View Full Version: Minta nasihat rakan-rakan

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Bilik Kaunseling > Minta nasihat rakan-rakan



Title: Minta nasihat rakan-rakan


linda - January 10, 2007 11:14 AM (GMT)
assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

boleh tak nak minta bantuan pendapat rakan-rakan?

saya sekarang mengambil cuti tanpa gaji kerana mengikut suami melanjutkan pelajaran di luar negara. saya akan kembali bertugas sebagai guru sekolah menengah bidang sains dan math 11 mac 2007.

soalan saya:
bolehkah saya masuk semula ke sekolah lama? amat berharap dapat masuk semula ke situ sebab dah beli rumah dah kat sekolah lama. dan boleh kata dah selesa di situ.

ada tak siapa siapa tahu berhubung perkara ni...dan minta beri pendapat ya.

pandangan dan pendapat semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.

linda

haikal - January 12, 2007 09:04 AM (GMT)
Ini suatu perkara yang sukar.....nak masuk ke sekolah lama mesti berdasarkan kuotaa guru di sana la....lagipun cuti ni pilihan sendiri bukan atas sebab perkhidmatan seperti sambung belajar....so pendapat saya berjumpa la dengan pihak sekolah dahulu....jika ada kekosongan wat permohonan di PPD atau JPN....kalau nasib baik dapat insyaAllah....di sekolah saya punyang sambung belajar x dapat balik ke sekolah kami...ditugaskan di sekolah baru mengikut keperluan harap ia membantu......

nurkamar - January 15, 2007 08:25 AM (GMT)
saya waktu mula mula kawin pun kes ni.

saya sepatutnya mengikut suami ke luar ngr selama 3 tahun utk dia sambung belajar(scholar opis dia) dlm masa yg sama, saya juga akan terus menyambung phd saya di sana(sebab cuti lama, tak buat apa)

bila saya bincang dengan pihak opis... dorg tak brp galakkan. sebab kalau ye saya pergi, kekosongan saya akan diisi oleh guru baru. jadi untuk masuk ke sekolah asal semula, adalah sesuatu yang agak sukar. cikgu boleh tgk camne keadaan guru2 yg menyambung belajar sekarang.kene beralah dengan guru baru yg mengganti tmpat mereka.

bila pk2, tak apalah saya PJJ. syukur juga, suami di taja utk bljr dlm negara akhirnya. tp ini bgantung p kekosongan. kalau keluar pun, saya rasa cikgu takkan pindah jauh dr sekolah asal. lebih2, kalau cikgu dr sekolah selangor & KL

ideal - January 15, 2007 05:14 PM (GMT)
QUOTE (linda @ Jan 10 2007, 07:14 PM)
assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

boleh tak nak minta bantuan pendapat rakan-rakan?

saya sekarang mengambil cuti tanpa gaji kerana mengikut suami melanjutkan pelajaran di luar negara. saya akan kembali bertugas sebagai guru sekolah menengah bidang sains dan math 11 mac 2007.

soalan saya:
bolehkah saya masuk semula ke sekolah lama? amat berharap dapat masuk semula ke situ sebab dah beli rumah dah kat sekolah lama. dan boleh kata dah selesa di situ.

ada tak siapa siapa tahu berhubung perkara ni...dan minta beri pendapat ya.

pandangan dan pendapat semua didahulukan dengan ucapan terima kasih.

linda

nak kembali ke sekolah asal tu mybe amat tipis la , tapi kalau nak sekolah berdekatan mybe boleh kot ..

ape2 hal saya cadangkan pada cikgu linda , pergi terus ke kementerian pendidikan malaysia di putrajaya dan jumpa pegawai yang berkenaan dan cuba bincangkan masalah cikgu dengan pegawai tersebut... untuk pengetahuan ... mereka disana amat prihatin dengan masalah guru2 ni dan mudah untuk berbincang , dengan syarat hadir sendiri ( jangan main telefon jer ) ...




Hosted for free by InvisionFree