View Full Version: Guru lagak ceti haram

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Petikan Akhbar > Guru lagak ceti haram



Title: Guru lagak ceti haram


cikguonline - January 26, 2007 11:09 AM (GMT)
Guru lagak ceti haram
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang guru sebuah sekolah di Taman Mutiara Rini 2 di sini, didakwa bertindak seperti `along' dengan pergi ke rumah pelajar menuntut bayaran yuran sekolah yang belum dijelaskan.


Guru itu dikatakan datang ke rumah dan selepas mendapati ibu bapa tiada, dia menyampaikan pesanan supaya menjelaskan yuran selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Keadaan itu menyebabkan penduduk berpendapatan sederhana tertekan kerana kehadiran guru di rumah seolah-olah anak mereka melakukan kesalahan besar.

Seorang ibu, Hamidah Abu Yamin, 42, berkata dia terkejut apabila diberitahu anaknya, seorang guru datang ke rumah untuk berjumpanya bagi mengutip yuran sekolah tertunggak.

Ibu kepada empat anak bersekolah itu berkata, guru berkenaan datang ke rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari, Sabtu lalu.

"Ketika itu saya tiada di rumah kerana membantu penduduk mengumpul barang yang akan didermakan kepada mangsa banjir dan apabila pulang, saya terkejut diberitahu anak, gurunya datang mahu berjumpa saya.

Katanya, suaminya seorang bekas tentera dan bekerja sebagai pemandu lori dengan gaji tidak sebesar mana sedangkan semua empat anak bersekolah.

"Yuran sekolah rendah RM100 seorang sudah dijelaskan, tapi kami masih tak dapat menjelaskan bayaran RM80.50 seorang anak yang bersekolah menengah.

"Ini kerana kami terpaksa membelanjakan kira-kira RM1,000 bagi keperluan mereka membeli peralatan sekolah, uniform, beg dan perbelanjaan mereka menyebabkan kami memerlukan masa bagi melangsaikan yuran itu," katanya.

Isnin lalu, katanya, dia ke sekolah dan bertemu pengetua, namun pengetua itu berkata tidak tahu mengenai tindakan gurunya pergi ke rumah pelajar meminta ibu bapa menjelaskan yuran.

"Tahun lalu, saya membayar yuran sekolah anak sulung pada April kerana kesempitan wang dan tidak pernah sekalipun tidak membayar yuran persekolahan anak.

"Mungkin kami lewat membuat bayaran, tapi kami tetap menjelaskan yuran itu. Kami tahu tanggungjawab sebagai ibu bapa, tapi berilah kami ruang kerana kami juga perlu perbelanjaan lain seperti makanan, membayar bil elektrik dan air," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pengaduan Awam Umno Bahagian Gelang Patah, Pandak Ahmad, berkata pihaknya menerima dua aduan berkaitan guru datang ke rumah meminta ibu bapa menjelaskan yuran sekolah.

Katanya, guru terbabit seolah-olah memaksa dan membebankan ibu bapa, sedangkan sesi persekolahan baru bermula dan belum sampai sebulan.

"Mereka (pengurusan sekolah) perlu faham. Tidak semua orang mampu menjelaskan semua bayaran satu-satu masa.

"Selain itu, dua anak Hamidah akan menerima biasiswa dalam tempoh beberapa bulan ini dan ia secara tidak langsung membuktikan keluarga itu bukannya dari kalangan berpendapatan tinggi dan sepatutnya pihak sekolah boleh menunggu hingga mereka menerima biasiswa itu.

"Mereka perlu ingat, bapa dua pelajar itu bekas tentera dan jasa mereka kepada negara ini tidak ternilai bagi memastikan keselamatan negara terjamin," katanya.

Menurutnya, guru sepatutnya menggunakan saluran tepat seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah serta budi bicara dan bukannya datang ke rumah meminta bayaran.

Berikutan itu, beliau berharap Jabatan dan Kementerian Pelajaran akan menyiasat kejadian terbabit.

