Title: abg noh kite..
nicoTyyne - April 1, 2007 12:54 AM (GMT)
Dipetik dari Agendadaily.com
Kata dua - pergi atau berhenti - yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Noh Omar kepada guru-guru yang ingkar mengajar di pedalaman baru-baru ini agak menarik.
Tentu ada sebab-musabab yang mendorong timbalan menteri itu menyatakan pendirian keras kementeriannya. Keengganan guru bertukar ke pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak bukan cerita baru. Menteri dan timbalan menteri pelajaran silih berganti. Malah sudah banyak Menteri Pelajaran yang menjadi Perdana Menteri dan timbalannya.
Namun, masalah keengganan bertukar ke pedalaman tetap berlaku saban tahun.
Kebelakangan ini ke Johor Baharupun ada yang mengeluh. Letihlah kementerian memujuk dan menjaga hati para guru berkenaan sehingga disediakan habuan untuk mereka yang bersedia mendidik anak bangsa di hujung-hujung desa dan pelbagai ceruk.
Pun, masih ada yang ingkar! Akhirnya Dato’ Noh naik angin. Siapapun memegang jawatan itu akan turut naik angin. Inilah yang dikatakan menarik untuk dianalisis.
Semua bakal calon amat maklum bahawa mereka akan diperlukan berkhidmat di pedalaman. Semasa ditemudugapun telah dinyatakan dan ditanyakan tentang kesanggupan masing-masing.
Seperti kakitangan perkhidmatan awam yang lain, guru-guru juga tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang antara lain dipersetujui bahawa tindakan disiplin boleh dikenakan jika mereka mengingkari sebarang peraturan.
Jika syarat-syarat perkhidmatan ini dikuatkuasakan sepenuhnya, Dato’ Noh atau sesiapa sekalipun, tidak lagi perlu memberikan kata dua kerana syarat-syarat perkhidmatan itu sendiri sudah meliputi kata dua berkenaan.
Jadi, jangan tuding jari pada guru yang enggan ke pedalaman! Kementerian harus membuat muhasabah diri – adakah ia sudah menguatkuasakan peraturan yang sedia ada atau sebaliknya.
Kenapa kementerian-kementerian lain tidak menghadapi masalah seperti masalah perguruan? Pegawai dan anggota polis serta tentera juga ditukarkan ke Sabah dan Sarawak. Ada pula di kalangan mereka yang terpaksa berkhidmat di pulau-pulau tertentu.
Walaupun terlalu berat untuk meninggalkan anak isteri, mereka tetap patuh kepada arahan dan peraturan yang termaktub. Banyak juga yang terpaksa bertugas di luar negara sebagai pasukan pengaman di bawah bendera Pertubuhan Bangsa Bersatu. Nama baik negara dan pasukan harus diberi keutamaan.
Begitu jugalah sepatutnya para guru, mereka wajib mengutamakan kepentingan negara dan anak bangsa. Kebanggaan para guru hendaklah terhadap kejayaan menukarkan pelajar-pelajar tercicir, lembab dan lemah menjadi pelajar yang berjaya, cemerlang dan berpotensi untuk terus maju.
Pelajar-pelajar sedemikian hanya ada di kalangan mereka di luar bandar dan pedalaman yang sangat hauskan pendidikan bermutu daripada guru-guru berpendidikan tinggi dan terlatih.
Di Malaysia, masalah ini memang rumit. Memang guru-guru mahu memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar di luar bandar, tetapi anak-anak mereka sendiri, bagaimana? Majoriti guru adalah perempuan. Apabila sudah berumahtangga, masalah mulai timbul.
Suami bekerja di bandar. Mahu bertukar ke kawasan berhampiran tempat isteri ditukarkan, tiada pejabatpun di sana. Apakah pilihan yang ada? Anak pula bagaimana – nak ditinggalkan bersama suami atau dibawa ke sekolah?
Memang guru-guru perempuan akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Jalan keluar ialah jumpa wakil-wakil rakyat minta sokongnan supaya tidak dipindahkan. Itu jalan keluar para guru, kementerian pula bagaimana?
Beranikah kementerian membuat perubahan iaitu membetulkan kembali nisbah atau peratusan guru lelaki dan perempuan? Pelik juga kenapa terlalu sedikit guru lelaki sekarang ini. Adakah calon-calon lelaki tidak menepati keperluan sehinggakan terlalu banyak perempuan yang diterima.
