ni tak kisahlah bahasa apa pun. Yg penting pelajar punyai kemahiran utk mengalihbahasa nombor yg difikirkan dalam kepala tu dgn betul. Matematik ni kira ok lagi bila PPSMI ni diperkenalkan. Saya simpati dgn subjek Sains..... bukan kat pelajar jer..... cikgunya pun berpinar juga kena study dulu sebelum masuk ke kelas..... :nerd:
kuguru - April 13, 2006 01:08 PM (GMT)
sebenarnya bagi subek mate pun sama gak, terutamanya bila dah masuk tahap II ni, byk istilah yg sukar difahami oleh murid .
hartiniazhar - April 13, 2006 01:25 PM (GMT)
:) Teman ni pun bukannye mahir sangat Matematik...tambah lagi sekarang dalam BI. Tapi teman rase, memang susah juge cikgu Maths nak ajar subjek tu dalam BI. Teman perasan...cikgu Maths di sekolah saye gune 2 bahasa....BM dan BI. Susah kalau semuenye dalam BI, budak tak faham. Saye pun ngajor BI guna BM. Pade saye tak salah. Kadang-kadang kene gak gune translation. Tentang sifir tu...saye sendiri pun tarak idea. Amalan sifir di sekolah teman serupe dgn sekolah cikguonline. Tapi takdele sampai mengganggu mase belajor. Kelas bermula 7.30 tapi loceng bunyi 7.20. So 10 minit tu digunakan untuk hafal sifir...beramai-ramai. This week in BM, next week in BI.
cikguonline - April 14, 2006 09:39 AM (GMT)
Wa bagus jugak tu ikut minggu. Minggu ni BM minggu depan BI bagus tu.
kalau dalam BI panjang ke dia punya ayat
:dia: "ONE TIMES TWO IS TWO"
aku ada buku kaedah Mohdar (cara hafal sifir guna singkatan nama) tapi dalam BM la.
Ada ke kaedah lain?
paloma - April 15, 2006 07:27 AM (GMT)
cikguonline.... kalau tak keberatan kongsi2lah kaedah Mohdar tu. Kot2 boleh digunapakai oleh anak2 didik di sekolah saya.
Saya rasa amalan menghafal sifir pd waktu perhimpunan ni dilaksanakan di sekolah rendah. Kalau kat sekolah menengah masalah sifir ni hanya diserahkan kpd guru2 Math utk selesaikan sewaktu pengajaran. Guru tulah yg kena fikirkan apa kaedah yg sesuai utk pelajarnya.
Satu kelemahan di sekolah menengah ni, pelajarnya dah boleh guna kalkulator utk kertas 1 PMR. Dan akibatnya pelajar2 lebih cenderung menekan butang kalkulator drpd menggunakan kemahiran asas yg dah pernah dipelajari. Penyelesaian mmg cepat diperolehi, tapi otak pelajar nampaknya semakin "beku".
cikguonline - April 15, 2006 01:12 PM (GMT)
Boleh nanti saya cari balik mana saya letak buku tu & ada lagi satu kaedah Halim (tak pasti nama kaedahnye tapi org yg buat risalah ni nama Halim) di ni selalu ada di pasar malam & dia bawak papan putih untuk tunjuk cara2 mengira dengan cepat & saya ada beli risalahnye.
entah mana aku letak nanti aku cari balik
kuguru - April 16, 2006 02:59 PM (GMT)
kaedah mohdar den pernah cuba kek anak murid aku.. tapi kantui, sebab sblm nak belajar kaedah ni kena hafal singkatan setiap nombor tu pulak dulu.
macam TU utk satu, WA utk dua.. dan seterusnya. bila dah masuk je banyak nombor budak2 aku dah mulo poning. (aku ni sejak posting ngajar budak TH6 kelas kedua). last last aku kenselkan ajer.
tapi kaedah halim tu aku tak pernah tahu.. namanye aku pernah dengar, tapi kaedah yg dia gunakan aku tak pernah tahu lagi...
harap harap jumperlah hendaknya pencarian cikguonline..
