saya seorang ibu kepada 2 cahaya mata yang masih kecil dan kini baru ditempatkan di sebuah bandar elit di pantai barat.saya amat keliru dengan sistem kementerian pelajaran hari ini.banyak persoalan yang timbul dalam pengurusan pihak kpm.saya mendapat surat penempatan (hampir 2 tahun menunggu tawaran penempatan)yang ketika itu saya masih dalam pantang melahirkan anak kedua.maka saya cuba usahakan untuk mengatasi masalah yang bakal timbul memandangkan situasi saya sekarang.suami saya juga seorang guru di pantai timur mengambil cuti semata-mata untuk pergi ke putrajaya dengan harapan untuk menukarkan penempatan atau setidak-tidaknya menangguhkan ke satu penempatan yang baru.saya tidak kisah sekiranya terpaksa menunggu lagi sehingga 6 bulan atau setahun.melainkan,saya di tukar penempatan dalam negeri yang sama dengan suami saya.malangnya ketika suami saya membuat rayuan kepada bahagian penempatan sekolah menengah,jawapan yang tidak profesional dari seorang kerani gred n17 di jabatan berkenaan.dia langsung tidak menghiraukan permasalahan kami dan terus bertanyakan samada mahu jadi guru atau surirumah.sedangkan sebelum ini,kpm pernah menyatakan kepada suami saya yang kpm tidak zalim untuk meletakkan suami isteri berjauhan.inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin.saya tahu untuk menguruskan penempatan guru bukan mudah,tapi saya percaya ada cara penyelesaiannya.jika tidak,kenapa kenapa sesetengah kes dapat diselesaikan dengan mudah.mungkin kerana pengaruh politik atau kuasa.inikah keadilan?persoalannya...bukan tidak mahu jadi guru untuk berbakti kepada anak didik,tapi dalam masa yang sama keluarga juga perlu di utamakan.saya bekerja dengan kpm tapi tanggungjawab saya kepada suami dan anak-anaktanggungjawab sebagai ibu dan isteri perlu ditunaikan.setidak-tidaknya,pada hujung minggu masa dapat diluangkan untuk keluarga.mugkin kerani tersebut lihat kami seperti robot yang tiada hati dan perasaan.bagaimana jika dia duduk di tempat saya ketika ini?kami cukup tersinggung dengan kata-kata kerani tersebut yang langsung memburukkan imej kpm.suami saya pergi untuk kali yang kedua untuk berjumpa dengan salah seorang pegawai di jabatan yang sama,namun keadaan yang sama berlaku.mana tolak ansur dan pertimbangan terhadap permasalahan guru seperti kami?kami bukannya nakkan hak kami,cuma kami mahukan sedikit penyelesaian.masalah tidak selesai di situ,suami saya mewakili saya ke tempat taklimat oleh jpn terbabit.dengan angkuh seorang petugas di bahagian pendaftaran menyatakan kepada suami saya yang saya tidak layak cuti.atas tolak ansur dari pengetua sekolah,akhirnya saya dibenarkan cuti sehingga cukup 60 hari.dalam masa tersebut,saya perlu ikhtiarkan untuk memberhentikan penyusuan anak kedua saya walaupun kementerian kesiahatan menggalakkan susu ibu.setelah saya saya melapurkan diri kesekolah tersebut banyak persoalan timbul.antara ialah :
- cuti hujung minggu saya dan suami tidak selaras kerana suami mengajar di pedalaman pantai timur.(jumaat dan sabtu sedangkan saya sabtu dan ahad)
- banyak risiko bila berjauhan,keselamatan,kesihatan,kemalangan dan sebagainya yang sudah pasti kpm akan berdiam diri bila berlaku apa-apa ke atas guru dan keluarga.
- anak-anak terpaksa tinggal dengan suami sehingga menjejaskan kerja suami di sekolah yang mana negeri tersebut melaksakan sekolah sehingga pukul 4.30 petang.kawasan tersebut sukar untuk mendapatkan pengasuh.
- saya tidak mampu membawa anak-anak tinggal bersama saya kerana sewa rumah di sini terlalu mahal apatah lagi kos untuk pengasuh anak-anak,pengangkutan,makanan dan sebagainya.
- suami saya mengajar di negeri tersebut sudah 7 tahun dan rugi sekiranya beliau bertukar ke tempat saya kerana beliau masih diperlukan disana untuk beberapa tempoh lagi sebelum memohon untuk bertukar ke negeri sendiri.
- yang paling ketara,saya ditugaskan untuk mengajar bahasa melayu walaupun saya pengkhususan it dan matematik,sedangkan pihak kpm menyatakan yang saya ditempatkan ke kawasan tersebut kerana kekurangan guru it.mana pengurusan profesional kpm?.langsung tak mencapai tahap yang memuaskan sebagai sebuah jabatan yang besar seperti kpm.jpn di negeri suami saya menyatakan yang ada penempatan it di tempat suami saya mengajar baru-baru ini.kenapa saya tidak tersenarai,sedangkan dengan situasi saya,saya layak untuk ditempatkan di sana bahkan segala maklumat suami saya sudah saya serahkan kepada kpm semasa di universiti.di sini jelas berlaku percanggahan yang tidak seharusnya berlaku kerana kami guru tidak bodoh untuk menilai karehah yang berlaku.
- sekarang kerja kami sebagai pendidik terjejas oleh masalah-masalah yang ditimbulkan oleh kpm dan kami juga tidak merasai nikmat keluarga yang sepatutnya.saya rasa tak perlu disiarkan iklan tentang pengurusan stres,pihak atasan sebenarnya tidak memahami keadaan kami kerana mereka ditempat yang selesa.
- kpm seharusnya bertanggung jawab sekiranya berlaku apa-apa kepada guru-guru yang menghadapi masalah seperti ini.kami mengajar tentang nilai murni sedangkan pihak atasan tiada nilai murni yang sepatutnya.jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.
saya mengalu-alukan pandangan dari rakan guru dan yang paling diharapkan dari pegawa-pegawai kpm sendiri.marvell06@yahoo.com.my
terima kasih
:) Simpati terhadap masalah cikgu tapi saya pun bukanle pakar nak menasihati atau memberi pandangan terhadap permasalahan cikgu. Apa pun saya harap cikgu bersabar dan kalau saya ditempat cikgu, sekiranya gagal berurusan dengan kerani dan pegawai kpm, saya akan terus jumpa 'the boss on top' sekali! Tapi masalahnye belum tentu dapat berjumpa dengan orang tersebut sebab kita ni sapele...orang atas nak layan. Saya harap cikgu dan suami jgn berputus asa berjuang untuk mengekalkan institusi kekeluargaan yang semakin rapuh. Jika benar kerani dan pegawai tersebut bersikap seperti yang cikgu cakap, maknanye deme ni ada attitude problem. kpm boleh gembar gemburkan kejayaan pendidikan kita yang tak seberapa mana, tapi attitude problem pegawainya yang menjadi 'taik' pade jabatan tersebut.
terima kasih kepada saudari hartini azhar.komen anda sedikit sebanyak meredakan sejenak bebanan saya.saya cukup berharap jika ada 'pegawai atasan kpm' yang membaca topic saya ini.dan saya tidak mengharapkan langsung komen dari pegawai bawahan yang berlagak.saya juga ingin bertanya sekiranya saya quit dari menjadi guru,adakah saya perlu membayar semula loan kpm.terima kasih.