View Full Version: Raba 100 murid : Dua guru wanita disoal polis

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Petikan Akhbar > Raba 100 murid : Dua guru wanita disoal polis



Title: Raba 100 murid : Dua guru wanita disoal polis


cikguonline - November 11, 2006 05:30 AM (GMT)
Raba 100 murid : Dua guru wanita disoal polis

MELAKA: Dua guru wanita Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus (IJC 1) di Bandar Hilir di sini, yang didakwa menyelak pakaian dan meraba kemaluan lebih 100 murid perempuan dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai kejadian itu, semalam.

Guru disiplin dan guru hal ehwal murid dipanggil Bahagian Serangan Seksual (D9B) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, mulai jam 11 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Ariffin Sutan, berkata guru berkenaan cuma diambil keterangan mereka dan bukan ditahan.

Katanya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Sehingga ini, beliau berkata, hanya ada tiga laporan dibuat ibu bapa murid yang tidak berpuas hati tindakan kedua-dua guru itu.

Dalam kejadian Rabu lalu, lebih 100 murid perempuan diarah beratur masuk ke dalam kelas untuk membuat pemeriksaan berikutan kedua-dua guru itu menjumpai tuala wanita dalam tandas sekolah.

Murid berkenaan mendakwa, guru hal ehwal murid mengawasi pelajar di dewan manakala guru disiplin memanggil murid masuk ke kelas kosong untuk diperiksa.

Guru berkenaan didakwa menyelak pakaian murid sebelum kemaluan diraba manakala mereka yang memakai seluar jeans diarah mengangkangkan kaki tanpa perlu menanggalkan seluar.

Menurut Ariffin, ketiga-tiga ibu bapa berkenaan membuat laporan polis mengenai kejadian mencabul kehormatan lebih 100 murid membabitkan tahun empat, lima dan enam sekolah berkenaan antara jam 8.50 pagi hingga 10 pagi di Balai Polis Bandar Hilir, kelmarin.

nurkamar - November 18, 2006 07:13 AM (GMT)
benda ni perkara biasa sewaktu sekolah dulu.memang rutin dan takde siapa yang nampak sebagai kesalahan cikgu PADA MASA ITU!!!!

sebab cikgu nak check betul ke piyed atau tak. bukan apa, sebab ramai sangat yang mengaku tak boleh bersolat.

bagi saya, mak ayah murid ni melebih2. :agr: :agr:

hartiniazhar - November 21, 2006 02:19 AM (GMT)
:) Kalau dah sampai meraba kemaluan nak pastikan betulke takleh bersolat...ntahle! Kalau anak sendiri, bolehle teman check tapi ini anak orang. Kene fikir juge tentang maruah anak orang yang kite rabe tu.

Skarang ni isu tentang tempat-tempat sulit di anggota badan ni sensitif. Silap haribulan dikatekan sexsual harassment. Mungkin makbapak bebudak ni melampau atau mungkin mereke rase malu sebab anak deme sendiri tak solat, seolah-olah deme tak diajor bersolat atau ditekankan bersolat di rumah. Ade makbapak tak beratkan soal ini, itu sebab anak tak tahu bersolat.

Mungkin niat cikgu tu murni. Tapi mungkin juge caranye tak betul. Tak bolehke buat cara ni - tanya jika tak bersolat tapi kasi warning, kalau tak bersolat itu tanggungjawab sendiri skarang sebab cikgu dah cakap dan dosanya dapat pada orang yang takndak bersolat.

Tapi dalam soal kes cikgu ni, sebab nak pastikan sape yang kotorkan tandas kot sebab bersepah pad dalam tu, ini tanggungjawab ibu di rumah. Ajor anak gadis kite cara nak memakai, membasuh dan membuang bende alah tu dengan cara betul. Anak murid teman yang Tahun 6 pun tak tahu tentang bende ni bila ditanye. Tandas sekolah teman pun ape lagi bersepahle bende alah tu tapi takle sampai nak merabe kemaluan deme pulok!

Cikgule ambik alih peranan ni dan siap buat demonstrasi lagi tentang penjagaan semase tengah uzur dan alhamdulillah sampai skarang belum dengor lagi complain pasal bende alah tu bersepah kat tandas.

Kalau dah sampai menjejaskan kerjaya dan kewibawaan kite sebagai guru, jgnle dibuat macam tu lagi. Mungkin dulu boleh buat sebab makbapak tak kisah. Sekarang makbapak terover kisah, so kene becareful sebab hal remeh temeh pun nak cari gaduh ngan cikgu di sekolah.