Amiinnn
cikguonline - April 17, 2006 07:56 AM (GMT)
Wa bertimbun koleksi kertas tah tahun bila... dengan buku2 yang bertimbu aku jumpa balik buku ni leh lihat seperti di dalam gambar jap aku tengah cari kaedah mohdar
cikguonline - April 26, 2006 10:56 AM (GMT)
cikguonline - April 26, 2006 10:57 AM (GMT)
cikguonline - April 26, 2006 10:59 AM (GMT)
cikguonline - April 26, 2006 11:04 AM (GMT)
cikguonline - April 26, 2006 11:05 AM (GMT)
cikguonline - April 26, 2006 11:05 AM (GMT)
cikguonline - April 26, 2006 11:08 AM (GMT)
Muka Surat 8. Muka surat terakhir. Kalau nak pandai kene gi kelas ABD. HALIM BIN BISTAMAM ni. Aku hanya ada risalahnye je yang di kasi kat pasar malam. tak reti aku nak menggunakannye kalau korang faham leh ajor aku :stp:
sorry kualiti gambar kurang baik sbb pakai kamera fon je yg aku ada. :tq:
kuguru - April 28, 2006 04:28 PM (GMT)
mintak tolong cikguonline scan buku tu leh tak?
mazurah - April 30, 2006 03:29 PM (GMT)
saya pula nak bagi anak saya hafal sifir dengan cara lain tak ada tapi dengan latih tubi sahaja. dan kena selalu ulang dan kena bagi soalan mengejut supaya anak-anak saya selalu ingat kali-kali.
cikguonline - April 30, 2006 04:13 PM (GMT)
| QUOTE (kuguru @ Apr 29 2006, 01:28 AM) |
| mintak tolong cikguonline scan buku tu leh tak? |
aku takde scannner la kuguru :(
mazurah - May 3, 2006 04:14 PM (GMT)
asm
Cikgu on line,saya print page 8 ,saya tengok jalan kerja dia , minta maaf yek, saya beri komen tentang math ini..saya perhatikan jalan kerjanya tak standard, cthnya kalau diperhatikan
123 X 12, 123 diletakkan disebelah atas,
24 X 21, 24 diletakkan dikotak sebelah bawah
831 X 23, tiada no yang sama di letakkan
Pada pendapat saya kaedah ini agak memeningkan kepala para pelajar. saya rasa lebih baik guna cara pendaraban yang dalam website matematik upsr, yang menggunakan pendaraban secara matrik
kuguru - May 6, 2006 04:34 AM (GMT)
| QUOTE |
| Pada pendapat saya kaedah ini agak memeningkan kepala para pelajar. saya rasa lebih baik guna cara pendaraban yang dalam website matematik upsr, yang menggunakan pendaraban secara matrik |
memang kaedah ni lebih sesuai utk mereka yg advance..
manakal kaedah matrik tu , mmg dikhususukan supaya dpt mengurangkan kesilapan terutamanya dalam pendaraban dengan nombor lebih dari 1 digit.
dan kaedah ini telah mula diiktiraf oleh PPK dan dinamakan sebagai "LATTICE PATTERN"...
mazurah - May 6, 2006 12:02 PM (GMT)
asm
betul tu kuguru, salah satu cara untuk mengajar student yang lemah pendaraban. Saya ada anak jiran yang agak lemah dalam pendaraban ini, puas saya mencari kaedah yang sesuai utk anak jiran saya ini didalam mana-mana website. akhirnya saya temui kaedah pendaraban secara matriks adalah sangat sesuai dan kaedah pembahagian yang diajar tu pun sangat mudah anak jiran saya fahami. Semoga lebih banyak laman web yang memaparkan teknik termudah dalam setiap subjek utk murid mudah utk memahami dan setiap guru pun senang hati :)
kuguru - May 6, 2006 02:18 PM (GMT)
cikguonline - May 7, 2006 10:09 AM (GMT)
| QUOTE (mazurah @ May 4 2006, 01:14 AM) |
asm
Cikgu on line,saya print page 8 ,saya tengok jalan kerja dia , minta maaf yek, saya beri komen tentang math ini..saya perhatikan jalan kerjanya tak standard, cthnya kalau diperhatikan
123 X 12, 123 diletakkan disebelah atas,
24 X 21, 24 diletakkan dikotak sebelah bawah
831 X 23, tiada no yang sama di letakkan
Pada pendapat saya kaedah ini agak memeningkan kepala para pelajar. saya rasa lebih baik guna cara pendaraban yang dalam website matematik upsr, yang menggunakan pendaraban secara matrik |
Saya pun tak berapa faham jalan pengiraanye... Bagus jugak Pn mazurah print muka surat tu. Mungkin benda ni tak sesuai di gunakan untuk murid.
Dulu saya pernah tengok rancangan TV smartshop rasanya yg dia orang tunjuk budak2 boleh kira dengan cepat guna kaedah mereka tanpa menggunakan kalkulator mungkin kuguru tau atau ada beli ke produk tu.
sherrina - May 15, 2006 06:11 AM (GMT)
student saya ajar saya camne nak hafal sifir 9 pakai jari...tapi sayangnya teknik tu hanya sesuai utk sifir 9 shj