Title: Kembalikan penggunaan BM dlm Matematik & Sains!
Description: Realiti PPSMI masakini setelah 4 tahun.
hartiniazhar - November 5, 2006 03:38 PM (GMT)
:) Teman ada terbaca satu komen tentang PPSMI dan teman rase perlu berkongsinye dengan semue forumer kat sini dan berilah pandangan anda semue sejujurnya.
SEBAGAI seorang bapa yang mempunyai beberapa anak di sekolah rendah dan menengah, penulis begitu prihatin dengan prestasi mereka terutama apabila mata pelajaran Sains dan Matematik mula diajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003.
Ketika cuti raya baru-baru ini penulis berpeluang berinteraksi dengan sejumlah guru yang terbabit dalam pengajaran subjek berkenaan dan cabangnya seperti Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.
Seorang guru Biologi memberitahu daripada tujuh kelas Tingkatan Empat di sekolahnya, hanya sebuah kelas saja yang murid-muridnya berupaya menjawab kertas ujian Biologi dan Sains dalam bahasa Inggeris. Kelas ini menempatkan pelajar-pelajar terbaik. Enam lagi kelas, pelajarnya tidak dapat menjawab langsung.
Ertinya, yang boleh menjawab hanya 1/7 iaitu kurang 15 peratus. Itu yang boleh menjawab, belum lagi yang 'pass' kertas itu. Demikian betapa buruknya senario yang melanda dunia persekolahan anak-anak masa kini.
Guru tergigil-gigil mengajar
Seorang guru lain memberitahu, seorang guru Matematik sekolahnya tergigil-gigil dan menjadi kaku, tidak dapat berkata apa-apa ketika mengajar apabila menyedari sekumpulan pemerhati daripada jabatan pendidikan negeri sedang memantau kelasnya.
Akibatnya dia terpaksa dikaunseling dan dihantar berkursus untuk 'menajamkan' lagi bahasa Inggerisnya yang lintang pukang. Jika guru tidak mahir dalam bahasa Inggeris, bagaimana dia mahu mengajar anak muridnya dengan berkesan.
Seorang lagi guru memberitahu, kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), memilih menjawab menggunakan bahasa Melayu dalam subjek Sains dan Matematik.
Ketika ini kertas peperiksaan masih menggunakan dwi-bahasa (Inggeris dan Melayu) sebelum bahasa Melayu 'dihapuskan sepenuhnya' dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Beliau berkata sekalipun menghadapi masalah istilah dan terma (di sekolah subjek berkenaan diajar dalam bahasa Inggeris), kebanyakan pelajar tidak peduli, mereka 'pakai hentam saja', asalkan boleh jawab soalan menggunakan bahasa Melayu.
Anak-anak Melayu makin ramai menuju ke 'longkang'
Masalah guru dan murid-murid yang 'merana' akibat pembelajaran subjek Sains dan Matematik semakin kronik, tetapi anehnya pegawai dan orang politik terus menghebahkan bahawa rancangan Dr Mahathir Mohamad itu mendapat kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang. Apa yang cemerlang itu tidak tahulah, tetapi yang jelas anak-anak Melayu semakin ramai menuju 'ke longkang'.
Apa tidaknya, kata guru Biologi tadi, apabila murid-murid tidak memahami apa yang diajar, mereka jadi bosan. Mereka tidak ada minat untuk belajar dan bagi menghabiskan masa di sekolah, mereka terbabit dalam gejala kurang sihat seperti menjadi samseng, kaki pukul, kaki buli, mat rempit dan kaki rokok.
Beliau terlalu bimbang anak-anak Melayu sekarang semakin parah. Beliau ketawa apabila diberitahu bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Noh Omar, mencadangkan pihak sekolah mendenda, menggantung persekolahan atau membuang pelajar-pelajar yang terbabit dalam aktiviti mat rempit.
Katanya, budak-budak sekarang ini lebih suka jika pihak sekolah menggantung atau membuang mereka daripada sekolah. Perkara ini ketara di kalangan pelajar Tingkatan Tiga, Lima dan Enam Atas. Selepas mereka mendaftarkan diri untuk menggambil peperiksaan PMR, SPM atau STPM, mereka masih boleh menduduki peperiksaan berkenaan sebagai calon sekolah sekalipun mereka telah digantung persekolahan.
