View Full Version: BAGAIMANAKH REALITINYA?

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Darjah/Tingkatan > BAGAIMANAKH REALITINYA?



Title: BAGAIMANAKH REALITINYA?
Description: Bahasa Inggeris dalam Subjek Sains


Asabakri - April 10, 2007 11:02 AM (GMT)
Setakat ini bagaimanakah keadannya dari segi pelaksanaan dan pencapaian murid/pelajar anda setelah Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik?

Saya telah dikunjungi jiran memaklumkan anaknya dalam Tahun 4 langsung tidakmemahami apa-apa yang dibacanya dari buku teks bagi mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris.

Untuk memastikan tahap pemahaman yang membaca buku teks tersebut saya secara rambang telah memnaggil dua orang pelajar Tingkatan 4 dan memintanya membaca dua tiga topik dari buku teks yang digunakan untuk Tahun 4 di sekolah rendah itu. Terperanjat juga mereka juga tidak faham.

Walau pun hanya dua orang pelajar Tingkat 4 yang berusia 16 tahun itu saya uji, cuba bayangkan adakah murid yang berusia 10 tahun dalam Tahun 4 boleh memahaminya?

Bagaimana kalian anda selaku guru yang mengajar? Adakah kesemua murid-murid Tahun 4 anda itu memahami bahasa Inggeris yang digunakan dalam buku teks bagi mata pelajaran Sains itu?

hartiniazhar - April 11, 2007 12:28 PM (GMT)
:) Tak tahule teman.....pernah juge tanye cikgu-cikgu yang mengajar Sains di sekolah teman. Rate-rate, buat kesimpulan murid tak faham apa yang diajarkan walaupun gune dwibahasa, apatah lagi mengajar Sains fully in English! Penyudahnye.....mengajor Sains dlm BM...barule murid faham sikit-sikit. Tapi cikgu-cikgu terpakse revise balik topik berkenaan berulang kali untuk satu jangka mase yang panjang, so they remember.

nurkamar - August 21, 2007 07:44 PM (GMT)
abihla tahun depan..

ngajar sc thn 6.

mana satu bahasa nak guna ni???




Hosted for free by InvisionFree