View Full Version: Menonton TV tidak membantu pelajar......

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Darjah/Tingkatan > Menonton TV tidak membantu pelajar......



Title: Menonton TV tidak membantu pelajar......
Description: ....merendahkan prestasi akademik!


hartiniazhar - October 6, 2006 01:34 PM (GMT)
:) Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa ibu bapa supaya mengehadkan waktu tontonan televisyen anak-anak mereka memandangkan kesan negatif televisyen terhadap perkembangan prestasi akademik pelajar.

Laporan akhbar tempatan baru-baru ini mendedahkan bahawa remaja Amerika Syarikat yang menonton televisyen pada hari biasa akan menunjukkan prestasi buruk di sekolah berbanding mereka yang tidak menonton pada hari berkenaan, tetapi menonton pada hujung minggu memberi kesan lebih negatif terhadap kerja sekolah mereka.

Kajian terhadap 4,508 pelajar sekolah menengah berumur antara sembilan hingga 15 tahun juga mendapati kerja sekolah terjejas di kalangan mereka yang dibenarkan menonton rancangan dewasa, filem dan rangkaian kabel membabitkan program dewasa.

Data sokongan mendapati ibu bapa yang membataskan televisyen pada hari biasa dan masa permainan video kurang daripada sejam dan menyekat media dewasa dengan membataskan pendedahan terhadap rangkaian filem kabel dan filem dewasa serta video.

Pelajar yang tidak menonton televisyen ketika hari biasa, separuh menunjukkan kecemerlangan di sekolah, demikian menurut kajian terbaru yang dibuat oleh Dr Iman Sharif dari Kolej Perubatan Albert Einstein di Bronx, New York.

Sejak beberapa tahun yang lalu CAP telah menyuarakan kesan TV terhadap perkembangan anak-anak kita lebih-lebih lagi Akademi Pediatrik Amerika sendiri menggesa supaya diharamkan televisyen bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun.

Menonton TV boleh menjadikan kanak-kanak kurang cerdik kerana TV mampu membunuh IQ, membekukan otak, menyekat kreativiti, menghalang daripada berfikir secara mendalam, mencuri masa, mengganggu tidur, merampas waktu bermain dan banyak keburukan lagi.

Beberapa kajian mendapati menonton televisyen lebih berbahaya dan berpotensi merosakkan otak kanak-kanak yang sedang membesar berbanding apa yang dipaparkan di televisyen.

Menghabiskan banyak masa di depan televisyen menjadikan sukar untuk kanak-kanak belajar membaca, memberikan tumpuan yang berterusan dan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.

Apabila kanak-kanak menghabiskan banyak masa dengan menonton televisyen, mereka tidak melibatkan diri di dalam aspek-aspek pembelajaran lain seperti bermain, membaca, menulis, belajar atau bergaul.

Sejak tahun 1977 lagi banyak amaran telah diberikan bahawa menonton televisyen menjadikan kanak-kanak bersikap pasif dan berat mulut, ia tidak dapat bermain, mengeluarkan idea atau berfikir dengan jelas.

Menurut laporan 1994 dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, pencapaian akademik jatuh dengan ketara bagi kanak-kanak yang menonton lebih daripada 10 jam seminggu atau purata dua jam sehari.

Kajian tahun 1980 pula yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan California yang mengkaji tabiat menonton televisyen dan markah ujian bagi sesetengah juta kanak-kanak menunjukkan terdapat hubungan langsung di antara jumlah masa seseorang kanak-kanak menonton televisyen dengan jumlah markah yang diperolehi dalam ujian pencapaian yang diseragamkan, lebih banyak televisyen ditonton kanak-kanak, lebih rendah pencapaiannya.

