View Full Version: Terjagakah guru-guru sekolah?

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Sembang Umum > Terjagakah guru-guru sekolah?



Title: Terjagakah guru-guru sekolah?


hartiniazhar - February 7, 2007 01:43 PM (GMT)
:) Saja nak dengar pandangan ramai ttg satu artikel kat bawah ni. Bacelah.....


"Semua pihak perlu bantu guru"

MANTAN Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rafie Mahat menganggap guru perlu sokongan masyarakat dalam menguruskan beberapa perkara.

Beliau menyentuh tentang keintelektualan, pembangunan diri, jasmani, fizikal, emosi serta taraf dan keyakinan penjawat profesion itu.

``Jaga guru sekolah, jaga pembangunan guru sama ada dari segi jasmani, fizikal, gaji, emosi, taraf dan keyakinan diri mereka,'' kata beliau.

Kementerian Pelajaran, tambah Abdul Rafie, sejak dahulu sehingga kini tidak pernah mengabaikan pembangunan guru namun ia memerlukan sokongan.

``Kesan kealpaan terhadap menyediakan ilmu guru dapat dilihat kepada pelajar juga.

``Misalnya, kita dapati apabila lepasan sekolah semasa di universiti tidak tahu mendapatkan maklumat dengan cara yang betul,'' ujarnya.

Dalam hal ini, beliau menekankan bahawa pelajar sekolah perlu membiasakan diri mereka mencari maklumat namun mereka memerlukan pembimbing untuk menjadi pelajar yang bermaklumat.

Justeru peranan guru amat penting untuk mengajar mereka menjadi pelajar berkualiti sama ada di sekolah mahupun ketika berada di pusat pengajian tinggi.

Bagaimanapun katanya, pelajar perlu membangunkan dalam diri minat membaca bagi mendapat maklumat tersebut.

``Untuk menjadikan ia suatu budaya sangat susah bukan sekelip mata malah ia perlu datang dari dalam diri,'' ujarnya.

Justeru melalui program berkenaan beliau berharap akan dapat menyubur kembali usaha-usaha menanam minat masyarakat untuk membaca.

nurkamar - February 7, 2007 03:32 PM (GMT)
artikel ni sbnrnya suh masyarakat jaga kebajikan guru ke suh guru lebihkan lagi keje? ;)

go head gostan, go head gostan :P




Hosted for free by InvisionFree