View Full Version: Guru rugi RM11,200

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Petikan Akhbar > Guru rugi RM11,200



Title: Guru rugi RM11,200


cikguonline - November 11, 2006 05:31 AM (GMT)
Guru rugi RM11,200
Oleh Azlan Hafeedz

KOTA BHARU: Sepasang guru yang baru pulang mengajar dari sekolah ‘berputih mata’ apabila rumah mereka di Taman Bakti, d sini, dimasuki penceroboh menyebabkan kerugian, kira-kira RM11,200, kelmarin.

Sebelum kejadian, pasangan suami isteri berusia 51 dan 50 tahun dari sekolah berhampiran dikatakan baru pulang sebelum mendapati rumah mereka berselerak, kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Anuar Muhammad, berkata kejadian disedari mangsa ketika masuk ke bilik dan mendapati pakaian dan barangan berselerak.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, mangsa mendapati pelbagai barang kemas milik isteri dan anaknya serta wang tunai dianggarkan bernilai RM11,200, dicuri.

“Mangsa kemudian melakukan pemeriksaan sebelum mendapati kesan umpilan dengan benda tajam pada tingkap bilik anaknya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Anuar, mangsa mengesyaki pencuri terbabit memasuki rumahnya melalui tingkap terbabit berdasarkan kesan umpilan pada cermin tingkap terbabit.

Malah, katanya, pencuri dipercayai keluar melalui laluan sama dan dipercayai dilakukan lebih daripada seorang.

“Sebelum keluar mengajar kira-kira jam 7 pagi, mangsa sudah memastikan semua tingkap dan pintu berkunci,” katanya.

Anuar berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah pada hari sama.

Katanya, sebaik menerima laporan, polis melancarkan gerakan memburu penceroboh terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 454, Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah dengan bersembunyi atau pecah rumah.

“Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara 10 tahun dan denda,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Anuar berkata, sepanjang tahun ini, lapan kes pecah rumah membabitkan rumah guru dilaporkan di sekitar daerah ini

“Sejak dua bulan kebelakangan ini, kejadian pecah rumah di rumah guru membimbangkan kerana lokasi kediaman mereka agak jauh dari rumah penduduk lain.

“Berikutan itu, penjenayah dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah terutama pecah rumah,” katanya.

Bagi mengatasi masalah itu, polis melakukan rondaan 24 jam di sekitar kawasan terbabit.

hartiniazhar - November 13, 2006 12:39 PM (GMT)
:) Kesiannye.....cikgu tu. Nak buat macam mane...takde rezeki le tu!

Tapi....heran, ye....kenape kite orang Melayu simpan banyak barang kemas dan duit kat rumah. Tak selamatke simpan kat bank? Macam mane orang yang ceroboh masuk tu tahu kite simpan banyak duit kat rumah. Mungkin ade informer dari dalam..... :hmm:




Hosted for free by InvisionFree