Sehubungan itu, CAP menggesa ibu bapa supaya bersikap lebih tegas terhadap tabiat menonton TV anak-anak mereka memandangkan televisyen sering membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

*Pagi tadi kat sekolah....cikgu sekolah teman bawak masuk budak tahun 6 kedalam bilik tayang untuk menonton filem seram lebih kurang 2 jam. Dah cerite seram, jadi menjeritle budak dalam bilik tayang.....! Lepas tu GB teman bising kat cikgu ni sebab agaknye cikgu tu tak reti kot! Apepun......teman rase lebih cikgu ni bawak budak masuk surau buat aktiviti tadarus AL-QURAN....lagi berfaedah dan dapat pahale lagi. Betol tak? :tq:

nurkamar - October 15, 2006 12:51 AM (GMT)
ana salah seorang HANTU tv :love: :love: :love: :love:

sebelum g sekolah, wajib ngadap tv sampai bas sekolah sampai.

kalu tak tgk tv, dengar radio.kalu takde, menangis.takleh buat keje sekolah sebab tak tau perkembangan kartun :rf: :rf:

kalu takde dedua ni, MEMANG tak boleh belajar.

top students in school(rendah + menengah, ketua pengawas dll(takleh masuk asrama sebab ayah tak kasi), wakil negeri, nyaris wakil negara (tu pun sebab ayah tak kasik)masuk U ngan biasiswa(sebbaik ayah nak lepas), dll

tapi akhirnya cikgu sebagai profesion yang diredha ayah (sebab tak on call, tak balik lewat, tak kuar memalam sebab emergency-pesakit tak leh halang diri dia sakit time pagi je + dapat masuk IPBA yang dekat umah ni, posting ke sekolah lak blkg umah ni je)

bagi ana, bukan salah TV atau rancangan. masalah SIKAP & hilang rasa hormat pada para pendidik. ana merasakan keberkatan dari guru itulah satu punca kejayaan pelajar. & cikgu pula kene sentiasa jaga mulut dari mendoakan yang bebukan terhadap bebudak.

cikguonline - October 15, 2006 12:29 PM (GMT)
QUOTE (nurkamar @ Oct 15 2006, 09:51 AM)
ana salah seorang HANTU tv :love: :love: :love: :love:

sebelum g sekolah, wajib ngadap tv sampai bas sekolah sampai.

kalu tak tgk tv, dengar radio.kalu takde, menangis.takleh buat keje sekolah sebab tak tau perkembangan kartun :rf: :rf:

kalu takde dedua ni, MEMANG tak boleh belajar.

top students in school(rendah + menengah, ketua pengawas dll(takleh masuk asrama sebab ayah tak kasi), wakil negeri, nyaris wakil negara (tu pun sebab ayah tak kasik)masuk U ngan biasiswa(sebbaik ayah nak lepas), dll

tapi akhirnya cikgu sebagai profesion yang diredha ayah (sebab tak on call, tak balik lewat, tak kuar memalam sebab emergency-pesakit tak leh halang diri dia sakit time pagi je + dapat masuk IPBA yang dekat umah ni, posting ke sekolah lak blkg umah ni je)

bagi ana, bukan salah TV atau rancangan. masalah SIKAP & hilang rasa hormat pada para pendidik. ana merasakan keberkatan dari guru itulah satu punca kejayaan pelajar. & cikgu pula kene sentiasa jaga mulut dari mendoakan yang bebukan terhadap bebudak.

Hebat jugak nurkamar ni ye masa di bangku sekolah dulu. Memang cita-cita nak jadi guru ke?

hartiniazhar - October 17, 2006 12:34 PM (GMT)
:) Hebat jugak Cik NurKamar ni.....! I salute you.....! Tapi teman rase kalau zaman kite bebudak dulu mungkin rancangan TV tak sehebat skarang. La ni ade program realiti yang rata- rata melalaikan dan membazirkan duit dan mase kite termasukle budak dan orang tue. Ade jugak adegan yang tak sepatutnye ditayangkan...lepas juge line "U"! Ya....teman setuju sikap itu yang memainkan peranan tapi.......media juge ade peranannye juge....jgn sampai penonton lalai dan berangan nak jadi penyanyi, penghibur atau penyangak! Teman lebih suke program berbentuk agame lebih banyak dari hiburan sebab media ni sbg jambatan menghubungkan dakwah kepada penonton. Teman bukan kate program agame macam ceramah tapi ape saje yang sesuai; contoh "AKADEMI ALQURAN" di TV9.

Masalahnye skarang bebudak besor manepun tak minat semue tu sebab hampir semuenye disogokkan dgn program yang melalaikan mereke. Makbapak pun tak ambik pusing ape anak deme lihat kat TV. So, this is where the attitude comes in!

Bukan semue orang macam Cik NurKamar yg takleh hidup tanpe TV but somehow you managed to get through your life mungkin sebab sikap.