"Akibatnya," kata guru berkenaan, "pada hari peperiksaan, akan muncullah calon-calon yang berpakaian tidak senonoh, berambut panjang dan penampilan yang teruk, duduk di kerusi sebagai calon."
Katanya, jika tidak digantung pun, ramai pelajar tidak lagi hadir ke sekolah terutama pada penghujung tahun ini. Pelik tetapi benar kerana ada yang sudah bekerja, ada yang 'sekejap ada, sekejap tiada', ada yang jika datang ke sekolah pun hanya menyakitkan hati guru dengan mempamerkan gelagat samseng mereka.
Sementara itu, seorang bapa yang ditanya melahirkan rasa kecewanya, kerana anaknya yang kini bersekolah di sebuah sekolah yang kerap melahirkan bilangan ramai pelajar UPSR yang cemerlang sudah mula tidak terbawa subjek Matematik dan Sains.
Menurutnya, sebelum ini anaknya dalam kelas-kelas persendirian, tuisyen serta latih tubi yang diberikan dapat menjawab soalan-soalan subjek berkenaan dengan cemerlang, tetapi apabila dihadapkan dengan versi alih bahasa, semua soalan berkenaan tidak dapat difahaminya.
"Bukan dia tak tahu nak jawab, cuma bahasa dan istilah yang menjadi penghalang. Guru pula kerap mengajar dalam dalam bahasa Melayu dan pihak sekolah tidak mahu mengadakan sebarang kelas tambahan terutamanya dalam meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris para pelajar.
"Itu kelas pertama, kelas yang diletakkan harapan oleh sekolah, murid-murid yang memang telah dipilih, macamana pula dengan nasib rakan-rakannya di kelas-kelas yang lain,"jelasnya panjang lebar sambil melahirkan kebimbangan dengan situasi yang berlaku.
PM perlu bertindak segera selamat generasi muda
Guru-guru ini berharap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dapat berbuat sesuatu dengan segera bagi menyelamatkan generasi muda, terutama anak-anak Melayu yang hanyut selepas tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah disebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.
Kata mereka, jika Abdullah 'berani' menyanggah sesetengah tindakan Mahathir, tidak ada sebab beliau tidak dapat berbuat perkara yang sama mengenai bahasa dalam dunia pendidikan, apatah lagi hampir semua pihak termasuk cendekiawan tidak menyetujui langkah drastik penggunaan bahasa Inggeris yang dipaksakan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Mahathir sebelum melaksanakan rancangan 'syok sendiri'nya itu tidak pun mengarahkan pakar membuat kajian impirikal, cuma berdasarkan pandangannya mengenai kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.
Selain guru, ibu bapa juga berpendapat, Abdullah perlu bertindak segera kerana jika hal ini dibiarkan berlarutan, semakin hanyut dan rugilah anak-anak Melayu. Tidak ada sebab untuk tidak kembali ke pangkal jalan.
Kata mereka, jangan biarkan ego menguasai diri sedangkan anak-anak Melayu semakin tersisih dan tidak mendapat tempat di negara sendiri. Apakah pemimpin Melayu mahu semakin ramai anak-anak Melayu menjadi mat rempit, mat 'fit', mat 'stone' serta kaki buli, kaki botol, kaki ganja dan macam-macam kaki lagi disebabkan mereka tidak berminat dan bosan untuk ke sekolah? tanya mereka.
*Walaupun teman menjadi guru Bahasa Inggeris sejak sekian lame, tapi teman tak bersetuju Matematik dan Sains diajar dalam BI. Orang Jepun boleh maju dengan bahasa ibunde mereke tapi kita nak mengagungkan bahasa asing untuk maju. Di mane kredibiliti bahase ibunde kite? Tak salah mempelajari bahasa asing sbg bahasa pengetahuan tapi jangan biarkan maruah kite tergadai dek kerana nak maju macam bangsa asing.
nurkamar - November 15, 2006 09:39 AM (GMT)
meh la kita bersama sama meramaikan 'translator' kat U ngan kat opis opis swasta....kalau tak makin ramai la budak budak melayu grad ngan berstatus GB - gagal berhenti + takleh nak wakil co ke cawangan oversea.
sherrina - November 21, 2006 10:32 AM (GMT)
nak ke depa tarik balik mende ni? Depa lebih pentingkan malu mereka drpd nasib beratus ribu budak di Malaysia. apa depa kisah, anak depa bleh pi blaja oversea.
tuahayam - January 20, 2007 11:58 AM (GMT)
Tahun ni tahun terakhir budak2 tahun 6 belajar dalam BM..
dan tahun depan bermulalah proses P&P dalam BI sepenuhnya...
tp maslah sudah timbul.. banyak guru2 tahun 6 yang pakar sudah berura-ura ingin turun mengajar ke tahun lain.. pasal tak yakin mengajar dalam BI bagi kelas2 peperiksaan..
