View Full Version: Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dot, dot, dot..

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Bahasa Inggeris > Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dot, dot, dot..



Title: Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dot, dot, dot..
Description: Pendapat seorang lagi pembaca!


hartiniazhar - November 22, 2006 12:45 AM (GMT)
:) ssalamualaikum
Saya ingin mengutarakan pendapat peribadi saya sendiri tentang isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Perkara ini mungkin belum pernah lagi disentuh oleh media atau pun pihak yang membangkang isu penggunaan bahasa inggeris di dalam pembelajaran matapelajaran tersebut.

Kita lihat pada sejarah purba. Temadun-temadun purba seperti temadun Mesir, temadun Greek, temadun Mayan di Amerika Selatan dianggap satu temadun atau bangsa yang termaju pada zaman mereka. Saya bukanlah ahli bahasa tetapi dari pengetahuan sejarah, didapati bangsa-bangsa ini mempunyai sistem bahasa yang maju.

Hasil tulisan yang terdapat pada piramid-piramid Mesir masih lagi menjadi bahan kajian ahli sejarah tentang temadun Mesir. Secara langsung atau pun tidak, bahasa dikaitkan dengan kemajuan temadun purba tersebut. Perkara ini juga terbukti di zaman moden ini.

Bangsa-bangsa yang dianggap maju, mempunyai bahasa mereka sendiri yang telah maju. Kita perhatikan bangsa Jepun, bangsa Cina, bangsa Eropah (Jerman, Perancis dan Itali) dan termasuk juga bangsa Ingerris sendiri. Pihak kerajaan tidak silap untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar di dalam matapelajaran sains dan matematik.

Isu untuk memahirkan orang Malaysia berbahasa Inggeris khasnya bangsa Melayu (yang ramai tidak mahir berbahasa Inggeris ) bukanlah matlamat dalam proses pembelajaran tersebut. Pihak kerajaan sebenarnya secara tidak langsung mengiktirafkan bahawa bahasa bangsa Inggeris sebagai bahasa yang maju.

Ini kerana banyak istilah-istilah sains dan matematik datangnya dari bahasa tersebut walaupun sebenarnya istilah tersebut datangnya dari istilah Greek atau Latin. Jika proses pembelajaran tersebut berlangsung untuk tempoh yang lama, kejayaaan boleh dicapai oleh pelajar-pelajar kita di dalam mendapatkan ilmu sains dan matematik.

Bagi saya, ini bukanlah isunya. Insyaallah, kejayaan akan tercapai jika pelajar kita sabar dan cuba memahami apa yang dipelajari. Isu yang patut kita ketengahkan di sini adalah matlamat mencapai bangsa maju atau negara maju pada tahun 2020. Seperti yang kita tahu dari sejarah, sesebuah bangsa boleh maju apabila bahasanya maju.

Jadi persoalannya di sini, adakah bangsa Malaysia khasnya bangsa Melayu akan maju sekiranya bahasanya sendiri dipinggirkan ? Negara kita telah merdeka hampir 50 tahun. Selama itu bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan.

Jikalau umur 50 tahun itu dibandingkan dengan seorang manusia, tiada seorang pun yang dapat mengatakan manusia tersebut maju. Ini kerana bahasanya sendiri masih pada tahap budak berumur 2 tahun. Kita perhatikan sahaja ahli-ahli politik berucap. Berapa ramaikah di antara mereka menggunakan seratus peratus bahasa Melayu? Ini adalah ahli-ahli politik yang berbangsa Melayu, bagi kaum yang lain pula tidak hairan lagi kalau mereka menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak semasa berucap.

Mereka yang berpendapat kita (pelajar) cepat mengalah apabila diajar dalam bahasa lain kerana tidak mahir dalam bahasa tersebut sepatutnya berfikir dua kali. Kementerian Pendidikan Malaysia yang sepatutnya dipihak yang mengaku kalah di dalam isu ini kerana menganggap bahasa Melayu tidak patut digunakan untuk mengajar subjek sains dan matematik. Apakah fungsi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka?

Istilah-istilah sains yang baru harus dicipta atau diambil dari bahasa lain seperti yang dilakukan oleh bangsa Inggeris terhadap bahasa mereka. Orang Inggeris sendiri tidak mengajar bangsanya dengan bahasa lain. Tetapi menceduk dan menukar istilah bahasa lain ke dalam bahasa Inggeris.

Proses memajukan bahasa mereka mengambil masa berabad lamanya, selari dengan bangsa mereka. Berapa banyakkah karya ilmuan Arab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Bukan bangsa Inggeris sahaja melakukan perkara yang sama, bahkan bangsa Perancis dan Jepun juga. Kita sepatutnya meniru langkah ini.

Saya harap pejuang-pejuang bahasa Melayu tidak menyerah kalah walaupun kerajaan tetap akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam subjek sains dan matematik.

Bahasa Jiwa Bangsa.




Hosted for free by InvisionFree