View Full Version: Guru londeh seluar

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Petikan Akhbar > Guru londeh seluar



Title: Guru londeh seluar


cikguonline - January 14, 2007 05:25 AM (GMT)
Guru londeh seluar
Oleh MUNIR ANA’AM ZULJADAN dan ZAID SALIM

Murid dakwa dihukum kerana tidak membawa buku latihan

DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau, kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya, Rabu lalu.


Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak membawa buku latihan.

“Saya malu kerana semua teman sekelas nampak kemaluan saya. Nasib baik subjek muzik pada akhir sesi. Apabila pulang, saya beritahu ayah dan ibu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jerangau, semalam.

Ketika ditanya adakah guru terus melucutkan seluarnya, Mohammad Nabill Iman Hakkiem berkata: “Tidak. Dia buka kancing, zip dan melondehkan seluar saya ke paras lutut di depan rakan dalam kelas muzik.”

Ibunya, Salmah Jusoh, 35, berkata dia dan suaminya Zulkifli Jusoh, 36, terkejut apabila Mohammad Nabill Iman Hakkiem pulang dengan muka muram, kira-kira jam 1.15 tengah hari.

“Tiba-tiba saja Iman kata dia tidak mahu lagi ke sekolah. Apabila saya tanya, dia menceritakan tindakan guru itu. Saya dan ayahnya sungguh terkejut,” katanya.

Salmah berkata, seingatnya dia ada meletakkan buku latihan muzik dalam beg Mohammad Nabill Iman Hakkiem mengikut jadual harian anaknya, tetapi hairan apabila ia dikatakan hilang.

“Saya yang menyiapkan semua buku Iman setiap hari sebelum dia ke sekolah. Saya hairan kerana buku itu tiada di rumah. Namun, saya sungguh tidak sangka guru itu sanggup mengambil tindakan demikian,” katanya.

Salmah berkata, sehari selepas kejadian, dia dan suaminya menemani Mohammad Nabill Iman Hakkiem ke sekolah untuk bertemu guru besar serta guru muzik terbabit.

Katanya, ketika suaminya bertemu guru besar untuk meminta penjelasan dan memohon kebenaran bertemu guru muzik, dia serta Mohammad Nabill Iman Hakkiem terus ke kelas.

“Saya ingin pastikan Iman tidak tipu. Oleh itu, saya minta kebenaran guru yang mengajar ketika itu untuk bertanyakan rakannya.

“Sepuluh rakan Iman angkat tangan mengaku nampak kejadian itu,” katanya.

Zulkifli pula berkata, dia cuba mendapatkan penjelasan guru besar, tetapi guru besar memberitahu akan menyiasat dan tidak membenarkannya berjumpa guru muzik kerana khuatir berlaku pergaduhan.

“Walaupun saya peneroka, saya masih ada harga diri. Saya cuma ingin tahu apa alasan guru itu melondehkan seluar anak saya.

“Saya hanya perlu tunggu di luar sekolah jika benar-benar ingin bergaduh,” katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/S...cle/indexm_html

tuahayam - January 15, 2007 10:55 AM (GMT)
Satu tindakan bodoh oleh guru tersebut.. kalu aku jadi parent diorg pun aku gi jumpa gak guru ni..

satu perlakuan yang amat tak patut.. banyak lagi denda yang boleh dikenakan...

hartiniazhar - January 15, 2007 11:34 AM (GMT)
:) Kenape ye cikgu tu sanggup buat macam tu kat murid die? Tapi ibubape pun janganle nak cari gaduh di luar sekolah. Nanti malu bukan dapat kat anak saje, tapi ibubapa juge yg malu sebab bergaduh dengan cikgu. Semue ini boleh dibawa berunding, tapi kenape GB tak benarkan bapa murid tu jumpe cikgu Muzik tu? Mungkin bapa tersebut tengah marah.
Cikgu Muzik tu pun satu....takde ke hukuman lain yang nak dijatuhkan selain drpd nak menjatuhkan harga diri seorang murid? :no:

nicoTyyne - March 19, 2007 01:36 AM (GMT)
setuju... stupid...

banyak menda lain lagi ko buleh buat ... nanti depa cas cabul atau kelucahan yg melampau tak ke naya...

cikgudenan - July 20, 2007 08:03 AM (GMT)
Guru mcm tu tak patut ada. Kalau londeh seluar guru tu apa yang dia rasa? Malu? Pikirkanla...




Hosted for free by InvisionFree