PANDANGAN DAN IDEA SEORANG PEMBACA BERITA HARIAN
Komunikasi tingkat Bahasa Inggeris
RATA-RATA orang Melayu tidak menentang anak mereka menguasai bahasa Inggeris. Namun, yang menjadi persoalan adakah cara pelaksanaan dijalankan kini mampu melahirkan pelajar terutama pelajar Melayu untuk bertutur bahasa Inggeris dengan baik.
Kita semua harus sedar bahawa sebagai bahasa kedua, bahasa Inggeris tidak mungkin dikuasai seseorang andai kata pendekatan digunakan tidak sesuai dan tidak kena caranya.
Lihatlah majoriti pelajar era 80-an yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun rata-rata mereka berada dalam alam persekolahan selama 11 tahun padahal ada di kalangan mereka mencapai kelulusan cemerlang bahasa Inggeris.
Hakikat yang harus kita telan bahawa sebahagian pelajar era 80-an hingga pelajar kini hanya menguasai bahasa Inggeris dalam peperiksaan tetapi mereka gagal menguasai bahasa Inggeris dari segi komunikasi.
Menyusuri pula pengajaran di sekolah. Rata-rata guru yang ada di sekolah hari ini terdiri daripada pelajar yang dilahirkan dalam pendidikan era 80-an. Bayangkan, mereka sendiri pun terkial-kial untuk bertutur bahasa Inggeris, tiba-tiba mereka terpaksa mengajar menggunakan bahasa itu.
Malah, pelaksanaannya juga membunuh minat murid untuk belajar Matematik dan Sains. Akibatnya pelajar akan kerugian dan kempunan tiga mata pelajaran sekali gus.
Kementerian Pelajaran juga perlu turun padang mengkaji dan menyiasat punca kegagalan pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris walaupun 11 tahun bahasa itu dipelajari di sekolah. Mungkin kegagalannya berpunca daripada kelemahan sistem dan kaedah pengajaran atau kelemahan guru mengajarnya.
Di sini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh memastikan pelajar terutama pelajar Melayu untuk menguasai bahasa Inggeris tanpa menjejas dan mengorbankan bahasa Melayu yang kita cintai. Antaranya:
# Tambahkan peruntukan masa dua jam bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris yang mencakupi pengajaran bahasa Inggeris komunikasi.
# Adakan kembali ujian lisan khas bahasa Inggeris untuk melengkapi peperiksaan utama seperti UPSR, PMR dan SPM. Markah ujian lisan tersebut patut dicatat dalam keputusan peperiksaan tersebut.
# Adakan kursus intensif kepada guru terbabit mengenai kemahiran mengajar pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Semoga selepas ini tidak akan timbul ketidakpuasan hati orang ramai terutama orang Melayu terhadap pelaksanaannya. Tidak akan ada lagi rasa duka pejuang bahasa kebangsaan yang melihat terpinggirnya bahasa Melayu di bumi sendiri.
IRMAZ DINI,
Pendang, Kedah.
dulu masa kecik tiap2 mlm kene dok dpn ayah cerita secara lisan apa berlaku hari ini.....in English.
:) I don't learn English at home, in fact my parents never stressed that I should master the language around the house. I talk to them in pure Kedah accent (my parents are Kedahans) even until now. I learn English mostly in school. My friends in school were mostly mixed - Chinese, Indians and Malays and most of them were pretty good in English. I listened to mostly English songs and it happened that English was my favourite subject because my English teacher was superb! I read mostly English materials like novels, newspapers, magazines or even TV schedules in English. Of course, I was laughed and was made fun of when I spoke broken English. But it was all part of learning the language.
Years in Methodist school, I was transfered to a rural school in Perak. I was abandoned by Malay students because I could speak better English than them. I don't know why but everytime they would gave me such a look that told me, "They don't like me around!" But not all of them were like that. Some could accepted me with open heart. In fact, we learned a lot from each other.