Haru!Haru!
:(

nurkamar - November 24, 2006 03:37 PM (GMT)
apabila tugas guru terbatas secara total dalam urusan perilaku.. takut2 muda mudi zaman 70-an akan kembali lagi......dimana waktu tu matapelajaran agama ISLAM dihentikan sebab dianggap takde pekdah.


hartiniazhar - November 28, 2006 03:05 AM (GMT)
:) Itule sebabnye.....silap besor bile takde matapelajaran PENDIDIKAN AGAMA ISLAM mase zaman 70an dulu. ISLAM tu panduan untuk kite hidup di dunia ni bukan sesuatu yang tak ade gunenye. Tapi skarang walaupun PENDIDIKAN AGAMA ISLAM di sekolah dianggap same pentingnye dgn subjek lain tapi tengokle....ape dah jadi! Di mane silap kita sebenarnya? Macam mane nak jawab bila ade 4000 orang pelacur kanak-kanak kat Malaysia ni? Marah pun tak guna sebab dalam segala hal kita tak beratkan agama. Tu le teman cakap jadikan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM satu subjek teras UPSR.

nurkamar - December 2, 2006 04:56 PM (GMT)
bila dah berteras jadik pulak cam bebudak sekolah AGAMA yang dah abih sekolah lepas spm, lagik terok perangai dari bebudak sekolah biasa.

rigid terlampau rigid sampai semua orang yg bukan cam dia dianggap tak betul. dok kroni sendirik. yang hancur cam tak pernah belajo agama islam tu langsong!


***off topic jap

hartiniazhar - December 4, 2006 02:27 PM (GMT)
[QUOTE]rigid terlampau rigid sampai semua orang yg bukan cam dia dianggap tak betul. dok kroni sendirik. yang hancur cam tak pernah belajo agama islam tu langsong!

Kenyataan di atas merujuk saye,ke? Sorrylah...if you feel that way because saye cume nak luahkan ape yang saye rase, tapi tak semestinye apa yang saye rase tu betul pade pandangan orang lain, termasuk Nurkamar.

Saye masih boleh terime sebab pade pendapat saye semua orang ade hak untuk meluahkan ape yang mereke rase betul, termasuk diri saye sendiri.

P/S: You sounded angry...relax! :lol

nurkamar - December 10, 2006 10:43 AM (GMT)
QUOTE (hartiniazhar @ Dec 4 2006, 10:27 PM)
[QUOTE]rigid terlampau rigid sampai semua orang yg bukan cam dia dianggap tak betul. dok kroni sendirik. yang hancur cam tak pernah belajo agama islam tu langsong!


benda ni merujuk pada first line tu sebenonye.

susah nak explains sebab mmg itu yg terjadi. dok kroni sendirik sampai rasa semua yang bukan sekutu tak sebagus diri sendirik.

*** "budak KL pakai camtu ke?" "dia tu budak smak ke?" "saya akan selidik seluruh susur galur keluarga dia. kalau dlm kluarga mak atau ayah dia ada yg pernah jadi jahat dia tu takleh buat calon menantu sebab nanti anak anak semua akan ikot perangai family dia!! <----------- ni ayat salah seorang pensyarah agama saya sendiri waktu kat U dulu berkenaan ngan pemilihan calon pasangan yang di anjur agama. jadinya....... serupa la macam dia kata org yg jahat takkan jadi baik sampai bila bila sebab dah berdarah keturunan.

hartiniazhar - December 11, 2006 12:29 AM (GMT)
:) Ooooooo.....ituke maksudnye. Barule teman paham!

Ade juge pensyarah agama macam ni, ke? Mentaliti die takat itu aje....kesian.....tak gune otak langsung. Cakap ikut sedap mulut die, kot? Ada ke die buat analisa atau statistik berape ramai orang jadi macam tu? Atau die cakap ikut pengalamannye?

Pade temanle...kalau orang tu pernah jahat, die boleh jadi baik, tak semestinye die akan jadi jahat forever.

Kite sebagai masyarakat, janganle pandang rendah atau membuat tanggapan negatif SEBELUM orang yang pernah buat jahat ni membuktikan dirinye boleh jadi baik. Teman pun ade sedare yang biase masuk jail. Keluargenya orang baik- baik dan tapi skarang ni, die dah insaf dan teman tengok die dah banyak improve hidup die skarang walaupun pendapatan tak seberape! Tapi satu saje kekurangan - die tak pernah sujud pada tuhan. Tak pernah sekali pun teman tengok die bersolat, jadi sebagai Muslim yang bertanggungjawab, teman pun nasihatle pade die, "SEMBAHYANGLAH SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN!" Teman selalu ingatkan die ape sahaje kite dapat- hartabenda, wang ringgit....sape yang bagi, kalau tak DIA YANG MAHA ESA!

Nobody's perfect!






Hosted for free by InvisionFree