View Full Version: Pengisian program cuti anak anda

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Sembang Umum > Pengisian program cuti anak anda



Title: Pengisian program cuti anak anda
Description: PROGRAM PERSIAPAN SPM KEBANGSAAN 2007


hartiniazhar - November 15, 2006 01:57 PM (GMT)
:) JIKA anda mempunyai anak yang akan melangkah ke menengah atas - tingkatan tiga, empat dan lima - pada tahun depan, maka anda digalakkan mendaftarkan mereka mengikuti Program Persiapan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kebangsaan 2007 pada cuti akhir tahun nanti.

Anda dinasihati mendaftar segera kerana program akan berlangsung pada 12 hingga 15 Disember ini (Selasa hingga Jumaat), atau tinggal tidak sampai dua bulan sahaja untuk anda berbuat demikian.

Program adalah anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), Utusan Malaysia dan sisipan pendidikan, Tutor.

Menurut kenyataan bersama penganjur di Kuala Lumpur baru-baru ini, program berkenaan merupakan satu langkah mengisi masa lapang pelajar tingkatan tiga dan empat 2006, serta sebagai tindakan proaktif mengorak langkah membuat persiapan dengan lebih awal ke tingkatan lima pada tahun depan.

Pendaftaran dan penginapan akan diadakan di SSAS, Putrajaya.

Antara objektif program adalah seperti berikut:

1. Mengisi masa lapang pelajar semasa cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti bercorak pendidikan.

2. Sebagai persiapan awal menempuhi proses pembelajaran ke tingkatan lima pada 2007.

3. Memupuk semangat jati diri menghadapi cabaran semasa belajar.

4. Mendapat maklumat tentang peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat pengajian SPM.

5. Mendapat bimbingan strategi belajar secara sistematik.

6. Mendapat bimbingan kerohanian ke arah membentuk jiwa yang lebih tenang serta bertakwa.

Dengan sokongan yang padu daripada Kementerian Pelajaran, dan diadakan pula di Sekolah Sultan Alam Shah, maka program ini digubal untuk menyiapkan pelajar tingkatan empat dengan input terkini format peperiksaan, strategi terbaik, motivasi oleh fasilitator yang berpengalaman, serta program suai kenal Putrajaya melalui lawatan ke beberapa lokasi, termasuk pejabat Perdana Menteri.

Beberapa guru sekolah Sultan Alam Shah akan menyentuh tentang rahsia dan disiplin belajar di sebuah sekolah berasrama penuh, sehingga menjadikan pelajarnya cemerlang dalam peperiksaan.

Pakar motivasi dan penasihat program, Dr. Ismail Zain akan mengetuai program, dan pada masa yang sama akan menyedarkan pelajar supaya jangan leka dan membuang masa dengan perkara remah-temeh, sejurus selepas habis bengkel sehingga mereka menduduki peperiksaan pada tahun depan.

Untuk menjadikan program lebih bermakna dan membantu, wakil daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan menyentuh tentang format pentaksiran terkini untuk SPM sesi 2007, serta apakah keperluan untuk ke pusat matrikulasi.

sherrina - November 21, 2006 10:58 AM (GMT)
ahhhh....life is all about exam and exam and exam, eh...... ;)




Hosted for free by InvisionFree