Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua mudarris dan mudarrisah di forum CikguOnline ini..
Alhamdulillah kini peluang saya pula untuk memperkenalkan diri kepada semua warga pendidik di ruangan ini. Semoga kita dapat bertukar-tukar pandangan juga maklumat yang diperlukan kelak dgn lebih teratur dan terancang hendaknya.
Username : CgTni
Diperkenalkan Oleh : CikguOnline
Dari mana tahu forum ni : web cikgucikgi.com
Umur : 30 tahun
Tarikh Lahir : 20-12-1977
Negeri : Terengganu (Asal), Sabah (Mastautin sejak Jan 2007)
Hobi : berkenalan, membaca, melayari internet
Website/Blog : teyenunye.multiply.com
YM : teyenunye
Cikgu/ibu/bapa/pelajar : Pendidik
Sekolah : sek menengah
Jawatan di Sek : Guru Akademik, Guru Biasiswa, KP PSK
Subjek yg Diajar : Pendidikan Agama Islam Ting. 1, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Ting. 2
Pengalaman Mengajar : 3/4 tahun
Sebelum ini saya pernah menjadi guru ganti sebanyak 3 kali iaitu pd 95' selepas SPM, 99' selepas diploma dan terakhirnya pd 2004 semasa cuti semester thn ke2 pengajian.
Tanggal Jan tahun inilah saya mula ditempatkan di SMK Paris, Kinabatangan, Sabah selepas konvo pada akhir Ogos tahun lepas. Syukurlah akhirnya dapat jua saya menjadi warga pendidik bersama kalian. Alhamdulillah.. walaupun opsyen asal saya adalah IT namun minor jua yang saya ajar.
Apapun, salam perkenalan dari saya di Negeri di bawah bayu. :)
Wassalam.
Selamat datang & selamat berforum cikgu CgTni
Ooo...cikgu tini ni orang ganu yer...
Masih mengajor di kinabatangan ker?
Nak panggil Cikgu Tini ke Ustazah Tini :stp: