View Full Version: Selamat Bercuti

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Papan Kenyataan/Notis Board > Selamat Bercuti



Title: Selamat Bercuti


cikguonline - November 17, 2006 10:26 PM (GMT)
Apa projek cikgu-cikgu musim cuti sekolah ni? Mesti banyak dapat undangan perkahwinan. Kelas tambahan pun mesti berjalan jugak kan... apa-apa pun teman nak mengucapkan selamat bercuti buat cikgu-cikgu semua.

Macam mana dengan keputusan UPSR baru-baru ni? ada yang dapat 5A? Sekolah teman tak dapat tapi peratus kelulusan meningkat? Sekolah cikgu macam mana?

hartiniazhar - November 18, 2006 01:06 AM (GMT)
:) Mana ada cikgu yang betul-betul bercuti. Paling tidak pun, sehari mesti pegi sekolah buat kerja. Apapun, kalau dah tugas, tetap tugas, jadi jangan salahkan orang lain sebab diri sendiri pilih karier ini.

Sekolah teman murid yang dapat 5A - 12 orang. Meningkat mendadak dari tahun lepas yang hanya 4 orang sahaja dapat 5A. Itu yang teman seronok, walaupun tak ngajor Tahun 6. Seronok bagi pihak guru-guru Tahun 6.

"SELAMAT BERCUTI" & "SELAMAT MENJALANKAN TUGAS"! :love:

cikguonline - November 19, 2006 10:57 PM (GMT)
QUOTE (hartiniazhar @ Nov 18 2006, 10:06 AM)
:) Mana ada cikgu yang betul-betul bercuti. Paling tidak pun, sehari mesti pegi sekolah buat kerja. Apapun, kalau dah tugas, tetap tugas, jadi jangan salahkan orang lain sebab diri sendiri pilih karier ini.

Sekolah teman murid yang dapat 5A - 12 orang. Meningkat mendadak dari tahun lepas yang hanya 4 orang sahaja dapat 5A. Itu yang teman seronok, walaupun tak ngajor Tahun 6. Seronok bagi pihak guru-guru Tahun 6.

"SELAMAT BERCUTI" & "SELAMAT MENJALANKAN TUGAS"! :love:

biasa lah tu kene gi sekolah gak sbb kita di bayar walaupun bercuti hampir 7 minggu.

wa tahniah buat sekolah hartiniazhar. Ramainye......

eila68 - November 21, 2006 09:28 AM (GMT)
;) Hai...bila baca pasal cuti ni, gembira ada, sedih pun ada. Cuti bagi guru-guru sekarang hanya pada nama sahaja sedangkan kita sebenarnya bekerja sepanjang cuti tersebut. Sekolah saya akan mengadakan program Buddy Support untuk guru-guru ETEMS selama 4 minggu (15 hari). Kalau nak bercuti atau balik kampung tak bolehlah lama-lama. Kemudian mesyuarat guru dan juga kelas persediaan untuk murid-murid tahun 4 dan 5. Maklumlah sekarang semuanya dalam Bahasa Inggeris, kalau tak bantu murid-murid siapa lagi nak buat? Bagi ibu-bapa yang bekerja program sebegini memang disambut baik.sebab anak-anak tidak membuang masa. Bagi sekolah-sekolah yang telah mencapai prestasi tinggi, bekerja sepanjang tahun sudah menjadi lumrah kehidupan. Baru-baru ini, sekolah saya telah berjaya menghasilkan 70 orang pelajar 5A dari 250 calon. Alhamdulillah, tapi maknanya guru-guru harus terus gigih bekerja kerana target akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Semoga semua guru mendapat keredhaan Allah dalam menjalankan tugas.




Hosted for free by InvisionFree