Title: Majlis guru besar syor UPSR dimansuh
Description: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM
cikguonline - January 19, 2007 10:37 AM (GMT)
KOTA BHARU: Majlis Guru Besar Malaysia (MGBM) mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan dan sebaliknya digantikan dengan sistem pembelajaran nilai murni dan jati diri.
Cadangan itu disuarakan Yang Dipertuanya, Awang Mohmad, dan kertas kerja mengenainya sedang disiapkan sebelum diserah kepada Kementerian Pelajaran.
Awang berkata, sistem peperiksaan itu tidak banyak membantu membentuk sahsiah diri murid sehingga mereka sering keliru mengenai nilai murni dan jati diri kerana terlalu dibebani tanggungjawab mencatatkan keputusan cemerlang dalam UPSR.
Menurutnya, MGBM akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan UPSR kerana sistem peperiksaan itu didakwa tidak membantu membentuk sahsiah diri murid.
“Pemansuhan itu wajar bagi membolehkan murid sekolah rendah memberi tumpuan kepada aspek nilai murni dan jati diri bagi melatih mereka menjadi insan berguna sebelum memasuki persekolahan yang lebih tinggi.
“Ketika ini, semua pihak sama ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru besar, tenaga pengajar dan murid hanya memberi tumpuan terhadap akademik bagi mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR.
“Kini ia dilihat menjadi ‘trend’, semua sekolah berlumba memastikan murid mereka cemerlang dalam UPSR tetapi pada masa sama alpa sahsiah dan nilai murni hingga menyebabkan kanak-kanak itu mudah terjebak gejala sosial,” dakwanya.
Beliau berkata demikian selepas diraikan dalam majlis persaraannya sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, di sini, semalam.
Awang yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Lepasan Maktab Malaysia berkata, MGBM kini menyiapkan kertas kerja cadangan pemansuhan UPSR sebelum diserahkan Kementerian Pelajaran.
“Kebanyakan negara, tiada ujian seperti UPSR. Murid mereka lebih diberi tumpuan mata pelajaran nilai murni dan ujian biasa memasuki peringkat menengah,” katanya.
nurkamar - January 19, 2007 03:02 PM (GMT)
kira mengikut cam srp ke pmr sebelum2 ni. gagal tp masih boleh menerus pengajian.
ok gak buat gini. cuma penilaian kecemerlangan murid tak dapat di 'detect' lebih awal. lebih2, sapa pula yg akan mengisi ruang di asrama + sekolah bistari? adakah nanti makin terus tertumpu pd mak ayah yg berkepuk poket semata? ;)
hartiniazhar - January 20, 2007 11:41 AM (GMT)
:setuju: kalau UPSR dimansuhkan atas 2 sebab;
Pertama - macam MGBM kate...tidak membentuk sahsiah murid. Budak concentrate dan fokus bagaimane nak jawab soalan sahaja. Tapi kalau nak buat kertas kerja cadangan tu, biarlah ade alternatif lain untuk membuat penilaian selame 6 thn budak di sekolah rendah. Dan dari situ, bolehlah dipertimbangkan murid untuk masuk ke MRSM ke, asrama penuhke...etc.
Kedua - guru khususnya dan sekolah umumnya tidak akan menjadi bahan cemuhan baik dari pentadbir sekolah (GB & PK-PK), PPD, JPN atau Kementerian. Bila result periksa UPSR teruk, gurulah yang banyak jadi sasarannya sebab dikatakan gagal menaikkan % lulus murid. Sekolah jadi sasaran bile nazir atau pihak kementerian datang memantau kerap sangat.
Itu sebable cikgu tension kalau pegang kelas thn 6.
:)
tuahayam - January 20, 2007 11:54 AM (GMT)
Aku rasa UPSR ni perlu.. tp adakah aku rasa cam ok gak kalu buat masa tahun 5 dan bukannya 6 seperti sekarang..
sbb aku tgk.. bile tahun 6 guru2 terlampau menumpukan kepada subjek teras dan ada sesetengah sekolah membatalkan semua subjek yang bukan peperiksaan..
kalu kita buat tahun 5.. bile tahun 6 biar diorg kekal di sekolah tersebut tetapi masa tahun 6 ni kita buat cam persediaan ke alam sekolah menengah..
kita abihkan semua silibus subjek2 bukan teras yang biasanya mmg tak sempat dihabiskan..
dan kemasukkan ke sekolah menengah nanti berdasarkan peperiksaan UPSR masa tahun 5 tersebut..
nurkamar - January 20, 2007 04:11 PM (GMT)
| QUOTE (hartiniazhar @ Jan 20 2007, 07:41 PM) |
Sekolah jadi sasaran bile nazir atau pihak kementerian datang memantau kerap sangat. |
off topic sat.