Ini menjadikan sebagai satu kerugian kepada murid2.. ada juga J/U subjek MT dan SC jadi seperti guru baru.. terpaksa study balik sebelum mengaajr sbb tak berapa faham BI..
minggu lepas ada exam.. dan ni tahun pertama aku ajar kelas Etems.. terkejut tgk soalan dia.. cam senang sangat... soalan camtu takkan kuar dlm BM sebab direct dan markah lak 3. tp sbb dlm BI. ramai budak takleh jawab sbb tak faham soalan.. hehe.. tak tau la ia kes terpencil atau mmg soalan sengaja disenangkan..
masih belum terlambat untuk kembali ke belakang..
aku yakin.. kita smeua sebagai guru tahu bagaimanakah keberkesanan program ini...
hartiniazhar - January 21, 2007 02:09 AM (GMT)
:) Mungkin kena tunggu 10 thn lagi, kot, Sherrina! Tapi apa salahnya kalau kerajaan habaq dan ngaku lepa dah buat silap dari memperjudikan nasib bangsa sendiri ke satu tahap yg kita sendiri belum tentu kecapi. Lepa boleh jimatkan duit kerajaan yang dah dilaboqkan berjuta ringgit dlm dasar ini. Kalau macam lagu tu, cek....pasti ibubapak respect sama kerajaan sebab berani mengaku silap dari la....ni dicemuih sebab tah apa-apa dasar ni yang menyusahkan dan membunuh minat pelajar.
suhaimi R - February 25, 2007 05:59 AM (GMT)
maths dan sains telah tukar ke dalam BI adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dlam bahasa tu, dalam erti yg lain, pengajaran subjek BI yg sedang berlangsung dari dulu dn kini GAGAL.
kalo cikgu2 BI gagal, kenapa cgu2 maths and sains menanggung akibat??
n kerana kegagalan tu, adakah apa2 perubahan telah dibuat pada kurikulum, pedagogi, srta2 cgu2 BI sekalian alam? seperti mana perubahan telah dibuat pada khalayak guru maths sains?
and kenapa plak cgu2 BI dibg elaun kritikal setelah mereka gagal segagal-gagalnya menjalankan tugas mereka??
sapa nak jawab? angkat tangan...
hartiniazhar - February 25, 2007 09:50 AM (GMT)
:) Kerje sape perubahan kurikulum dan pedagogi P&P BI di sekolah?
Kami cume cikgu biase yang "menurut perintah" terikat dengan "akujanji" dan kalau lebih-lebih nanti, kena tendang keluar ataupun blacklist.
Ya, ramai murid sekolah gagal menguasai BI di sekolah tapi bukan bermakne guru-guru Bi gagal sepenuhnya. Kami sudah berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan pelbagai teknik, strategi dan pendekatan. Diberi pendedahan tentang teknik-teknik terbaru semasa kursus. Cuba mengaplikasikan apa yang dipelajari semasa kursus dalam kelas. Tapi murid masih macam tu jugak. Tapi ada juga murid yang berjaya menguasai BI walaupun sekurang-kurangnya score A dalam UPSR, PMR atau SPM tapi belum tentu dapat berkomunikasi dalam kehidupan seharian.
Kami guru BI pun tak boleh nak salahkan murid sebab environment murid itu sendiri jadi BI hanya dapat digunakan di dalam kawasan sekolah. Menguasai BI bukan seperti Matematik dan Sains, kena banyak latihan dan hafalan tapi lebih kepada komunikasi. Masa di sekolahlah BI digunakan walaupun hanya tanya, "Teacher, may I go to the toilet?"
Peranan ibubapa bagaimana pula? Adakah ibubapa sekarang guna BI di rumah, kalau tak guna, mestikah mereka juga disalahkan kerana dah memang environment mereka begitu juga?
Sape yang bagi elaun kritikal ni sebab kami pun tak mintak. Kalau tak ada elaun kritikal pun kami masih boleh hidup di dunia ni sebab tak banyak mana pun!
