View Full Version: KIA

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Bahasa Melayu > KIA



Title: KIA
Description: KIA


hartiniazhar - April 9, 2006 01:30 PM (GMT)
:) Inile yang saye katakan hari tu......PROGRAM KIA!


Kelas Intervensi 2M : Mulai April
KELAS Intervensi Menulis dan Membaca 2M (KI2M) akan bermula April ini.

Tumpuan adalah kepada kemahiran kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon berkata, KI2M khusus untuk kanak-kanak tahun satu.

Satu ujian khas akan diadakan pada tahap umur itu.

Jika gagal maka beberapa modul akan disediakan bagi mereka terus menguasai 2M.

Pelaksanaan KI2M merupakan `perang habis-habisan' terhadap kegagalan pelajar menghayati program Menulis, Membaca dan Mengira (3M).

Katanya, Kementerian Pelajaran menetapkan sasaran semua murid menguasai 2M pada penghujung tahun ini.

Beliu berkata demikian dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Kepengetuaan dan Pengurusan Sekolah Ke-2 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tentang 3M, Ahamad mengingatkan semua pengetua melakukan apa sahaja yang wajar terhadap pelajar tingkatan satu yang masih belum dapat menguasai 3M.

Pelaksanaan tersebut merupakan salah satu daripada tiga sasaran yang dianjurkan oleh Ahamad kepada para pengetua untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang bagi sekolah masing-masing.

Sasaran lain termasuklah usaha pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang, terutamanya akademik, sekurang-kurangnya tiga peratus.

``Tiga peratus ini disifatkan sebagai signifikan kerana ia tidak menuntut usaha yang melampau tetapi jika berjaya ia membuktikan kita ada usaha,'' katanya.

Bagi beliau, peningkatan satu peratus tidak memberikan cukup makna.

`` Perningkatan satu peratus hanyalah kebiasaan... jika tidak berusaha pun akan pasti wujud peningkatan satu peratus,'' ujarnya.

Sasaran terakhir kata Ahamad ialah sebarang peralatan yang ada di sekolah hendaklah berfungsi dan bersih.

``Lawatan saya ke sekolah-sekolah mendapati tandas, kantin, bilik guru semuanya bersih ...tetapi kadang kala ada juga yang tidak bersih, contohnya kipas,'' kata Ahamad.

(UTUSAN MALAYSIA) ;)

cikguonline - April 10, 2006 12:46 PM (GMT)
O ni kut program yang dijalankan untuk bulan April bagi Subjek BM. Yang mana murid-murid yang masih belum menguasai 3M yang mana cikgu yang tidak kelas (free) akan memanggil murid-murid ni untuk belajar membaca.

p/s: Mana pergi si Azizi ni?

Murid : dah gi planet pluto.




Hosted for free by InvisionFree