:( Teman heran ade juga orang-orang tertentu dalam Malaysia ni yang ngaku beragame Islam tapi tak mengamalkan segala yang wajib. Contohnye, hamba Allah ni yang mempunyai sebuah pengalaman menarik ketika menaiki pesawat MAS.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya tujukan surat ini kepada Pengarah Urusan dan seluruh warga Malaysia Airlines. Saya merupakan salah seorang penumpang penerbangan Malaysia Airlines (MAS), MH 0139 ke Adelaide, Australia pada 2 Oktober 2006.
Ketika krew bertugas mengumumkan bahawa sarapan pagi akan diberikan satu setengah jam sebelum mendarat, rakan saya bertanya kepada pramugari yang bertugas: "Adakah sarapan pagi itu akan diberikan pada waktu sahur?". Pramugari itu menjawab bahawa mereka akan membuat pengumuman nanti.
Ketika makanan dihidangkan pada kira-kira jam 4.45 pagi waktu South Australia (3 Oktober 2006), saya menyangka bahawa itulah masa untuk saya bersahur. Tidak lama kemudian, saya menemui seorang pramugara untuk menyatakan hasrat saya yang mahu bersolat Subuh.
Alangkah terkejutnya saya apabila pramugara itu mengatakan bahawa waktu subuh sebenarnya sudah berakhir. Apabila saya mempersoalkan makanan yang baru diberikan sebentar tadi, pramugara itu menjawab dalam nada bergurau, "Ala...kalau tak nak puasa, cakap jela."
Saya tidak sedih atau terasa hati dengan kata-kata yang dilontarkan oleh pramugara itu. Namun, saya amat terkilan kerana MAS tidak membuat pengumuman mengenai waktu sahur seperti yang dijanjikan. Adakah mereka terlupa atau sememangnya sistem MAS tidak menghormati bulan Ramadan? Inikah khidmat 'Beyond Expectation' yang digembar-gemburkan oleh MAS?
Bukankah kita adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan konsep Islam Hadhari. Tindakan krew MAS ternyata tidak menggambarkan prinsip Islam Hadhari yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri malah memalukan saya selaku rakyat Malaysia.
Affiza
Adelaide, Australia.
Pade teman...konsep Islam Hadhari ni hanyelah sebagai topeng untuk menutup banyak kesilapan yang kite buat selame ini. Tapi....kite ni hanyelah rakyat biase, yang tak mampu buat ape-ape...! Teman rase bersalah bersubahat tapi teman sendiri pun terikat dgn akujanji......
:) Ini lagi satu yang tak hormat bulan puasa. Komplen ni datang dari seorang hamba Allah dalam Berita Harian;
Pengiklan mesti faham adab berbuka
PUASA adalah ibadat wajib bagi orang Islam. Walau apa cara sekalipun kita mesti meraikannya mengikut adab dan hukum. Ada iklan di televisyen menunjukkan satu keluarga merangkumi beberapa kanak-kanak dan jirannya orang bujang tiada radio, TV, akhbar dan jadual waktu berbuka.
Jirannya mencuri dengar kanak-kanak di sebelah dinding rumah yang menjerit ‘wau’ apabila tiba waktu berbuka dan selepas itu dia pun terus membaham seketul ayam.
Kalau kita kaji apakah rasionalnya dan motif iklan ini disiarkan kalau sekadar menjerit ‘wau’. Mana hormatnya kepada kemuliaan waktu berbuka kalau cara ini ditiru dan dilakukan oleh berjuta kanak-kanak di negara ini.
Saya berharap pihak pengiklan mengkaji semula dan merujuk kepada pihak yang arif mengenai tata susila agama supaya tidak timbul sentimen keagamaan.
HAMBA PRIHATIN,
Labuan.
* Teman ade tengok iklan tu....ntah ape-ape....memang takde respect pada bulan posa ni!
Tak patut betul pramugari tu cakap macam tu.... :no: