Title: minat jd cikgu math
felo - April 7, 2006 09:34 AM (GMT)
A’kum semua cikgu kat sini.. Saya sebenarnya blh dikatakan keluar dari topik yg cikgu2 bincangkan kat sini. Tapi sy harap sgt2 dpt pandangan dan pendapat dr cikgu2 mengenai masalah sy. Sy berminat utk menjadi seorang guru Math sekolah rendah. Tp dengar2nya dah ramai sgt guru smpai berlebih pula, betul ke? Mcm mana pula bebanan kerja terutamanya bg guru sekolah rendah? Selain KPLI, ada x saluran lain utk apply jwtn guru sekolah? Mgkin thru PPD tp mcm susah jer… at least dpt jadi guru sandaran or guru ganti dulu pun takpe… and buat pengetahuan semua, skrg ni sy tutor merangkap felo penyelidik di sebuah IPTA dan masih dlm peringkat akhir menghabiskan pengajian master sy (dlm bidang IT).. skop kerja hanya terlibat dlm system development (means more to IT environment), bkn mengajar… masalahnya sy dah kurang minat utk buat sistem, programming, etc dan lebih berminat nk jadi cikgu.. pd pendapat cikgu2 apa chances yg ada utk sy dpt jd cikgu? Tq...
cikguonline - April 7, 2006 11:50 AM (GMT)
Betul kata saudara felo sekarang ni pun cikgu dah berlebihan terutamanye daerah saya la yang saya nampak Guru Besar saya pun ada tanda pada PPD sepatutnye Sek saya perlu di kurangkan sorang tapi sebaliknye di tambah seorang lagi.
Kalau lelaki rasanya peluang lebih la berbanding cikgu perempuan. Kerana rata-rata cikgu di sekolah adalah perempuan seperti mana saya di maktab dahulu ada la seciput je lelakinye yang lain semuanyer perempuan.
Salain KPLI taktau pulak saya bagaimana nak jadi guru sekolah ni. Progrem Latihan Berasakan Sekolah (PLBS) rasanye boleh kot. Yang mana guru sandara yang mengajar di sekolah ada serap ke dalam perkhidmatan kira jadi cikgu la. Masih mengajar di sekolah & waktu cuti pergi ke maktab untuk belajar.
kalau saya salah cikgu2 tolong tegur. :tq: harap cikgu2 lain boleh beri bantuan pada saudara felo tq :hmm:
hartiniazhar - April 7, 2006 01:10 PM (GMT)
:) Waa...ada juga orang lelaki yang minat jadi cikgu. Selalunya....kalau saya tanya budak lelaki yang study di U ke, kolej ke, oversea ke.....jadi cikgu ni last choice kalau dah takde pilihan lain! Takleh salahkan mereka...sebabnye it's their choice! Selain drpd KPLI, saya tak nampak cara lain yang boleh saudara felo masuk ke bidang perguruan. Sekarang ni..nak jadi cikgu sandaran pun...kena tengok sekolah juge sebab macam sekolah cikguonline....sekolah saye pun dah terlebih guru. Tunggu kena tendang keluar aje! Saye dengar, cikgu senior yang dalam list kena tendang...termasuk jugele saye! :hmm: Apapun...sekiranya saudara felo minat nak jadi cikgu....kenale bersedia dengan pelbagai cabaran...bukan saje mengajar tetapi macam-macam kerja lain yang membebankan! Saya bukanle nak melemahkan semangat saudara felo cuma saya rase anda kena bersedia dari segi mental dan fizikal! Apepun...all the best to you! :hatdown:
kuguru - April 8, 2006 05:36 AM (GMT)
saya cuma nak bagi pendapat saya... kepada saudara felo,seperti mana yang diperkatakan oleh hartinizar, kerjaya sebagai seorang guru sekarang ni amat berbeza dan realiti kerjayanya jauh berbeza dengan tanggapan umum. Hanya guru sahaja yang mengetahui dan memahaminya kerana telah mengalaminya. Saya tidak berniat untuk melemahkan semangat saudara tetapi hanya sekadar untuk memberi pengetahuan yang mungkin sebelum ini tidak diketahui oleh saudara. Saya merupakan seorang guru matematik dan telah mengajar selama 8 tahun. Memang diakui pada mulanya saya menjadi cikgu hanya kerana tiada pilihan lain. Tetapi kini saya dah mula rasa seronok lebih lebih lagi untuk tahun 6.Alhamdulilah , saya berjaya meningkatkan peratus lulus matematik UPSR di sekolah saya kepada tahap 90% keatas. Ini realiti yang umum tahu..
Ok, sekarang saya akan cerita lak pasal realiti yang orang awam kurang tahu...
Sebagai seorang guru, tugasnya bukan sahaja dalam bidang pengajaran. sebaliknya melibatkan pelbagai bidang yang tiada kaitan dengan pengajaran. Seseorang guru itu mesti mempunyai watak dan pengetahuan sebagai seorang ayah/ibu , pengurus, jurulatih sukan, pegawai perhubungan awam , kaunselor dan macam macam lagi. Banyak pengorbanan perlu dilakukan .
