View Full Version: adat kah ini?

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Sembang Umum > adat kah ini?



Title: adat kah ini?
Description: terlampau mematuhi adat sampai lupa adab


nurkamar - December 12, 2006 08:16 PM (GMT)
baru baru ni..... saya telah mengikut rombongan keluarga ke sebuah daerah di negeri di utara tanah air...saya cukup terpanggil untuk membincangkan hal ini dikalangan sahabat disini...

pertamanya.. bukanlah niat saya untuk meperkecilkan adat istiadat mana mana negeri @ suku.cuma inilah luahan hati dari saya dan ahli keluarga secara keseluruhan tentang betapa kecewanya kami dengan apa yang kami peroleh.

alhamdulillah, abang saya akhirnya dipertemukan jodoh dengan salah seorang rakan saya seperguruan. ini adalah jodoh yang diaturkan oleh saya sendiri dan amat disenangi oleh smua keluarga... namun, apa yang berlaku dari pihak keluarga banyak membuka mata + menghancurkan hati kami semua.

pada awalnya... pihak perempuan memohon untuk menghantar rombongan. pada cadangan kami, biarlah majlis diadakan serentak memandangkan saya juga akan mengadakan majlis walimah pd jun lepas. namun ia tidak dipersetujui oleh pihak perempuan kerana mereka menyatakan adalah tidak sesuai di dalam adat untuk menyatukan dua beradik serentak. kami terima dan majlis diatur pd awal bulan ni.

first sight(saya tak mengikut waktu ni), keluarga kami tidak disambut langsung. semua dibuat sendiri. melangkah masuk ke rumah seperti orang yang salah. semua mata hadirin hanya memandang. tiada yang menjemput masuk mahupun memberi tempat duduk.makcik pakcik dah mula berbisik sebab bukankah sepatutnya adab menerima tetamu di jemput dan diberi ruang sebaiknya?untuk menenangkan hati, mama, ayah(yang sakit), pakcik2 & makcik2 meletakkan hantaran serta duduk di celah2 sempit hadirin yang ada. apabila pulang... semuanya mengeluh sebab kami bukan datang dari dekat. tentulah keletihan. lebih2 bila disambut sedemikian.

seterusnya sewaktu menghantar rombongan kali kedua, ketiga (untuk menghantar duit hantaran yang diminta). keluarga sekali lagi di sambut sebegitu. namun atas sebab kebaikan bakal kakak ipar selama ni, semua perkara ni dibuat endah tak endah. malahan mama terus gembira merancang majlis yang lebih selayaknya dibuat untuk anak sendiri. marhaban, berzanji, malam berinai dan resepsi besar besaran seperti majlis saya. menurut mama, tak mahu kak ipar berkecil hati.akhirnya,

akhirnya, tiba majlis pernikahan.saya, ibu mertua dan adik beradik suami dari utara & keluarga dari seluruh KL, shah alam + selatan berkonvoi beramai2 sejak awal subuh lagi. namun apa yang kami peroleh sepanjang perjalanan, dibentak supaya cepat sampai kerana kadi akan menikahkan pasangan lain. telah kami jelaskan, kami datang dari jauh.takkan sedikitpun tidak mereka fikirkan bahaya yang akan timbul jikalau kami terkocoh kocoh? bukan sekali, malahan berkali kali kami bertembung @ hampir bertembung dengan kemalangan. semenanjung malaysia ini bukanlah negara yang kecil untuk diarah yang bukan bukan!

sesampai di sana, tiada siapa yang menyambut di pintu surau. hanya ayahnya, yang mengintai di balik tirai. namun apa yang berlaku, tiada senyuman atau huluran salam yang kami(ayah mak saya??) terima, tapi jelingan tajam.

selamat dinikah, sekali lagi, kami terbiar. pihak kami mula merungut sebab kami tidak makan sejak awal. majlis akan bermula selepas zohor. takkan tiada kudapan yang disediakan? akhirnya, ahli kuarga yang lelaki buat tak malu mengambil makanan untuk tetamu + membawa diri ke surau. kami perempuan duduk di dalam rumah tumpangan yang disediakan sambil menjamu keropok ringan sementara menunggu majlis tgh hari. smua ni dilakukan sendiri tanpa kehadiran ibu, ayah pengantin dan seorangpun ahli keluarga belah perempuan. tak tahu,mmg tak tahu apa yang silap, sehingga ke akhir, ibu, bapa dan adik beradik pengantin tidak seorangpun bersalam dengan kami sekeluarga TERMASUK mama + baba saya.

baba dah mula merungut setelah sekian lama mendiam. tak dikira pakcik, makcik, keluarga dan keluarga belah suami yang turut serta. mama saya akhirnya bersuara setelah lama mengikut rentak pihak di sana. mama kata, kalau aku tahu dari awal biadapnya diorang, aku takkan buat semua ni.keangkuhan mengikut adat semakin ditunjukkan apabila TIADA seorangpun ahli keluarga pihak perempuan hadir di majlis yang mama sediakan(yang MEMANG DARI AWAL TAK DIPERSETUJUI SEMUA AHLI KELUARGA)untuk menyambut kak ipar.meriah, lebih meriah dari majlis saya dahulu,tapi dirosakkan oleh pihak perempuan secara keseluruhan. namun saya terlampau menghargai kehadiran kak ipar yang menenangkan keadaan..meskipun dia mungkin malu dan kecewa(ayah tertembung dia menangis selepas dia menelifon ahli keluarga dia waktu malam berinai-ayah suruh jemput semua datang sekali lagi)

tak perlu saya teruskan apa yang berlaku dimajlis resepsi.. serupa sahaja. cuma timbul sedikit kesedaran apabila akhirnya bapa perempuan menyatakan kesyukuran kerana menyambut anaknya semeriah begini. tp sikap kak ipar dia yang berlagak (bukan ke lawyer lebih tahu cara nak hormat majlis orang??? ) mmg takkan kami sekeluarga lupakan sampai bila bila. menurut makcik dan ayah, manusia biadap tak layak diberi penghormatan. biar tinggi mana kedudukan.

