View Full Version: Memanfaat bahan-bahan dari Internet

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Makmal Komputer > Memanfaat bahan-bahan dari Internet



Title: Memanfaat bahan-bahan dari Internet


hartiniazhar - February 7, 2007 01:47 PM (GMT)
:) SEMUA orang mengetahui mengenai Internet. Ia merupakan sumber pengetahuan atau maklumat terbesar pernah dicipta manusia kerana kemampuannya merangkaikan maklumat pada berjuta-juta komputer di seluruh dunia.

Laman web menawarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kepada para pelajar dan guru.

Jika kita menaip perkataan 'pendidikan' pada enjin carian Google, sebanyak 9.31 juta pautan laman web berkaitan pendidikan akan diberikan. Carian 'pembelajaran' memberikan 3.14 juta hasil, dan 'pengajaran' memberikan 0.64 juta hasil.

Sebenarnya, perkembangan Internet yang rancak di negara ini telah juga mendorong kepada penubuhan pelbagai laman-laman web berkaitan pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.

Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat www.moe.gov.my merupakan laman web pertama yang harus diketahui oleh semua para pelajar dan guru sekolah di negara ini.

Laman web ini menjadi penghubung dasar-dasar kementerian dengan para pelajar, guru dan pentadbir sekolah ke arah merealisasikan hasrat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di negara ini.

Bahan maklumat pembelajaran dan pendidikan untuk peperiksaan pula boleh diperolehi dari laman web MySchoolNet di alamat myschoolnet.ppk.kpm.my yang merupakan laman web dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan sendiri.

Laman web ini ditubuhkan bertujuan memastikan pelajar, guru dan pentadbir sekolah mendapat manfaat sepenuhnya dari aktiviti dan maklumat pendidikan di Internet.

Laman web ini menawarkan pelajar dengan pelbagai maklumat termasuk melalui tutorial yang disediakan, bahagian mengetahui ilmu teknologi maklumat (IT), mengetahui aktiviti persatuan/kelab, kaunseling dan juga maklumat tahukah anda.

Manakala laman web Kementerian Pengajian Tinggi di alamat www.mohe.gov.my pula akan menyediakan pelbagai maklumat yang berguna kepada kita khususnya mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi sama ada tempatan mahupun luar negara.




Hosted for free by InvisionFree