Mungkin kelulusan calon-calon perempuan lebih baik daripada calon-calon lelaki. Mungkin juga sifat-sifat kewanitaan lebih sesuai untuk perguruan. Apalah guna mengambil calon yang cemerlang akademiknya tetapi tidak mahu atau tidak dapat bertugas di pedalaman. Lebih baiklah diambil calon lelaki yang sederhana tetapi boleh ditugaskan di ceruk mana sekalipun.
Jika terdesak, mungkin juga kementerian boleh mengambil jalan lain iaitu menggilirkan setiap guru berkhidmat di pedalaman untuk tempuh tertentu umpamanya dua atau tiga tahun. Kaedah ini mungkin lebih adil kerana kini, ada guru yang dari mula hingga bersara, tidak pernah ke luar bandarpun, - jauh sekali ke pedalaman.
Dalam konteks muhasabah, elok juga kementerian menilai kembali kurikulum pendidikan gurunya. Kaji semula adakah telah diterapkan secukupnya kesedaran tentang betapa pentingnya ke luar bandar dan pedalaman. Kenapa ada guru yang ingkar ke pedalaman – mungkin masalah disiplin. Jika guru tidak berdisiplin bagaimanakah mahu mendisiplinkan pelajar?
Dalam pada itu, kemudahan seperti rumah guru dan pengangkutan serta kemudahan-kedmudahan lain harus juga disediakan. Bayangkan jika mengajar di bandar, seseorang guru memandu Proton Perdana, apabila ke pedalaman terpaksa naik rakit pula.
Jika sedemikian halnya, Dato’ Noh atau Dato’ Hishamuddin sendiripun tidak sanggup ke pedalaman.Apa sekalipun senarionya, Kementerian Pelajaran harus berani membuat perubahan, bukan sekadar memberi kata dua sahaja .
copy dan paste sahaja... tapi org yg membicarakan isu ini adalah adil dengan mengolah perspektif isu dari kedua dua sudut :)
anis - April 13, 2007 01:24 AM (GMT)
Polis , tentera pun kalau ada pasangan yang bekerjaya mereka akan menjadi pasangan PJJ. Cuma tak tahulah kenapa cikgu-cikgu ni susah sikit. Mungkin sudah biasa dimanjakan agaknya. Yelah walaupun tidak semua tapi kebanyakkannya begitu. Kalau hendak difikir-fikirkan memang pening kepala.
Cadangan menerima cikgu lelaki walaupun sederhana pencapaian akademiknya itu boleh juga, tetapi perlu juga dipilih di kalangan mereka yang benar-benar tulus ikhlas memilih kerjaya ini. Kalau setakat nak dapat nama dan sekadar ada kerja, tidak kira pencapaian akademiknya tinggi, sederhana atau rendah pun tidak berguna juga rasanya. Apa yang penting semangat untuk mendidik anak bangsa itu perlu benar-benar tinggi, ha itu insya'allah mereka boleh menerima walau kemana pun dihantar. Tapi...berapa ramai guru yang begitu? :stp:
insani - April 24, 2007 01:33 AM (GMT)
tuan-tuan dan puan-puan...istimewa buat nicoTyyne dan anis,
bukan semua guru sengaja ingkar arahan untuk di letakkan dimana-mana tempat.bukannya kami manja dan mahukan keselesaan.cuma kami mahu kurangkan bebanan.kalau kerja sekalipun tapi dibelenggu bebanan tiada keseronokan kerja juga.bebanan yang saya madsudkan ialah terpaksa memikirkan perihal anak-anak dan suami yang bekerja jauh dari saya.saya tinggalkan tanggungjawab saya terhadap mereka pun satu kesalahan yang sememangnya Dato' Noh sendiri pun tak kisah semua itu melainkan taraf dia seperti saya..suami saya pun bukan mengajar di bandar..tapi di kawasan pedalaman yang langsung x selesa dan uruskan 2 anak kami.sedangkan saya berada di bandar yang besar di kuala lumpur.jika kami nak selesa sudah tentu suami saya akan minta ditukarkan berhampiran dengan saya,boleh sewa rumah agak mewah,pakai kereta mahal,semua kemudahan ada tapi suami saya sudah sebati mengajar di kawasan itu sejak 7 tahun yang lepas.dan saya yang minta ditukarkan berhampiran dengan suami saya mengajar atau sekurang-kurangnya dalam negeri yang sama.jadi kepada nicotyyne,anda baca petikan saya dan cuba bandingkan dengan petikan anda....adakah saya ingkar kerana inginkan keselesaan?fikir dulu sebelum berkata,jangan mudah membuat andaian tentang permasalahan guru,siapa yang sebenarnya membuat masalah?
hartiniazhar - April 25, 2007 01:12 PM (GMT)
:) Dimintak banyak-banyakle bersabor....Cikgu Insani! Inilah dugaan namenye. Saye paham bebenor masalah Cikgu sebab saya pun ada suami dan anak-anak. Jike saye ditempat Cikgu sekalipun....semestinye saye rase ape yang cikgu rase sekarang.
Apepun, bila dibelek-belek laporan berite Guru Yang Ingkar Mengajar Di Pendalaman ni, ape yang teman nampak seolah-olah cikgu-cikgu sekarang ni nampak "jahat" sangat.....tapi sebab-musabab guru-guru itu terpakse ingkar tidak pula diperdebatkan. Kementerian sepatutnye lebih memahami tambahan guru-guru yang dah berkahwin.
Heran ye....ada satu kementerian laung-laungkan tentang sifat kekeluargaan melalui iklan di TV tapi at the same time kementerian satu lagi seolah-olah macam tak paham pule. Lepas tu pulak kementerian pun cakap berbelit-belit: kejap guru mencukupi....hah skarang ni guru tak cukup. Lepas tu kate negeri ni dah cukup cikgu, negeri ni kurang cikgu dan bla, bla, bla!
Banyak sangat pengorbanan yang cikgu buat hinggakan sanggup berpisah dengan orang tersayang. What more the kementerian wants? Cubele dengor masalah cikgu pulak, janganle hentam macam Abang Noh tu.....Kemane peginye cikgu-cikgu bujang....? Mase nile nak merase cabaran mengajor di tempat ulu. :stp:
kaisers36 - April 27, 2007 02:37 PM (GMT)
AKU SOKONG CIKGU INSANI 100%
anis - May 6, 2007 05:19 AM (GMT)
Maaf kalau pendapat saya menyinggung insani.Saya pun faham apa yang cikgu alami dan saya tak menyebelahi sesiapa pun. Dan kalau saya berada di tempat cikgu pun, mungkin saya jadi macam cikgu juga.
Hartiniazhar,semua orang ada masalah masing-masing.tapi, janganlah kerana anda telah berkeluarga, maka cikgu bujang dijadikan sasaran.Semua cikgu bujang tu bebas dari masalah ke ?secara positif, sesiapa saja yang bergelar guru seharusnya boleh mengajar di mana sahaja ditempatkan, cuma kita semua sedar bahawa 'masalah-masalah' yang kita hadapi membuatkan kita terpaksa membuat pilihan yang terbaik yang akan menyenangkan semua pihak. Tapi membuat keputusan yang begitu bukanlah mudah.
Bagi saya semua ada masalah tak kira sama ada dah berkeluarga atau bujang, dan semua orang pun perlu menilai dan membuat keputusan yang terbaik untuk semua.
Kalau yang berkeluarga, kesulitan mengurus anak, masalah suami/isteri
Kalau yang bujang ,sungguhpun takde anak kecil, masih perlu menguruskan orang tua( anak besar ).Mana lebih rumit? yang kecil @ yang besar? atau kesulitan yang sama?
kalau yang berkeluarga, anak....isteri xde, suami jaga. suami xde, isteri jaga, atau hantar ke pengasuh.
BUjang, mengurus orang tua. Kalau i/b yang sihat mungkin xde masalah. kalau adik beradik ramai, mungkin boleh gilir-gilir. kalau yang tunggal? dapat pulak anak tunggal kepada seorang ibu/bapa tunggal yang sangat uzur. bagaimana ya?
Seperti yang saya katakan, setiap seorang ada masalah masing-masing.Yang penting kita sama-sama berusaha untuk menyelesaikannya, tentu saja beserta dengan budi bicara.