pada asal semua ni adalah menurut pihak perempuan, dalam adat mereka, pihak perempuan tak boleh menunjukkan berlebih2 kesukaan terhadap pihak lelaki. tak mahu nampak seperti beria selagi belum habis majlis. tp, kalau majlis dipulau, sambutan dingin sejak awal, malah perilaku biadap yang sering ditunjukkan adakah itu juga dinamakan adat??


**maaf mod, panjang lebar

cikguonline - December 13, 2006 07:30 AM (GMT)
tak patut betul la dia orang buat macam tu apa yang telah di langgar adatnya... orang datang pun tidak di layan... tak patut betul. apa sebenarnya yang pihak perempuan hendakkan sampaikan buat tak endah macam tu sekali....

hartiniazhar - December 13, 2006 02:38 PM (GMT)
:) :setuju: :setuju: :setuju:

Tak patut betul........kenape ye deme buat lagu tu? Kalau nak beradat pun takkan tahu adab! Kesian Nurkamar, jodoh yang diharapkan dapat membahagiakan abang tersayang , sebaliknya bukan setakat malu tapi macam diperbodohkan, rasenye!

Takpelah...sabor je le...mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.

aku - December 24, 2006 02:16 PM (GMT)
inilah jadinya kalau lebihkan adat dari syariat.

nurkamar - December 29, 2006 02:49 PM (GMT)
terima kasih atas sokongan rakan rakan.

kalau nak diceritakan, semua orang akan 'mengondam' hal ni. takde siapa akan rasa puas hati. kecuali orang orang yang membangga bangga kan adat sebegini.

cuma satu yang masih bermain di fikiran saya, adakah ini benar2 adat? kalau ikutkan kefahaman.. orang @ pihak perempuan akan melakukan sesuatu kalau mereka tak bersetuju untuk sesuatu lamaran @ peminangan. tapi ni, abang @ anak lelaki ayah diambil, tapi kami sekeluarga di pulau.

kalau kami ini pun beradat tersendiri, pasti kami akan meninggalkan majlis SAMA seperti rombongan merisik kak ipar sebelum2 kami. cuma mungkin kami ni orang luar(asal singapura), kami ambil tak kisah. WALAUPUN mak ayah saya terang terang dimalukan oleh ahli keluarga dia

abang saya adalah orang yang paling rapat dengan saya dikalangan adik beradik. sementelah dia anak suilung.kadang penyesalan tu timbul bila saya imbas2 kembali perkara perkara ni... :( semoga ALLAH sahaja yang membalasnya...pasti ada hikmah atas semua ni... :pray: :pray: :pray: :pray: :pray: semoga abang berbahagia dunia & akhirat.....

nicoTyyne - March 16, 2007 01:13 AM (GMT)
mana ada adat mcm tu? tu adat pak kaduk.....

mungkin ada sebab lain kot?

perkahwinan ni dipersetujui atau tidak? ..... mcm tak dapat restu jerrrr....


tapi bro, sepupu aku kawen ngan org utara gak... tak de pun cam tu... kami dtg siap depa arak ngan 32 bijik superbike lagi.... mempelai tak pijak tanah... kena usung sampai tangga masjid.... :love:

nurkamar - March 16, 2007 04:27 AM (GMT)
yup nico, my hubby also from there but other dstrict. kalau lah fam hby pun mengamuk... ni pula kami ni org luar. kalau nak tau la camne tteruknya diorg buat kitorg ni.

nak tergelak gak... resepsi sini hiasan guna fresh flower. sibuk amk sorg satu nak bawa balik. err... takde adab ke kat majlis org..?si kak ipar yg laser tu... saya dah tak sabar sebb kat sini pun nak buat hal... saya letak dia kat tepi kump berzanji ngan suami dia. nak sgt duk atas pentas kan? mulut takde adab. rasa le sendiri

setuju @ tak...saya tak pasti. dr cerita kakak ipar ni dulu....mg semua rombongn merisik yg dtg sblm kami akan tarik diri pas g umah.rasa kita leh faham apa yg terjadi.kami bdarah singapore ni tak kisah pasal adat...yg utama nikah.kalau cam depa gak..mungkin kes tinggal majlis cam yg dulu2 akan terjadi lg

cikgujimmy - January 18, 2008 06:38 PM (GMT)
Mana bingai punya adat ni????
negeri mana?

aku pi kenduri di Tawau nun, superb layanan diorang
kenduri 9/2 nanti macam mana le nak layan macam depa layan
siap kasik hotel 4 bintang lagi.

Makan jangan dikenang la..mewah

boleh tengok le kat fotopage ni..


fotopage aku





Hosted for free by InvisionFree