Ini berdasarkan pengalaman saya, sebab di sekolah saya ada seorang guru yang merupakan seorang bekas DOKTOR. Beliau bermasalah untuk memberikan kerjasama dalam bidang yang bukan berkaitan dengan akademik. Ini berpunca dari tanggapan awal beliau yang dipahat kemas di mindanya bahawa tugas guru ialah MENGAJAR. Jadi , apabila diberi tugas sebagai guru penasihat Persatuan pengakap dan Penasihat permainan Bola Baling , gagal untuk memberikan kerjasama. Untuk pengethuan saudara Felo, setiap guru WAJIB untuk bertanggung jawab untuk sekurang-kurang satu jenis permainan dan persatuan. Kesilapan tanggapan ini akan mewujudkan satu iklim yang tidk sihat di sekolah. Sebagai seorang guru , kena banyak berkorban masa dan wang untuk anak didik.
Itu belum dikira tugas tugas khas yang lain seperti Guru Kelas , S/U Sukan, S/U Peperiksaan, Guru SPBT, Guru Disiplin dan macam -macam lagi . Saya harap pendedahan awal serba sedikit tentang bidang tugas seorang guru ini dapat membantu saudara felo untuk membuat pertimbangan . Nanti takdelah kena 'culture shock' lak...
Harap maaf kalau ada perkataan yang kurang enak didengar..
Sekian..
p/s : kalau setiap sekolah ada seorang programmer, perghhh best tuuuu...
felo - April 13, 2006 08:22 AM (GMT)
assalamualaikum...
first of all.. zillion thanx sy ucapkan pd semua yg sudi share knowledge n ngalamn sbg guru...cuma sy mintak maaf sgt2 klu ada slh info yg sy bg... sbnrnya sy ni perempuan, bkn lelaki mcm yg cikgu2 sngka...
sy dah mula rs tawar hati keje dlm bidang yg sy tak minat... esp. bila terbaca article yg tulis psl 'bekerja dlm bidang n environment yg kita suka is much better than bekerja setakat memenuhi keinginan org lain (in this case, our parents), stkt nak income tinggi, tp tak iklas spnhnya..' at least slh satu pun kira ok.. mslhnya, satu pun dah takde dlm keje sy buat skrg ni...niat di hati mmg nk jadi cikgu jer..
tak dinafikan bila dgr pnglmn dari cikgu2 sndiri, sdkt sbnyk tergugat jgk keyakinan... tp bila difikir2kan blk, mn2 keje pun ada cabarannya tersendiri.. sama ada snggup atau tak, iklas atau tak, boleh harung atau tak.. hope 1 day sy akan dpt jugak peluang tu.. doa2kan yer.. thanx alot again...
kuguru - April 13, 2006 10:06 AM (GMT)
pandangan saya ialah , kalau felo dapat kekalkan keazaman dan semangat seperti sekarang sepanjang masa , insyaallah , tiada masalah. Teruskanlah..., semoga satu hari felo akan berjaya menjadi seorang pendidik.
cikguonline - April 14, 2006 09:47 AM (GMT)
betul kata kuguru saya pun sama :pray: agar felo dapat apa yang felo cita2kan. Bagi saya saya mengajar kerana ingin mencurahkan segala ilmu yang ada kepada anak-anak murid:love:
p/s : saudari rupanya :tq:
hartiniazhar - April 16, 2006 01:14 PM (GMT)
:) Saye minte maaple sebab sangka saudari ni lelaki! I'm so very sorry......Apepun saye cukup hargai minat felo dalam bidang perguruan. :setuju: Saye setuju dengan komen saudara kuguru tu tambahan lagi statement die yang berbunyi- "HANYA CIKGU YANG PAHAM CIKGU!" Sebab masyarakat takkan dengar bunyi-bunyi rungutan guru zaman sekarang. Masyarakat mungkin menuding jari pada cikgu tapi mereka tak tahu jadi cikgu sekarang amat besar bezanye dari cikgu dulu. Setiap guru ade je masalah mereka tapi tanggungjawab di sekolah kene juge dipikul. Macam teman ni...dah 11 tahun mengajar..........masih macam tu jugak. The same routine every year! Kadang-kadang jemu, tapi kadang-kadang bersemangat juge bile melihat anak murid bersungguh-sungguh nak belajor. Tapi yang kurang berminat tu, itu yg melemahkan semangat saye! Tapi selagi terdaye...saye nak teruskan juge perjuangan mengharungi cabaran menjadi cikgu! Biorle ape orang lain nak cakap.....teman tak kisah! :cool:
kuguru - April 16, 2006 02:38 PM (GMT)
cayalah hartiniazhar... bersemanngat tul cikgu ni.
betul tu yg ponting kito jgn pikirkan ttg penghargaan. jaga niat kita sudah... niat utuk mendidik anak bangsa..