View Full Version: Rancangan Tahunan

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Huraian Sukatan/Rancangan Tahunan > Rancangan Tahunan



Title: Rancangan Tahunan
Description: Huraian Sukatan


aku - January 4, 2007 07:59 AM (GMT)
Assalamualaikum


Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana sebagai seorang yang bukan guru, saya mencampuri urusan anda. Bukanlah niat saya untuk menunjuk pandai (bahkan andalah - guru-guru - yang lebih pandai dan layak menegur).

Ibu saya seorang guru dan kawan istimewa saya juga seorang guru. Tetapi saya tidak mahu bertanya kepada mereka kerana saya sudah bertanya tetapi masih tidak faham.

Sekarang saya ingin bertanya di sini:

1- Adakah rancangan tahunan sesuatu yang seragam di setiap sekolah?
2- Jika ya, kenapa sukar sangat untuk mendapatkannya?
3. Jika ya juga, bolehkah orang seperti saya, yang mempunyai sedikit pengetahuan tentang web, menyediakan ruang rujukan yang memudahkan semua guru memuat turun rancangan tahunan?
4. Jika tidak, adakah rancangan tahunan atas kreativiti setiap guru?

Rasanya cukup dahulu soalan-soalan ini untuk memberikan saya sedikit gambaran tentang rancangan tahunan.

Cerita sampingan: Kawan saya tersebut sedang mencari rancangan tahunan bagi matapelajaran sains tingkatan 2 dan 4, di dalam bahasa inggeris. Apa yang saya dapat adalah link di bawah. Pun begitu, taraf 'new' pada web tersebut adalah pada tahun 2001!?!

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/indexg.htm

nurkamar - January 4, 2007 12:17 PM (GMT)
rancangan tahunan tak seragam. ikut kreativiti guru + sukatan yg tersedia di setiap zon negeri. berdasarkan huraian sukatan yg cik refer di link di atas.baguslah kalau cik dapat wujudkan laman sebegitu utk rujukan semua guru. mayb cik boleh buat rujukan perbezaan yg saya nyatakan td (sp, hsp, rt, rm)di dalam web cth : sk serkam darat. (note sp = sukatan pelajaran, hsp= huraian sukatan pelajaran, rt= rancangan tahunan -yang cik cari tu,rm= rancangan mingguan, rh=rancangan harian(ni hanya tercatat dalam buku harian cikgu2 berkenaan sahaja)


** cikgu2 senior, kalau salah tolong betulkan ek.... saya budak baru belajar

aku - January 5, 2007 11:10 AM (GMT)
rasanya semua guru dah start buat rancangan tahunan. hmm.. tangguh untuk tahun depan punya projeklah..

ni off topic Rancangan Tahunan sket.. nanti saya buka thread baru:

Saya ada domain tutorial.com.my, memang dah lama menyimpan idea untuk jadikan ia laman web yang berguna. Ada cadangan tak?

Apa yang saya nampak:

1- Kumpulkan soalan2 tahun lepas (UPSR/PMR/SPM)
2- Sediakan link untuk muat turun.

Ok tak idea saya tu?

hartiniazhar - January 5, 2007 02:40 PM (GMT)
:setuju: :setuju: :setuju: :) :tq:!

nurkamar - January 6, 2007 12:27 PM (GMT)
:clap: :clap: :clap: :clap: :clap: :clap: :clap: :clap: :clap:




Hosted for free by InvisionFree