KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Ramai di kalangan guru yang diarahkan mengajar di Sabah dikatakan tidak mahu ke kawasan pedalaman negeri itu kerana kawasan-kawasan terbabit dikaitkan dengan isu 'lubuk hantu', kata Dato' Abdul Ghappur Salleh (BN - Kalabakan).
Beliau berkata demikian ketika mengutarakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Noh Omar dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Ghappur, meskipun kerajaan menawarkan elaun dan insentif tertentu, namun keadaan yang digambarkan kepada kawasan pedalaman di Sabah sebagai 'lubuk hantu' menakutkan golongan ini untuk meneruskan khidmat bakti mereka di sana.
Selain itu katanya, masalah yang membelenggu sekolah-sekolah di negeri tersebut antaranya kurang kemudahan asas cukup untuk menjadikan guru-guru tidak berminat untuk menabur khidmat bakti mereka.
Malah rumah guru yang tidak terurus dan selain insentif yang dikatakan hanya sekitar 10 peratus tidak menjamin guru-guru yang dihantar ke Sabah untuk meneruskan khidmat mereka di sana, katanya.
" Kenaikan sekitar 10 peratus gaji ini tidak mencukupi kerana jika mereka yang bergaji 1000, hanya menerima kenaikan 100 sedangkan bagi mereka ini, lebih baik tinggal di bandar kerana dapat buat kerja sampingan seperti kelas tuisyen yang boleh beri pendapatan lebih," katanya lagi.
Beliau juga menyatakan bahawa selain dari faktor yang disebutkan, terdapat juga masalah lain yang menyebabkan kekurangan guru di Sabah, di mana meskipun terdapat 517 guru dari Sabah keluaran UPSI tetapi mereka ini tidak ditempatkan di Sabah sebaliknya mereka ini difahamkan belum bekerja lagi," katanya.
Justeru beliau berharap kerajaan terutamanya kementerian terbabit segera mengatasi masalah ini dan mencari jalan penyelesaian yang baik bagi menjamin mutu pendidikan di Sabah dan kawasan pedalaman.
Sementara itu, Noh Omar dalam jawapannya menyatakan KPM turut mencadangkan kepada kerajaan pusat bagi menambah elaun khas kepada mereka yang diminta berkhidmat di pedalaman dengan cadangan wang tunai antara RM500 ke RM1500 mengikut tahap kesusahan. - mks.
nak tergelak bila sorang tu kata:
" cikgu cikgu sekarang ni ngada ngada. Pentingkan diri sendiri. Pentingkan suami atau isteri dari 300 pelajar yang duk tunggu ilmu kat pendalaman sana"
bukannya xnk tp rasanya mmg xleh idup..eg sy ni yg dr kecik smpai besar dok kl..masa mula2 transfer kt sg. pelek ni rasa nk menangis gak pdhal area ni kawasan sepang...slalunya kfc bleh nampak dr umah tp kat cni nk mkn kfc kena g banting atau seremban yang mengambil masa sejam perjalanan...nape xdihantar balik cikgu dr sabah atau sarawak ke kg halaman mereka?kalo mereka sendiri pun xsanggup nk mengajar kg halaman sendiri yg serba kekurangan, apatah lg cikgu2 dr semenanjung...bpg patut prihatin dengan isu penempatan guru...