Trauma seorang guru wanita yang berdedikasi
Trauma seorang guru wanita yang berdedikasi
Oleh Alias Ismail
KUALA BERANG 28 Jan. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini mendedahkan trauma seorang guru wanita yang mengajar penuh dedikasi di sebuah sekolah di Selangor.
‘‘Guru itu disaman oleh ibu bapa seorang murid yang didendanya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah,’’ kata Setiausaha Agung KPPK, Lok Yim Pheng kepada Utusan Malaysia, di sini.
Guru itu terpaksa naik-turun mahkamah selama dua tahun dan digantung tugas serta gaji selama kira-kira setahun setengah.
‘‘Masyarakat keliling mencemuh dan melabel guru itu dengan gelaran kurang enak hingga dia malu keluar dari rumah. Siapa yang ambil tahu semua itu dan mahu membelanya?,” ujarnya.
Beliau memberitahu, guru itu akhirnya menang dalam perbicaraan dua minggu lepas dengan kos RM60,000 yang ditanggung oleh KPPK kerana beliau merupakan ahli kesatuan.
Sementara itu, Presiden KPPK, Ismail Nihat ketika dihubungi berkata, guru terbabit akan mendapat semula gaji yang digantung sepanjang perbicaraan itu selepas ini.
Yim Pheng berkata, guru kena berhati-hati dalam melaksanakan kerja dan jangan menganggap apabila berniat baik saja maka mereka terlepas daripada tindakan saman ibu bapa pelajar.
“Guru perlu jaga kebajikan dan kerja ikut peraturan. Jika ada masalah, bincang dengan majikan dan jika ahli KPPK, segera berurusan dengan kami,” ujarnya.
Kata beliau, walaupun guru tersebut berniat baik, namun apabila disaman oleh keluarga pelajar, proses pembelaan menjadi panjang dan berliku.
Berdasarkan pemerhatian kesatuan itu, trend berkenaan kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Saman
Menurut beliau, guru sekarang setiap hari terdedah kepada saman kerana kebanyakan ibu bapa tidak melihat sekolah sebagai institusi yang membentuk akhlak dan kelakuan pelajar sebaliknya lebih terarah kepada pencapaian akademik semata-mata.
‘‘Guru kena ingat mereka terdedah kepada saman ibu bapa, sebab itu sekarang guru tidak boleh menyuruh pelajar mencuci tandas atau mengutip sampah kerana dikhuatiri tindakan itu mengundang rasa tidak senang di kalangan ibu bapa.
‘‘Walaupun tindakan guru itu murni, namun ia terdedah kepada saman terutama bagi mereka yang mengajar di kawasan bandar,” katanya Yim Pheng.
benda ni terjadi pd kawan saya tahun lepas.
dia sesaja cubit(perlahan) anak seorang ni atas sebab tak buat kerja. silap langkah, budak ni sebenarnya alergik. jd walau pukulan yg perlahan akan menyebabkan biru.
si ayah ni jenih fussy + particular (h/work kurang jumpa gb, h/w lebih pon jumpa gb :stp: :stp: :stp: :stp: :stp: :stp: :stp: )dia tak tunggu lama, terus buat report polis & keluar saman.
till now kitorg tak tau apa jd ngan kes tu. yg pastinya, skrg ni kenala ' buat baik' ngan anak dia. risau kemain tiap kali masuk kelas tu. syukurlah anak dia baik ngan kita. tp itu tak bermakna ayah dia takkan amik tindakan kalau silap langkah.
saya pula di datangi seorg ayah pelajar tahun 6 'pandai'(meluat!~~~). sebab saya minta semua ajk persatuan bantu saya menyiapkan tugasan aktiviti yg dirancang.
si ayah ni datang jumpa saya, selamba cakap" saya antar anak saya g sekolah suh belajar pandai2, bukan suruh buat keje2 tukang cuci macam ni.cikgu jgn pepandai arah anak saya buat keje bebukan.
patutla anak dia tak hormat guru. sebab bapak yg didik camtu!(dlm kelas cikgu yg dia tak suka, dia akan letak kaki atas meja. padahal pengawas tu! si bapak ni selalu guna kuasa suh gubeso lantik jd pengawas + bagi anugerah pelajar terbaik keseluruhan -siap kasi duit lagi suh beli hadiah.
bg saya yg mmg anak org senang ni....org org sebegini hanyalah dalam usaha utk melingkupkan diri dia & anak dia pada masa hadapan.biar kaya mana pun dia, mebi dia terlupa, sampai bila anak dia akan di tatang macam takde kaki camtu? even banyak rete sekali pun, mende tu takkan kekal kalau tak well organised!
:) Kenape ye ibubape tak respect cikgu....padehal kite le yg bersusah payah mengajar dan mendidik anaknye sehinggalah jadi orang yg pandai (pandai dlm akademik sajele!). Tak pernah disiasat kenape anaknye didenda cikgu, lepas tu siap warning nak saman lagi. Kalau dah takde respect pade cikgu...pade sape lagi nak harap. Kalau macam tu, tak payahle hantor anak pegi sekolah, lebih baik ajor sendiri diromah!.
Teman pun macam tu gak. Pernah sekali ibu anak murid saye cakap saye tak boleh dipercayai...sedangkan siibu ni pun cikgu. Macam mane rasenye bila die di tpt teman? Kononnye die tu baik sangat boleh dipercayai! Sorang lagi sibapa pernah tegur teman jgn marah anak die sebab anak die cepat penat . Kalau dah anak tak buat kerja sekolah di rumah, patutke kene diamkan aje. Ada lagi satu bapak cakap besor anaknye tu pandai sangat mase prasekolah, tapi bile masuk thn 1, ntah ape-ape sebab tak reti menulis atau bace dah le tu malas! Siap disuruhnye teman bagi homework banyak-banyak pd anaknye padahal homework selalu tinggal dlm laci meja kelas!
Banyak lagi cerite makbapak tak respect cikgu.....memang teman setuju sesangatle dgn Nurkamar, ibubape hanya nak melingkupkan anak saje tapi bukan semue yg macam tu! :stp: