View Full Version: Kementerian Pelajaran rombak sistem kokurikulum

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Petikan Akhbar > Kementerian Pelajaran rombak sistem kokurikulum



Title: Kementerian Pelajaran rombak sistem kokurikulum


hartiniazhar - June 1, 2007 03:32 AM (GMT)
:)
PUTRAJAYA 31 Mei – Kementerian Pelajaran akan merombak secara keseluruhan kokurikulum sekolah sedia ada supaya sistem pendidikan negara tidak lagi dilihat memberi penekanan kepada soal pencapaian akademik sahaja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana ibu bapa dan masyarakat tidak begitu memberi perhatian serius terhadap aktiviti kokurikulum sekolah anak masing-masing.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan sistem pengurusan aktiviti kokurikulum di sekolah masa kini yang dilihat tidak mempunyai objektif yang jelas.

“Banyak perubahan yang perlu dilakukan terhadap sistem kokurikulum sekolah sedia ada supaya ia menjurus kepada objektif kita memberi pendidikan secara holistik.

“Lebih-lebih lagi, apabila kerajaan telah menetapkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sekolah sebagai syarat penting bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2006 kepada lebih 300 warga kementerian itu di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan-timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim dan Datuk Noh Omar.

Sehubungan itu, Hishammuddin memberitahu, jawatankuasa khas telah dibentuk bagi melaksanakan pelbagai program dalam memperkasa sistem kokurikulum sekolah bermula bulan depan.

“Saya mahu tengok satu arus perubahan yang lebih ketara dalam sistem kokurikulum sekolah dan juga akan menjurus kepada golongan sasar yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya akan mengumumkan hasil penilaian terhadap empat teras yang telah dilaksanakan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), hujung bulan depan.

“Tetapi masalahnya, penilaian itu hanya untuk sepanjang tempoh lima bulan program PIPP dilaksanakan membabitkan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Merapatkan Jurang Pendidikan, Memartabatkan Profesion Keguruan dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

“Saya berpendapat mungkin lebih adil jika penilaian sedemikian dibuat pada hujung tahun ini kerana ia akan membabitkan semua teras yang digariskan dalam PIPP,” katanya.


*Sepatutnya dari dulu lagi kena rombak balik.....sebab sekarang ni...tak kira cikgu, ibubapa, PPD, JPN atau Kementerian....pentingkan akademik sahaja. Ilmu yang murid dapat di sekolah cuma dimuntahkan balik masa peperiksaan tapi tak diamalkan selepas habis tamat belajar. Bekas anak murid saya merupakan seorang yang aktif dlm bidang koku tapi dia masih boleh score 5A dlm UPSR thn sudah. Tapi malangnya, mungkin takde rezeki, dia tak dpt masuk mane-mane asrama penuh dan terpaksa pergi sekolah biasa, dibandingkan dgn kawan sekelasnya yg tak aktif ko-ku, score 5A tapi dpt pule masuk asrama penuh. Di mane keadilannye?

nurkamar - July 15, 2007 06:22 PM (GMT)
patut print besar2 tampal depan pintu gubeso den yg tak geti campur masyarakat tu!

cikgudenan - July 20, 2007 08:01 AM (GMT)
Aku setuju dengan cadangan ko nurkamar




Hosted for free by InvisionFree