Cuba letakkan diri anda di tempat kami. Bagaimana rasanya bila murid gagal menguasai BI? Kecewa? Bosan? Sedih? Adakah anda rasa berbaloi dapat elaun kritikal tu?
Sekiranya anda masih beranggapan kami dah gagal "segagal-gagalnya" silalah beri tunjukajar dan cara untuk kami mengatasi semua ini. Kami pun tak segan nak belajar pun sebab kami tahu kami pun belum boleh dikategorikan cikgu yang "baik". Nobody is perfect!
suhaimi R - March 3, 2007 03:53 AM (GMT)
ok, tapi selepas beban BI tu telah dipindahkan pada cikgu maths sians gara2 kegagalan kurikulum, sistem, n cigu2 BI (n sumer yg berkaitan), ada ke apa2 perubahan dibuat untuk menampung kegagalan tu?
atau cikgu2 BI anya carry on dengan style mereka, kurikulum lama, sambil menikmati mee goreng mamak spinggan hasil duit elaun kritikal?
cikguonline - March 3, 2007 12:43 PM (GMT)
Bukan semua guru BI tak bagus. Ada juga yang bagus dan memberikan penuh komitmen bagi menigkatkan penguasaan BI ni. Kita tengok keputusannya tahun depan bagaimana dengan pencapaikan UPSR 2008 nanti.
hartiniazhar - March 5, 2007 12:15 PM (GMT)
:) Saya tak tahulah kalau di sekolah cikgu suhaimi R ni (I presumed), ada cikgu BI yang masih gunakan kaedah chalk and talk (bukan semue tapi ada juga cikgu lain yang ngajor subjek lain pakai kaedah ini lagi) padahal sekarang banyak dah pendekatan, teknik, strategi, taktik yang dipelajari semasa berkursus yang guru SEPATUTNYA ketahui dan aplikasikan di sekolah. Sekiranya cikgu tu sambung belajar dalam TESL, lagilah banyak pendedahan untuk guru tersebut yang sepatutnya diaplikasikan di sekolah. Masalahnya, kalau cikgu tu suka gune kaedah lama, jadi masih nak salahkan kami juga? Bukan semue cikgu BI ketinggalan zaman, saya sendiri pun mengikuti perkembangan semasa dan saya gunakan pendekatan yang lebih menarik untuk murid minat belajar BI. Alhamdulillah, ada juga apa yang saya usahakan berjaya.
Kenapa dianggap BI gagal dan sekarang ni dibebankan pula pada subjek Sains dan Matematik? Saya tak nampak macam tu, sebab kalau betul-betul gagal, cubalah berikan statistiknya dan mungkin tak adelah yang berlaku biadap dengan kata-kata -"I sound stupid if I speak Malay!" Setahu saya tak ada cikgu sekolah di Malaysia ni yg mencadangkan kedua-dua subjek itu diajar dalam BI. Saya sendiri pun tak setuju sebab walaupun saya mengajar BI, tapi saya masih orang Melayu yang ada bahasa ibunda sendiri. Idea sape Matematik dan Sains disuruh ajar dalam BI tanpa membuat kajian terlebih dahulu? Apa pendapat anda sekiranya "orang di atas" mementingkan bahasa Arab dan disuruhnya Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Arab? Adakah reaksi yang sama juga kita terima dari masyarakat?
Untuk pengetahuan saudara Suhaimi R, apa juga permasalahan tentang P&P BI di sekolah di bawa ke pihak lebih atas lagi. Dan saya suka mencadangkan anda lihat Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran BI bagi sekolah menengah dan rendah dan lihat apakah perubahan yang telah dilakukan oleh Kementerian (PPK). Teliti dulu dan berikan komen anda dan saya boleh tambahkan lagi maklumat sekiranya perlu.
