View Full Version: Pengimbas mata kesan pelajar ambil dadah

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Pusat Sumber > Pengimbas mata kesan pelajar ambil dadah



Title: Pengimbas mata kesan pelajar ambil dadah


cikguonline - April 3, 2006 11:49 AM (GMT)
Oleh Wan Jailani Razak

SHAH ALAM: Ujian dadah di sekolah nanti tidak lagi menggunakan kaedah pemeriksaan air kencing, sebaliknya pelajar akan diuji melalui mesin pengimbas mata bagi menentukan sama ada mereka terbabit dengan gejala buruk itu.

Projek perintis penggunaan mesin pengimbas mata untuk mengesan pelajar sekolah yang mengambil dadah akan dimulakan di sebuah sekolah menengah di ibu kota, bulan depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar (gambar) berkata, mesin pemeriksa mata berharga kira-kira RM200,000 seunit itu mampu mengesan pelajar yang mengambil dadah serta jenis dadah yang digunakan, dalam tempoh 24 jam.

“Penggunaan mesin ini akan membolehkan lebih ramai pelajar menjalani pemeriksaan dadah agar mereka yang disyaki, terutama yang baru terbabit dengan gejala berkenan dibimbing dan menjalani proses pemulihan.

“Bukan tujuan kita hendak kesan budak-budak yang mengambil dadah ini untuk hantar mereka ke pusat serenti tetapi kita berikan bimbingan dan pemulihan,” katanya dalam sidang media sempena Malam Bakti Kasih 2006 anjuran Pengasih Selangor di sini, malam tadi.

Noh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti Dadah dan Sosial Kementerian Pelajaran berkata, berkata ujian dengan mesin mata itu bertujuan mengenal pasti pelajar yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah supaya mereka dapat dipulihkan menerusi kaedah yang bersesuaian.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran, dengan kerjasama pelbagai pihak sedang merangka modul program pemulihan yang sesuai bagi murid yang didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Penggunaan mesin pemeriksa mata itu juga akan membolehkan ujian air kencing hanya dilakukan jika tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap pelajar terbabit.

Beliau, yang juga Pengerusi Biro Antidadah Majlis Tertinggi Umno, berkata ujian air kencing yang dijalankan secara rawak sebelum ini kurang disenangi sesetengah ibu bapa apabila anak mereka dipilih menjalani ujian itu.

Selain itu, ujian air kencing bagi seorang pelajar membabitkan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM9 seorang.

Tahun lalu saja, kira-kira 8,000 pelajar sekolah menengah dipilih secara rawak menjalani ujian air kencing. Dianggarkan ada tiga juta pelajar sekolah menengah di negara ini.

Noh berkata, guru pada mata pelajaran pertama di setiap kelas juga akan dikehendaki bercakap mengenai bahaya gejala dadah selama lima minit setiap hari tidak lama lagi.

“Kalau hari-hari lima minit bercakap pasal dadah, ia diharap akan membantu mewujudkan kesedaran di kalangan murid mengenai bahaya terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday...231422/Article/

hartiniazhar - April 4, 2006 02:59 PM (GMT)
:) Fui...dasatnye! Eye scanner.....! :clap:

kuguru - April 13, 2006 01:02 PM (GMT)
memang patut pun.. benda alah tu memang membahayakan negara.

cikguonline - April 14, 2006 10:09 AM (GMT)
Ada jugak org datang Sek aku di tanggak gambar mata pastu tengok kat Leptop dia. Kira di boleh tau la kita ni ada sakit apa. Dia cuma bagi tau itu je la tak bagi ubat pon caj RM10 tak tau la same ke idak dengan peralatan macam keratan berita tu.

cikguizza - April 16, 2006 12:33 PM (GMT)
QUOTE (cikguonline @ Apr 14 2006, 06:09 PM)
Ada jugak org datang Sek aku di tanggak gambar mata pastu tengok kat Leptop dia. Kira di boleh tau la kita ni ada sakit apa. Dia cuma bagi tau itu je la tak bagi ubat pon caj RM10 tak tau la same ke idak dengan peralatan macam keratan berita tu.

Yang tangkap gambar mata nak kesan penyakit tu..kalau tak silap namanya rawatan iridology ...dulu saya buat rawatan semua guna tu arr tak suka pergi hospital....mungkin juga yang nak kesan dadah guna mata tu satu kaedah yg sama. Tapi kan...budak-budak ni pandai gak kalau di salah..dia lari nyorok memana..tak kiralah kita guna ujian air kencing ker ujian imbasan mata ke....dia pandai lari... jadi pihak berkenaan mesti pandailah buat perancangan terbaik supaya semua pelajar mesti melalui proses pengesanan tu...

*tunggu dan lihat*

alisakarmila - May 8, 2006 03:05 AM (GMT)
:) Cikgu pun akan di try test jugek!

kuguru - May 8, 2006 09:13 AM (GMT)
jgn tak tahu...
cikgu pun ada yg terlibat dgn benda benda nii....

alisakarmila - May 9, 2006 10:04 AM (GMT)
:setuju:

Mungkin kalau ikut angka kecillah tapi dahsyat sungguhlah memandangkan kita macam pagarlah,kan.Harapkan pagar,pagar makan padi.Kita diharapkan jaga anak anak diaorang,kita pulak yang menagih.Tak ke haru tu!




Hosted for free by InvisionFree