Sumber ; http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/F...cle/indexm_html

hartiniazhar - January 26, 2007 02:28 PM (GMT)
:) Apapun kena juga dengar penjelasan guru terbabit sebab kadang-kadang cerite sebelah pihak saje tak boleh menentukan samada ianya cerite benor atau tidak. Pihak sekolah patut siasat betulke cikgu ni berlagak macam along pegi kutip yuran sekolah yg tertunggak.

Tapi cikgu perlu ambik perhatian, bukan semue ibubapa mampu. Kalau deme nak bayar secara ansuran tu dah kira syukurlah. :tq:

nurkamar - January 26, 2007 03:49 PM (GMT)
skrg dlm kelas majoriti anak anak 'warga pemastautin'. (kelas lemah. thn 2)

bila di tanya tentang pembayaran yuran,

- seorang buat tak tau
- seorang langsung tak de bunyi bila di tanya "bila mak ayah awak nak dtg sekolah?" siap geleng banyak2 kali.
- seorang........ " apa cikgu ni minta bayar bayar je ni??? kan ari tu(tahun lepas) dah bayar banyak2??

kalau tak ditegur banyakkali... alamat jadi cam tahun2 lepas cikgu yg kene bagi surat tunjuk sebab pesal yuran tak penuh sampai akhir tahun. sudahnye kene bayo sdiri....kalau ditegur di arah.... alamat masuk le sok kabo cam ari ni... ye dok?

tapi.... kementerian dah kata.. yuran cuma rm4.50.miscellaneous yg buat jadi sampai beratus. sape sbnrnya yg perlu di persoal berkenaan yuran yg mahal sampai org tak mampu nak membayar camni?

hartiniazhar - January 28, 2007 02:40 PM (GMT)
:) Semuanya berbalik kepada keadaan sekarang....memandangkan kebanyakan harga dah naik jadi yuran sekolah pun dah naik. Bukan sekolah saja letak yuran tinggi tapi itulah hakikatnya. Tapi tak dinafikan juga ada sekolah yang meletakkan harga yuran yang tinggi untuk memastikan aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan adanya yuran yang membolehkan pelaksanaan aktiviti itu berjalan lancar! Teman berpendapat ibubapa yang kurang berkemampuan dan mempunyai ramai anak yg bersekolah ini patut diberikan masa untuk membayar yuran kerana keadaan sekarang ini ataupun mula menyimpan untuk persekolahan anak-anak sebulan atau 2 bulan sebelum thn depan!

Tapi ada juga ibubapa mengambil kesempatan apabila diberi masa yg lebih untuk menyelesaikan yuran sekolah. Ini terjadi pada murid teman thn lepas. Yuran si kakak dibayar hanya RM50.00 shj tapi si adik tak bayar langsung yurannya. Thn ini siadik ini diserahkan kepada satu keluarga angkat kerana tak mampu menanggung anak. Kesian! :(

nicoTyyne - March 19, 2007 01:31 AM (GMT)
yg paling penting, yuran khas musti dikutip sebelum abis bulan satu... yg lebih lebih tu lantak dema lah nak bayar ke tak....

kengkadang kesian jugak ... memang kalu org yg tak mampu , derang betul betul tak mampu....


off topic:

awal tahun itu ari, aku sruh semua murid kelas tu bawak kad manila. nak buat portfolio sivik... ada satu budak tu, tak bawak walau dah berkali aku mintak... satu ari tu, aku hangin... sruh dia berdiri dan tanya kenapa tak bawak... tekan punya tekan... dia nangis la pulok. dia kata, " mak saya tak da duit chegu... org lain boleh lah beli, derang suma kaya,".... aku tanya dia, gi skolah bawak brapa duit?.. dia jawab... tak bawak che gu, makan rmt je.. aku naik opis amik manila kad , kasi sama itu budak....

ni kes yg paling mengharu kan aku selama 7 tahun aku ngajor... :cry:




Hosted for free by InvisionFree