Setakat nak makan mee goreng,cikgu.... duit gaji sendiri pun boleh, tapi kenyataan saudara tu nampak macam ada unsur-unsur PHD! Kalau kami tak layak dapat duit tu pun kami takle runsing sangat sebab sememangnya gaji sekarang memang tak pernah cukup dengan nilai harga barangan semasa. Kalaulah cikgu-cikgu option lain dapat elaun kritikal, kami pun akan kata yang sama. Seeloknya kalau nak bagi, bagile pada semue cikgu agar takde nanti situasi tuding jari kata gagallah, tak berjayalah, membebankanlah dan sewaktu dengannya.....
suhaimi R - March 12, 2007 07:41 AM (GMT)
bila aku baca reply ko hartini, baru lah aku tersedar yg aku ni PHD..
kakakakaka.
my real intention was, aku nak tau, bila kita implement english dalam math sains, kerana subjek english sedia ada blum cukup untuk mengenglishkan lidah anak murid, apakah pada masa sama, kementerian buat sesuatu dengan kurikulum english? atau masih terus mengaplikasikan kurikulum yg telah gagal tu (atau kalo nak lembut sikit, separuh gagal)
tp hartini pun nampaknya melenting maut, bila aku menuding jari pada cgu english seperti ngko (i believe u r an english teacher)
apa pun, meski kesalahan tu belum tentu pada sapa nak ditujukan untuk jd balaci punca kesalahannya, tp bau tahi tetap terpalit pada cgu2 english, kerna mereka sebahagian dari sistem tu..
sekian terima kasih,
sebenaya, nawaitu asala ku nak beporum ngan adab sopan santun tertib, tp dek da tebiasa mencarut..maklum la tensen ajar budak2 tak reti english tentang number base, graph function, quadratic equation etc., maka momentum tu aku da tebawak ke sini...
selamat becuti mid semester....
hartiniazhar - March 13, 2007 03:29 AM (GMT)
:2lol: Nak tergelak bace suhaimi r (whoever u r) ni. Sape tak melenting maut bile dituduh gagal besides all the efforts we have done to promote english in school? ( I guess I'm speaking on behalf of all english teachers in malaysia). Tapi aku setujule dengan kamu punya statement, "separuh gagal......?! Yang tu teman boleh terime. Tapi jgn salahkan kami 100% sebab banyak cabaran sebenornye ngajor bahasa asing budak-budak melayu yang keras lidah melayu. Saya boleh faham kenape cikgu-cikgu etems mengeluh dan susah hati sebab cikgu ni takde english background sangat tapi as BUDDIES.... we tried to help.
PHD.....? Yes, mike sebenornye masih ade sifat tu....malah semue org ade including me. And believe me.....cikgu-cikgu skolah teman pun ade PHD bile 10% tu english teachers yg dpt.....tapi ape sangat duit tu dan I repeat again.....KAMI TAK MINTAK PUN...kalau takde pun tak rase ape sebab dah bertahun ngajor takde pun terime bayaran exstra!
Tensionnye suhaime....mike ngajor maths ke? Nak lepaskan tension org lain pulak yang terkene, kesian!
suhaimi R - March 16, 2007 09:11 AM (GMT)
as for my case tini, aku tak jeles cikgu BI dapat 10% tu coz i earn rm930 epw monthly..
cuma marah bebudak aku muka blur time aku speaking london ngajar maths depan dorang
hartiniazhar - March 17, 2007 07:43 AM (GMT)
:) You mean......you teach Maths using English all the time? Terele mike tapi yang tak terenye students mikele...! Kesian......Honestly speaking, teman ngajor BI pun tak gune 100% English, I mean the weak classes. Ape gunenye speaking LONDON all the time tapi budak tak faham habuk pun!
You earn 930 ringgit a month! Sorry....I maybe mistaken, but what is EPW stands for? I don't understand! :hmm:
tuahayam - March 17, 2007 11:00 AM (GMT)
rasanya EPW tu elaun wilayah/pedalaman.. contoh berkhidmat di sabah sarawak..
suhaimi R - March 25, 2007 04:26 AM (GMT)
EPW - elaun perumahan wilayah = RM930 untuk org s'jung yg ngaja di sabah tau org s'jung/sabah yg nagja di labuan
Elaun Wilayah - 17% of basic gaji untuk org s'jung/sabah/sarawak yg ngaja di Sabah/Sarawak/Labuan - lain dr wilayah mereka berasal
Elaun hidup susah - untuk org yg ngaja di pedalaman, aku xtau brp ratenya..n aku pun tak pasti kedudukannya bila govt da declare new incentive RM500-RM1500 utk cigu2 di pedalaman
tapi aku x dapat, sbb aku ngaja di bandar
hartiniazhar - March 25, 2007 11:15 AM (GMT)
:)With EPW and 10% (or maybe 5%, kalau sek. men.,) what are you complaining about? Ngape mike sibuk-sibuk pertikaikan guru-guru BI yang kononnye 'GAGAL'? By right, teman yg sepatutnye dengki dgn mike sebab dpt lebih banyak dari teman. Betul tak? Tapi takpele, rezeki ade di mane-mane, dapat atau tidak, lambatke cepatke, tuhan yg tentukan. Bersyukur ajele, sebab dpt lebih dari orang lain. :pray:
suhaimi R - April 2, 2007 03:41 AM (GMT)
aik...ko blum abih marah ngan aku ka hartini?