Maaf kalau ada yang tak kena...sekadar pendapat.
hartiniazhar - May 6, 2007 02:52 PM (GMT)
:) SAYA PUN PERNAH BUJANG, CIKGU (jangan lupe!)....dan saye pernah dihantar posting (yg pertame) ke sekolah hulu, jauh bebenor dlm kampung. Saye setuju bermacam-macam masalah timbul, salah satunye ialah mak saye tak berape setuju saye mengajar dan pernah mintak abah saye mengadu kat JPN utk tukarkan saye ke sekolah yang dekat, tapi saye kate nak cube dulu, barule saye tahu macam mane keadaannye.
Lepas tu timbul pulak masalah-masalah lain yang membuatkan saye stress. Pernah saye dimarahi GB saye kerana selalu sangat ambik MC dan berehat bukan dirumah sewa tapi di rumah makabah saye yang lebih selesa. Tapi cikgu sekolah tersebut ade memberi dorongan dan mereke inilah yg banyak membantu saye. Saye fikir balik...kalaulah cikgu-cikgu kat skolah tu boleh bertahan kenape tidak saye?
Saye pun ade juga member-member yg bujang (mase tule) yg posting di pos orang asli. Bile kami berjumpe, mereka ceritekan masalah mereke dengan saye dan saye dapati masalah mereke lebih berat lagi. Tapi mereke berjaye menempuhi semue dugaan dengan tabah. Saye tabik dengan mereke.
Bile dah berkeluarga, especially bile dah ade anak, barule saye sedar macam mane rasenye. Tak mungkin saye nak mengajar di sekolah yang jauh dari rumah saye. Pendapat saye kalau mase bujang kita tak merase cabaran, dugaan di tempat orang lain yang asing bagi kite, satu kerugian namenye. Saye tak nafikan akan ade masalah yang timbul tapi tak seberat masalah cikgu yang dah berkeluarge. Contoh yg cikgu beri sekiranye mak atau ayah yang dah tua uzur (sekiranye anak tunggal), takkanlah tak boleh minte saudare mare terdekat menjage. Takkanlah tak boleh cikgu berkorban sedikit berulang balik ke rumah agak kerap utk menjengok mereke?
Bile dah ade keluarge, kene tengok juge pasangan kite macam mane, samada die sanggup berkorban atau tidak, sekiranye anak masih menyusu badan atau masih kecil (dlm lingkungan 1 - 4 thn). Hantar pade pengasuh? Tahukah cikgu bayaran pengasuh sekarang? Dulu mungkin boleh dapat dlm RM 100 - RM 150, tapi sekarang.....ntahle! Membesar dan mendidik anak-anak is not an easy task, especially kalau kite ada anak-anak yg istimewa, mahukah cikgu berada jauh dari anak yang cacat atau ada down syndrome?
Apepun saye setuju dengan cikgu, ape-ape masalah tentu ade jalan penyelesaiannye. Tapi saye masih berpendapat sekiranye mase bujang kite tiada pengalaman yang mencabar tiada ape yang dpt dibanggekan bile bergelar cikgu. Pade saye mase bujanglah nak timbe pengalaman bukan bermakne sekarang takade timba pengalaman, tapi kite belajar berdikari dan pengalaman itu sendiri mengajar kite jadi lebih matang.
:love: Sekadar pendapat!
kaisers36 - May 12, 2007 05:26 PM (GMT)
SOKONG CIKGU INSANI JUGAKK TENSYENNNNNNNNNNNN
nurkamar - July 15, 2007 06:14 PM (GMT)
erm....
patutkan.. pada sayalah, ikut style anak selangor, MESTI mengajar kat selangor kat ngan kg @ dlm kg sdiri. cth terdekat.. saya sendiri ngajar sek dlm kawasan umah mak ayah & batch saya ngajar kat kawasan sdri.pastu waktu interview jgn asyik yg dapat kroni je. utamakan anak2 kawasan yg dianggap kritikal.jd depa takde masalah utk dihantar ke kawasan sendiri WALAUPUN dianggap katak dlm cermin. cthnye, saya ni.maklum le, tak pernah duk negeri org.dpt jd cikgu sebab interviewr tu baik ngan gubeso yg sokong application saya
cadangan saya la..... tpnya zaman kroni skrg ni takkan ade yg terima punye...& masalah ni akan berterusan sampai bila2.