Bulan puase ni kite digalakkan membuat banyak amal ibadat tapi tak bermakne takleh tengok TV langsung....tapi biarlah tengok sesuatu yang berfaedah yang dapat mereke amalkan. Kalau takade ape salahnye buat aktiviti lain. Kalau tengok cerite seram ape deme dapat. Teman harapkan yang terbaik untuk anak murid teman utk membahagikan mase dgn lebih berfaedah....adakah itu satu doa yang buruk untuk mereka?

nurkamar - October 21, 2006 04:06 AM (GMT)
:rf: :rf: :rf: :rf: :rf:

ana hanya manusia biasa.
cikgu bukan pilihan.
tapi rezeki yang ditentukan dengan redha ayah itu lebih berkat :clap: :clap: :clap:
tak ada ' roh' sepanjang dalam belajar dan kerja dulu lelebih bila orang asyik sebut' ko ni muka cikgu laaa.....'

jawab tentang persoalan cikgu hartini tadi.. maaf saya katakan, PANTANG saya sepanjang jadi pelajar adalah "cikgu yang kuat membebel" :onf: :onf: . even sekarang ni kalau gubeso atau cikgu senior mula " "... saya mmg tutup telinga :geram: :geram: :geram: .rasanya ada hadis tentang ni.. berkenaan bagaimana cara rasulullah menyampaikan nasihat dan peringatan kepada sahabat. jangan sampai wujud rasa bosan. perlu ada selang mengikut rentak.peringatan diberi untuk berubah dari yang buruk ke pada baik, baik semakin baik. bukan yang buruk lari, baik tetap baik.


*** kak tini, menyengih lebar hubby kat sebelah ni bila baca perkataan CIk tadi :P :P :lol :lol :lol . terasa diri ni bujang jap :2lol: :2lol: (hubby orang system analysis. dulu sampai sekarang hantu games / online games)

hartiniazhar - October 23, 2006 02:51 AM (GMT)
:) Ooooh..."CIK PUAN" ke? Tapi teman ni bukan ape...saje to be on the safe side....semuenye teman panggil 'CIK' atau "CHE"......macam orang utara panggil....sebab teman sendiri pun tak tau status cikgu-cikgi di forum ni.

Adekah mike fikir teman ni kuat membebel....tapi di sekolah teman ade lagi cikgu yang kuat membebel!

Hari tu adele teman jumpe budak tahun 6 ni ( bukan semue) dan bercakap dgn bebudak ni. Teman tanya habih-habih dan menurut mereke, aktiviti utk deme tak dilaksanakan 100%. Ape teman boleh buat? Teman kate, buatlah sesuatu yang berfaedah....kalau boleh kurangkan tengok cerite-cerite yang tak berfaedah. Tak boleh nak salahkan budak, tapi teman ragu-ragu ape cikgu tahun 6 buat?

Betul cakap mike...tadarus tu perlu diwajibkan....dan tambah dgn amali solat same sebab bukan semue budak tahun 6 ni solat dirumah. Tapi macam teman cakap cikgu tak main peranan. Takde pemantauan dari pihak atasan. WHAT CAN I DO? Nanti kalau teman lebih sudu dari kuah, ade cikgu cakap teman ni nak control semue. Padehal teman ikhlas nak bantu bebudak ni.

"SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN"

nurkamar - November 15, 2006 09:43 AM (GMT)
cucu saya, (belah hubby) vocab melayu teruk! lintang pukang sebab speaking at all time.

mana belajar bahasa melayu?? sekolah?? tak.. sebab sekolah petronas.mana lagik??? TV ;)

hartiniazhar - November 15, 2006 01:23 PM (GMT)
:) Dah bercucu ye Cik Nurkamar kite ni, ye! Takpe.....pangkat je tue tapi hati tetap mude!

nurkamar - November 16, 2006 08:44 AM (GMT)
memang le muda. tak cecah pun tahap umur 30. dah hubby anak bongsu. gap umur dia ngan kak abang dia sama je cam mak ayah kita ngan anak anak skang ni.