aku komplen pasal isu ni bukan sebab duit at the firat place...
tp kalo nak dilihat dr segi duit jgak, aku cadang gaji cikgu2 BI beri kapada guru2 PPSMTI.
hartiniazhar - April 5, 2007 01:35 PM (GMT)
:) Woit....sape kate teman marah? You were the one who brought up the subject, right? Kalo nak bagi gaji kami kat guru-guru PPSMI....habih kami ni nak makan ape? Ndakke....guru-guru PPSMI tanggung kami dan family kami makan? Ye le.....kalau dah kami tak layak dapat gaji sebab kami dah "GAGAL" ( I quote) buat ape lagi kami jadi guru BI. Lebih baik kami bagi tanggungjawab kami pade guru-guru PPSMI....mike ngajor le BI dan Maths! Kalau macam tu....lebih baik kami letak jawatan ramai-ramai sebab gaji kami dah kene tarik!
suhaimi R - April 10, 2007 03:09 AM (GMT)
letak jawatan? ok gak tu...maybe bole apply ramai2 keja di Milimewah Supermarket, sekarang milimewah nak bukak branch baru di beaufort...
dgn ada backgaround BI, mudahlah utk berkomunikasi ngan pelanggan..
nurkamar - August 21, 2007 07:58 PM (GMT)
bm ke.. eng ke...
kalau dah silibus tunggang terbalik.....
semua akan gagal...
if u teach sc & maths & at the same time U teach english, u might see lots and lots and lots of differences in words / structures /terms from both side.
cth mudah, setakat ni, takde JU dr mana2 bhgn pun yg dpt bg kursus yg blh digunakan kedua pihak, cikgu eng & cikgu sc maths.
cikgu bahasa melayu sdiri pun tak pernah dengar / tahu term2 sc & maths dlm bahasa melayu ;) (jgn pertikai, bukti ade)
i myself yg ngajo 2 mende ni serentak pun separuh mati(sebbaik amik meds dulu). so... gaji yg kita dapat sbnrnya mmg bersesuaian ngan kepeningan kepala kita(saya pun nak 15% kalu ginih. 5 utk eng, 10 utk ppsmi, aci?)
kita ini manusia UNIK.. itu sebab ALLAH jadikan kita... GURU...
hartiniazhar - August 28, 2007 03:16 PM (GMT)
:) Let me remind you again...Suhaimi....teman sendiri pun tak setuju M3 and Sc in English, in the first place. English teachers have enough double, triple... trouble teaching the subject, ni kan pulak nak mengajor dua subjek ni dalam BI. From your comments, kesimpulan yang teman boleh katakan...you are dead frustrated or depressed sebab kene ngajor M3 dlm BI. But you are too egoistic to admit that you are not good in that language. Tapi I don't blame you, dah banyak dengar komen problems arised about PPSMI. As far as gaji is concerned, tak payah cakaplah...dah ada increment terbaru tu, hope everybody is satisfied (walaupun ada yg tak puas hati, dengornye!)
Satu lagi, Suhaimi you are so good at being sarcastic.....just bayangkan semua guru BI letak jawatan, non-optionist ambil alih, how would the standard of ENGLISH in education become? Big question, eh.....!
Maybe...Suhaimi boleh buat cadangan ikut pandang ke timur, Japan...for instance?
pyan - September 16, 2007 12:49 AM (GMT)
Jangan tarik balik. jalankan saja, cuma cara P&P tu yang tak berapa betul. Kalo tak percaya suruh depa explore kat internet. Depa pandai Bahasa Inggeris. Pegi kat myspace .com , belambak budak budak tu guna bahasa inggeris
Kat sekolah aku ada lebih 100 orang yang guna bahasa inggeris dalam blog depa, cuma cara kita nak apply english dalam p&p tu yang tak berapa betul. :no: