View Full Version: Pandangan ikhlas seorang student IPTA.

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Sembang Umum > Pandangan ikhlas seorang student IPTA.



Title: Pandangan ikhlas seorang student IPTA.
Description: Isu Matematik dan Sains dalam BI


hartiniazhar - November 15, 2006 02:04 PM (GMT)
Assalamualaikum
Saya merupakan salah seorang penuntut di salah sebuah universiti awam tempatan. Berkenaan tentang masalah ini, saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan memandangkan isu ini sering diperkatakan sejak saya di bangku matrik lagi.

Terus-terang saya katakan, saya tidak nampak apa-apa kelemahan dalam projek ini kerana bagi saya projek ini mampu membantu para pelajar khususnya 'anak melayu' dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa inggeris mereka. Jati diri melayu tidak akan lupus dan bangsa melayu akan terus hidup walaupun kerajaan wujudkan pendidikan seperti ini di peringkat tadika sekalipun.

Wajarkah projek ini diberhentikan hanya kerana keputusan PMR yang teruk? Bagi saya, keputusan PMR yang teruk bukan berpunca daripada projek ini tetapi pelajar itu sendiri.

Saya sendiri berasal dari desa dan saya juga tidak mahir bertutur dalam bahasa inggeris tetapi selepas saya memasuki alam universiti, saya merasa amat rugi kerana kelemahan saya itu memandangkan bahasa inggeris merupakan bahasa pengantar. Tetapi, Alhamdulillah walaupun pada awalnya sedikit sukar tetapi lama kelamaan saya mampu bertutur dalam bahasa inggeris.

Sepatutnya, para pelajar yang di bawah projek ini bersyukur sekurang-kurangnya mereka mendapat pendedahan awal, bukannya asyik merungut itu dan ini. Nabi pernah bersabda 'belajarlah hingga ke negeri China' bermakna isu bahasa tidak wujud di sini, apa yang penting sejauh mana seseorang itu ingin mencapai kecemerlangan bak kata pepatah 'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'.

Saya bukanlah penyokong fanatik kerajaan tetapi dalam isu ini, saya memang mengaku projek ini amat bagus. Sebagai bangsa melayu, saya kecewa dengan sikap bangsa saya sendiri yang cepat mengaku kalah.

Tiada istilah 'tidak boleh' kalau bangsa lain boleh, kita pun seperti mereka ada akal, ada mulut, cukup sifat malah kita lebih istimewa daripada mereka kerana kita muslim. Sepatutnya merekalah yang merungut bukannya kita. 'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri tidak mahu mengubahnya', saya rasa saya tidak perlu jelaskan tentang ayat tersebut kerana maksudnya begitu jelas untuk difahami. Wassalam.

nurkamar - November 18, 2006 07:07 AM (GMT)
hanya mereka yang pernah menghadapi situasi sebegini amat menyokong usaha kerajaan dalam menitik beratkan etems. kasihan kepada rakan rakan yang memang excelente in school tapi kecundang even dalam sem 1 deg.

kasihan pada murid atau anak jangan diletak pada masa kini. kasihankan masa depan mereka yang akan hancur bila tiada pendedahan awal seperti KAMI KAMI dulu.

pengalaman saya sendiri, saya ini seorang yang BAGUS langsung dalam BI. tapi saya sebagai translator sepenuh masa rakan rakan dalam bidang Medic, Engineering, Sc comp, Pure sc sewaktu mebuat assessment(saya duduk kolej siswa @ asrama sampai bergraduat). tugas saya menyalin semula apa yang telah disiapkan oleh rakan2 dalam bm kepada bahasa inggeris (termasuk membacakan soalan yang perlu dibuat). berapa ramai rakan rakan sematriks yang bergraduat awal (GB-gagal berhenti) akibat masalah bahasa.lebih lebih dari Fac of engine.

rakan saya, pensyarah di jabatan fizik & biotech paling kuat mengeluh kalau assessment @ project paper pelajar melayu. masalah bahasa yang bukan setakat tunggang langgang, tapi penuh dengan inverted comma.

even sekarang saya masih menjalankan tugas yang lama. mentranslate bahasa untuk guru guru etems yang sedang membuat PJJ.

hartiniazhar - November 21, 2006 02:22 AM (GMT)
:) Wah hebatnye Nurkamar ni. Jadi translator lagi. Saye ni dah 10 tahun lebih ngajor sekolah rendah BI dan sekarang tengah ambik PJJ belum confident nak jadi translator.

sherrina - November 21, 2006 10:57 AM (GMT)
saya pun gitu. masa di UTM dulu jadi pengajar di Klinik BI bantu pelajar2 engineering yg bermasalah utk pahami buku2 teks engineering yg tebal2 dlm BI. Level BI mereka terlalu teruk.

nurkamar - November 24, 2006 03:30 PM (GMT)
yup sherrina. hanya orang yang pernah lalui & lihat masalah budak U, tak kira la dalam @ oversea sekalipon, akan setuju ngan ETEMS ni. sama seperti budak cina & india, kalau dari awal tak diasah bahasa melayu, mana dorg tau nak guna bila dah besar nanti? camtu gak pelajar melayu MESTI ada pendedahan awal even nampak sukar.

pahit akan manis akhirnya. dengan syarat ada usaha. bukan mengeluh sepanjang masa.11 tahun belajar basic english, still ramai yang GB. harap2 dengan wujudnya etems ni mampu mengembalikan kegemilangan pelajar kita di U & di bidang pekerjaan nanti.

** kalau terhapus gak etems ni....alamat tugas traslator tak bertauliah boleh dijadikan satu sumber kewangan yang paling berkesan pas pas ni. sama cam tukang taip assessment(sebab tak geti guna komputer) & tukang fotostat(soalan & jawapan bocor time exam @ bahan kuliah sebab malas nak attend kuliah. muncul time merayu nak naik pointer je)...:2lol: :2lol: :2lol: :2lol:




Hosted for free by InvisionFree