menyentuh bab nazir ni...... ari tu kene g ikut meeting gpk daerah.meeting yang meloyakan(sorry...) lain yg nak disentuh, lain yg di sentuh berjela jela:stp: :stp: :stp: :stp: :stp: patut la asyik tunggang langgang je pelaksanaan dasar.... :stp: :stp: :stp: :stp:
dorang ni rerupanya tak bape le suker ke nazir ni... sebab
- kebanyakan nazir ni ketinggalan zaman. sistem dah berubah. tp di marah cikgu sebab DORANG ni tatau dah ade sistem baru
- yg terpilih ade yg manusia bermasalah waktu mengajar dolu. cepat naik sebab rajin tunjuk muka kat atas :P
patut kedatangan dorg buat penambah baikan. kadang2, pk gak, nazir ni takde soalan membina @ bersifat akademik ke yg nak ditanya @ cadangan penambah baikan pd geguru yg di 'kacau' dalam kelas? asyik dok membelek salah je kejenye.
tentang UPSR.. mmg, sekolah di nilai hanya pada mende yg bersifat akademik semata. kadang mmg rasa bagus cadangan mgb sebab kebenaran tu ada. kita maju dalam aspek akademik. tp terkebelakang dalam pengamalan nilai nilai murni. me as guru thn 6, mmg naik angin bila bertembung ngan bebudak yg dah menengah. semestinya yg 'pandai bangat' dr cikgu yg mengajar. waktu thn 6 dolu kita yg kene berdiri tegak utk dia, kita yg kene bagi salam bila bertembung ke dia. takpe la.... kalau dlm hadis pun tercatat akhir zaman mak ayah yg akan jadi hamba anak... inikan pula kita yg 'cikgu je' ni.... kadang kadang pk... atr kita pun banyak hanya mementingkan perkembangan kejayaan pelajar.. sampai kita lupa, betapa budak perlu menghormati kita sebagai guru mereka, sebagai mana kita dolu yg akan di sebat2 hanya sebab lupa nak berdiri tegak waktu cikgu2 masuk ke kelas..... :cry: :cry: :cry:
hartiniazhar - January 21, 2007 01:59 AM (GMT)
:) Boleh gak macam tu tuahayam. Tapi yang teman heran tu nape MGB beria-ria benor nak mansuh UPSR tapi takde propose kaedah lain menggantikan UPSR? Kalau macam tuahayam cakap tu, maknenye cikgu thn 6 le yg kene struggle banyak sebab nak habihkan silibus dalam mase 2 tahun - mase thn 4 dan 5. Sempatke nak habihkan silibus dlm mase tu?
Bebudak thn 6 skarang memangle macam tu. Bekas anak murid teman yg kurang menyerlah dalam UPSR lebih baik dari budak yg excellent (konon!) dlm UPSR. Bile jumpe cikgu kat mane-mane, die lari menyembunyikan diri, malu atau buat tak reti aje. Berbeza benor ngan budak yg kurang pandai ni, berebut-rebut salam ngan cikgu dan tanya khabar. Bukan semuele tapi kebanyakannye begitu.
Tak payah tunggu bebudak ni masuk sekolah menengah, lepas habih UPSR kite sbg cikgu boleh tengok perangai mereke yg berubah sebab deme ni ingat habih perikse boleh buat sesuke hati, langgar peraturan sekolah, takndak dengor cakap cikgu sebab deme ingat deme dah besor, senior konon!
Jadi....adekah UPSR tu betul-betul menilai keseluruhan prestasi budak thn 6? :hmm:
tuahayam - January 21, 2007 04:15 AM (GMT)
Inilah hasil yang kita dapat apabila menumpukan kepada aspek akademiks emata-mata dan mengabaikan aspek2 lain yang dirasakan kurang penting..
Murid sekarang ibarat robot.. dosuruh belajar tanpa henti dari pagi sampai malam... Kekadang aku kesian dengan anak2 murid aku.. terpaksa belajar tak ikut masa..
Auku kalu masuk kelas.. sebelum murid bagi salam aku akan pastikan semua murid berdiri dahulu.. kalu ketua kelas bagi salam tp aku tgk ada lagi yang tak berdiri aku suruh dia bagi salam semula.. sbb tu salah satu aspek penting kita perlu jaga sebelum mulakan P&P..
Banyak juga rungutan oleh guru2 tentang murid kelas elit ini.. kekadang payah sangat untuk membantu bile diperlukan...
Mungkin kita kena tgk juga dari aspek lain dalam peperiksaan UPSR.. bukan semata-mata kejayaan mendapat 5A semata-mata.. kekadang sekolah menagdakan pelbagai kelas dan kem akademik khas untuk murid2 kelas elit di luar kawasan sekolah tp lupa kepada murid2 lain..
Sepatutnya murid2 lain yang kurang berpotensi mendapat 5A jangan dipinggirkan.. kerana mereka juga adalah warga sekolah kita...