When I was transfered back to an urban school a year later, I had the same problem - being left alone by my Malay "counterparts"! But not all of them were like that. In the end they had accepted me for good.
Apepun, teman rase Bahasa Inggeris tu penting juge tapi janganle sampai menjejaskan bahase ibunda kite. Yang teman tak setuju, belum dibuat kajian mendalam, tetibe diangkat bahase tu dalam subjek Maths dan Science. Buat dulu kajian barule buat tindakan. Skarang tengokle...kesan akibatnye bile buat dasar melulu tanpe kajian yang mendalam. Tuhan saje yang tahu!
:) Ini komen yang kontra dari pandangan seorang pembaca yang saya copy-pasted pada 15/11/2006 hari tu;
Komen isu Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris PDF
Thu | Nov 16, 06 | 12:27:42 PM
Oleh Awangmat Awangsoh.
Assalamualaikum
Tulisan Shamatul Aidah begitu jujur tentang isu bahasa sendiri. Begitu mudah beliau melihat bahasa dalam aspek peribadinya. Persoalannya apakah tidak perlu dipersoalkan apa-apa yang lebih daripada itu. Misalnya persoalan itukah perisian dan yang sewajarnya untuk kelangsungan bangsa kita. Dan itukah semangat atau minda kita terhadap 'perjuangan' bahasa kita untuk membentuk tamadun tersendiri berasaskan acuan kita.
Saya kira dalam hal ini kita perlu bertitik tolak dari pandangan ilmu bahasa yang boleh dipegangi dan bukan sekadar teori pandangan hinggakan kita terkial-kial dalam tauhid bahasa untuk dipegangi dan dihayati. Takut nanti akibatnya berentetan lagi ciri atau premis 'tiga ba' yakni bangang-bacul-barua... yang tidak berkesudahan. Maaf kerana memilih istilah yang agak 'nakal'.
Bahasa bukan sekadar aspek tatabahasa, ejaan ataupun istilah tetapi lebih dari itu. Misalnya minda Melayu berkait erat dengan bahasanya, yakni bahasa Melayunya. Bahasa atau kata juga lebih dahulu wujudnya daripada cipta. Lihatlah minda bahasa kita Melayu melalui penciptaan pantun, seloka dan sebagainya. Saya bimbang minda ini akan hilang disebabkan kita tidak lagi berinteraksi secara baik dengan bahasa kita sendiri. Kerana mesra bahasa Melayu semakin renggang keadaannya apabila segalanya nak diinggeriskan.
Kita kena ambil iktibar isu bahasa ini seperti dalam isu negara Islam dan individu Islam. Hanya berdasarkan telah Islam dan nama Islam atau diisytiharkan Islam maka tidak perlu lagi diperjuangkan hal-hal berkaitan/perisian Islam... begitukah. Hanya kerana negara kita telah diisytiharkan Islam maka redalah masyarakat Islam dengan perisytiharan itu. Tidak begitu. Kita perlu teruskan pemartabatan Islam tersebut dan bukan lena dan cukup sekadar itu.
Begitu juga bahasa, walaupun telah termaktub dalam perlembagaan, tidak bererti isu bahasa telah selesai- biarkan bahasa sendiri diketepikan dan diperleceh. Inikah yang kita kehendaki berlaku pada bahasa kita. Perumpamaannya seperti seorang Islam yang meminum arak walaupun ia tetap seorang Islam, dan negara ini tetap bahasanya bahasa Melayu walaupun ia menggunakan bahasa Inggeris dalam bahasa pengantar. Fikir-fikirkanlah.
Usah main-main dengan bahasa kelak bangsa binasa. Dek kerana nak maju usah dilupa kain dan baju. Bijak bahasa pernah bermadah, 'biar tertikam dek keris daripada tertikam dek bahasa'. Bahasa itu pakaian akal, di mana nanti akal Melayu untuk diwarisi kerana satu lagi warisan dunia telah hilang... tidak guna lagi dunia tangisi pada waktu itu.
:setuju: :setuju: :setuju: