View Full Version: SCORE A PROGRAMME

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Pedagogi/Kaedah/Strategi > SCORE A PROGRAMME



Title: SCORE A PROGRAMME
Description: Pembelajaran output!


hartiniazhar - November 17, 2006 09:37 AM (GMT)
:) Ade satu lagi kaedah pembelajaran output yang rasenye dapat membantu cikgu-cikgu kat sini yang ada anak Thn 1 hingga Form 3. Sekurang-kurangnya dapat mengisi mase lapang anak kite di rumah. Takyah pegi tusyen kat luar. Ibubapa pun boleh pantau anak di rumah saje.

sila layari laman ini untuk keterangan lanjut;

http://www.scorea.com/bm/index.cfm

Cube bace petikan di bawah dalam UTUSAN MALAYSIA;

Score A pendidikan alternatif melalui Internet
Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL
TANYALAH kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen, adakah mereka puas hati dengan pencapaian anak mereka atau sebaliknya. Tambah memeningkan, ada di kalangan anak-anak yang menipu ibu bapa dengan mengatakan mereka ke pusat tuisyen namun hakikatnya mereka menuju ke kafe Internet untuk bermain permainan video bersama rakan-rakan.

Wang yang dikeluarkan mencecah ratusan ringgit, malah ada juga yang mencecah hingga ribuan ringgit, namun adakah memadai dengan nilai gred yang dibawa pulang oleh anak-anak.

Bukan mudah bagi para ibu bapa untuk memantau pergerakan anak- anak, tambah lagi di zaman sains dan teknologi ini.

Anak-anak kini lebih terdedah kepada penggunaan komputer dan minat mereka lebih cenderung untuk mempelajari ilmu teknologi maklumat (IT) berbanding kaedah konvensional.

Justeru, kaedah pembelajaran perlulah berjalan seiring dengan perkembangan IT. Pemupukan minat untuk menambah ilmu perlu disemai mengikut cara yang digemari anak-anak iaitu menerusi komputer.

Penasihat portal pendidikan Score A, Sazarina Mohd Sapian berkata, masalah gejala sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja kini semakin berleluasa akibat terlalu banyak pengaruh negatif dari luar.

“Bayangkan anak-anak kita bersekolah biasa pada waktu pagi, kemudian ke sekolah agama, selepas itu ke pusat tuisyen. Tentunya masa untuk kita awasi anak-anak terbatas dan masa mereka lebih banyak di luar rumah yang mana pengaruh negatif ada di mana-mana,’’ ujarnya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Sazarina berkata, kanak-kanak dan remaja kini semakin bijak dan lebih pandai berbanding kanak-kanak pada zaman terdahulu. Justeru, sebagai ibu bapa kita harus meminimumkan masa anak-anak di luar rumah agar ibu bapa mempunyai masa yang lebih untuk memantau pergerakan anak-anak.

“Salah satu caranya ialah dengan menggalakkan anak-anak untuk melakukan latih tubi menerusi portal di Internet,’’ ujar pemegang ijazah dalam Pengurusan Operasi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Menurut Sazarina, program Score A ini bukanlah pengganti kelas atau guru, namun ia lebih bersifat pelengkap input pembelajaran.

“Seperti kelas tuisyen yang banyak menyediakan latih tubi, portal pendidikan Score A ini memberikan lebih manfaat, pada masa yang sama ibu bapa juga dapat memantau prestasi anak-anak menerusi e-kad laporan yang disediakan,’’ jelasnya.

Selain e-kad laporan, ibu bapa yang berada di luar rumah juga boleh melanggan perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang melaporkan keputusan anak-anak, markah serta masa yang diambil untuk menyelesaikan satu set soalan peperiksaan.

Sazarina berkata, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan piawaian dan sukatan pembelajaran yang disediakan dalam portal ini kerana ia digubal di bawah pengawasan dari Kementerian Pelajaran.

Menurutnya, soalan latih tubi yang terdapat dalam portal ini digubal oleh 64 orang guru-guru dari sekolah bestari di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak perlu susah-susah mendapatkan soalan peperiksaan tahun lalu kerana semuanya terkandung di dalam portal ini.

“Soalan latihan bermula dari kanak-kanak tahun satu hingga tingka-

tan tiga. Satu portal boleh digunakan oleh abang, kakak dan adik menerusi jadual yang telah disusun oleh ibu bapa. Kaedah pembelajaran ini ternyata lebih menjimatkan dan efektif,’’ katanya.

“Dengan mengikuti program Score A ini, kita dapat menyahut seruan kerajaan bagi kempen satu komputer untuk satu rumah. Secara tidak langsung, anak-anak menjadi celik IT dan mempunyai asas komputer yang memudahkan mereka untuk memperoleh pekerjaan kelak,’’ jelasnya lagi.

Menyedari akan tanggung jawab beliau untuk membina masyarakat sejahtera, Sazarina juga menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada remaja dan gadis bermasalah. Mereka boleh menghubunginya di talian 012-3250499.

Bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang portal Score A, bolehlah menghubungi talian 019-3381 929 atau boleh melayari laman web www.ScoreA.com.


* Rase-rasenye teman nak cubele program ni untuk anak teman di rumah!

CgTni - November 21, 2006 12:42 AM (GMT)
cuba.. jangan tak cuba.. ;) :) :clap:

nurkamar - December 2, 2006 04:48 PM (GMT)
alhamdulillah berjaya program ni. memudahkan tugas guru tahun 6 teras + sekarang budak2 pun dah dapat insentif RM500 dari 5A dorang. alhamdulillah ;)

mazurah - January 3, 2007 07:10 AM (GMT)
asm


mazurah minat juga nak masukkan anak dalam score A ni..tapi sebelum tu apa bezanya antara scrore A dengan www.bestaried.com.my ...adakah ia sama?bayarannya 5 kali lebih murah iaitu rm 100 setahun

cikguonline - January 3, 2007 07:39 AM (GMT)
Yang ni pon bagus jugak http://www.zoom-a.com cuma RM10 untuk setahun dan diusahakan oleh Majlis Guru Besar (MGB)

nurkamar - January 4, 2007 12:41 PM (GMT)
rasanya bergantung pd sekolah kot.... sebab sekolah kami melanggan menda ni(scorea). mana yang terbaik.. wallahua'lam. tp kebetulannya gpk1 terasa cam banyak yg di dalam tu refer pd buku2 rujukan kat kl. :hmm: :hmm: :hmm: :hmm:

tuahayam - January 20, 2007 06:08 AM (GMT)
Ejen score A ni ada datang ke sekolah ari khamis baru ni... dan guru besar suruh dia datang jumpa aku...

dari segi sistem nampak ok dah.. tp tak sempat nak tanya banyak or nak tgk penerangan lebih lanjut dari dia..

pasal dia datang masa tengahari.. masa tu aku nak gi ajar kelas tambahan ...




Hosted for free by InvisionFree