Dari segi guru yang mengajar kelas peperiksaan pulak.. saya tgk kekadang sekolah takut untuk memberikan peluang kepada guru-guru di sekolah untuk mengajar kelas2 peperiksaan ini. asyik2 guru yang sama sahaja dengan alsan kalu bagi ke guru lain result akan jatuh...
tp bagi aku.. kalu kita tak bagi peluang kepada guru lain.. bagaimana guru2 tersebut hendak mendapat pengalaman...
| QUOTE |
Kalau macam tuahayam cakap tu, maknenye cikgu thn 6 le yg kene struggle banyak sebab nak habihkan silibus dalam mase 2 tahun - mase thn 4 dan 5. Sempatke nak habihkan silibus dlm mase tu? |
aku tertarik denagn kenyataan ini.. kenapa perlu dibebankan kepad aguru2 tahun 6 sahaja.. sbb tu dalam posting aku di atas aku nyatakan bagi peluang kepada semau guru utk mengajar kelas2 peperiksaan dan bukannya guru yang sama..
Lagi satu sebenarnya aku kurang gemar melabelkan guru2 dengan guru2 seperti guru tahun 6.. guru tahun 1.. sbb ia seperti mewujudkan puak2 tertentu di dalam sekolah...
Pasal silibus tu bukannya takleh diubah..
Tapi buat masa ini aku rasa kerajaan perlu mengurangkan tekanan peperiksaan kepada pihak sekolah.. Jangan menghukum sekolah yang jatuh prestasi atau memuji sekolah yang naik prestasi...
Sbb bile dilabelkan sekolah tu hebat sekolah tu tak hebat.. sekaligus menambahkan tekanan kepada warga sekolah untuk menaikkan rangking sekolah dan inilah salah satu sebab kenapa subjek2 bukan peperiksaan diabaikan..
Kesimpulannya bagi aku. peperiksaaan UPSR ini perlu bagi mengukur sejauh mana tahap pelajar itu.. tetapi ia juga perlu ada sedikit pembaharuan..
Jadikan aspek sosial seperti budi bahasa dan kokurikulum sebagai markah tambahan untuk naik ke sekolah men dan markah2 ini diberikan oleh guru sekolah sendiri...
Maybe pandangan aku ni salah sbb aku masih baru dalam dunia pendidikan.. baru 3 tahun berkecimpungan dalam bidang ini...
hartiniazhar - January 22, 2007 12:46 PM (GMT)
:) Takpe....kalau banyak ilmu yg ditimba dlm 3 thn tu, ape salahnye beri pendapat. Sebenornye teman silap yg tuahayam quote itu. Sepatutnye....'CIKGU-CIKGU' bukannye 'CIKGU THN 6'! Sorryle...... :tq:
Tapi teman pun tak setuju kalau benor ade cikgu-cikgu yg berpuak-puak ni...hakikatnye ade wujud cikgu-cikgu yg mcm tu. Adele 2, 3 orang cikgu dari sekolah menengah ditukarkan mengajar sekolah teman krn mrk tak puas hati dianaktirikan oleh pihak pentadbir sekolah deme. Kalau duduk kat bilik guru, boleh nampak perbezaannya sebab cikgu-cikgu yg graduate dr U duduk berasingan dgn cikgu yg keluar maktab. Bayangkanle satu cikgu sekolah teman dibebani oleh pelbagai tugas padahal ada guru graduate baru posting ditugaskan mengajar kelas yg menengah rendah dan diberi tugas sampingan yg agak mudah. Apalagi cikgu tu pun terus isi borang tukar dan die pun happy nampak mengajor di sekolah teman. Cerite ni 5, 6 thn sudah, tp mungkin skarang takde dah! Ntahle..... :hmm:
amylie22 - January 24, 2007 06:17 PM (GMT)
nk mencelah sket..
rasanya parents skang lebih sudu dr kuah..sy badge pertama amek upsr(1988),xtensen pun tp dpt 5A gak...pastu cikgu dulu garang cam singa..penampar dan rotan dh jd asam garam tp xde sape yg berani mengadu kt mak bapak..kalo mengadu pun mmg carik nahas...sbb tu budak2 skang xleh nk survive bila dh belajar ke peringkat yg lebih tinggi sbb xde jati diri,mudah terpengaruh ngan benda yg bukan2...
tentang melabelkan guru ni,rasa2nya guru tahun satu lg penat sbb di situlah permulaan perjalanan hidup seorang murid..sebagai guru tahun satu sy lebih suka menanamkan nilai2 murni dalam pengajaran (teknik sebab dan akibat)..disiplin murid jd teruk sbb cikgu2 skang berat mulut nk menasihati dan menegur sikap/perangai murid dgn alasan 'bukan anak aku'(kisah benar). pokoknya,terpulanglah pd guru itu sendiri..anyway..slamat bertugas...(byk kursus,mesyuarat yg menanti ni...warghhhh...
hartiniazhar - January 25, 2007 10:55 AM (GMT)
:setuju: :setuju: :setuju:
nurkamar - January 26, 2007 03:31 PM (GMT)
| QUOTE (amylie22 @ Jan 25 2007, 02:17 AM) |
| alasan 'bukan anak aku'(kisah benar). |
kalau baca pekeliling yang dok main pusing keliling keling je.... ini le yg kene buat...
gaji setahun pun tak cecah 40k yg kene bayar kalau wat cam cikgu kita dedolu tu....