** kalu 'pergi' cepat pun bagus.... kurang skit buat dosa :love: :love: :love: :love: . moga moga termakbul.. aminnnn

hartiniazhar - November 17, 2006 09:14 AM (GMT)
:) Teman pun dah ber"cucu". "CUCU-CUCU" teman panggil teman "TOKNGAH" sebab hubby anak tengah dalam keluarge. Ade juge "CUCU-CUCU" yang lain tapi takat bau-bau bacang je! Anak-anak sedare teman kebanyakannya lebih tue dari teman dan teman tak harap sangat deme panggil makcik or aunty, so they call me by my name. Anak-anak deme plak panggil teman "AUNTY"! Kelakar!Kelakar! :lol :lol

Teman plak lain dari NurKamar. Selepas solat teman berdoa mintak dipanjangkan umur murah rezeki sebab teman nak jalankan tanggungjawab sebagai ibu pade anak-anak teman supaye mereke terjamin di dunia dan di akhirat. Juge jalankan tanggungjawab sebagai seorang guru pade anak-anak murid teman serte tanggungjawab sebagai seorang isteri. Lepas habih semue tanggungjawab teman, kalau mase tu dah "dipanggil", teman redha.

Umur dah dekat 40an, jadi kene banyak muhasabah diri. Bila diimbau kembali banyak sangat mistakes dan errors dalam hidup teman. Harap cukup mase untuk teman betulkan sebelum teman "TUTUP MATA".

"HAPPY HOLIDAYS"!

nurkamar - November 17, 2006 05:51 PM (GMT)
;)

bila di imbas2 balik setiap forum.. suka tul tokngah ni lari topik ek.. ni bab cucu dan mati lak ni...

** layannn.... :2lol: :2lol:

sherrina - November 21, 2006 10:30 AM (GMT)
tv hari ni bukan mcm tv dulu. dulu kita layan citer Ultraman, paling2 pun Ultraman cuma fire resaksa jahat. Pastu ada Suria Perkasa Hitam. Pastu ada Alam Ria Cuti Sekolah (la ni ada lagi ke?) banyak kartun best2. Dulu2 mana ada layan wrestling kat tv, citer hantu merapik2, citer bukak sana sini, cintan merapik2....telenovela, akademi fantasia nyanyi sana nyanyi sini.....la ni tv dasat. sapa ada astro, double dasat.

Saya la ni cuma layan tv time citer P.Ramlee aje. Time lain tidak. Sebab tv dah takde ilmu mcm dulu. Dulu Ultraman ada ilmu sains, Alam Ria Cuti Sekolah ada mcm2 program malah ada TV Pendidikan. La ni ada lagi ke TV Pendidikan? Saya rindukan eksperimen sains dlm TV Pendidikan. Walaupun kita tak masuk lab sains (yalah dulu skolah rendah mana ada sains) tapi tayangan eksperimen sains kat TV Pendidikan cukup baik mengajar dan membantu kita memahami sains. La ni skolah mana yg cikgunya malas bawak masuk lab, telan teori ajelah. Pandai2 lah korang imagine kan apa ghupanya eksperimen tu.......


nasz83 - April 7, 2008 08:32 AM (GMT)
askum sumer,
saya baru je join ni.nak kongsi pengalaman.bagi saya tv tu tak salah.kandungannya tak salah yang penting,penilainya siapa.
ni nak ceriter skit ni.sayer dulu hantu tv la gak. pagi petang siang malam ngadap tv je.tapi saya berjaya tafsir dan bezakan antara fantasi dan realiti.alhamdulillah saya ni tak la dikatakan pandai sangat tapi dari darjah 1 sampai tingkatan 3 memang no.1 le juga.upsr 3A1B,pmr 7A1B,SPM 4A5B1D(yang D tu memang kantoi ngan cikgu la).kiter sebagai guru yang sepatutnya membimbing murid menafsir apa yang dilihat di TV dan membantu memahami apa yang tersirat dalam rancangan tu.kalau TV tu tak baik,habis tu rancangan bersama Dato Fadzillah tu apa pulak?bersama menteri tu aper?banyak rancangan yang baik sebenarnya.kartun tu plak jangan nak tengok lawak bodoh je.bnayak tersirat tu..spongebob square pants tu,nampak bodoh tapi sebenarnya menunjukkan betapa setiap individu yang hipokrit menggunakan banyak alasan untuk mengenakan orang lain yang jujur(tak pun lurus bendui la..).banyak lagi rancangan yang mendalam maksud dia.ambik masa dan jangan terus menilai.kalau budak jawab soalan peperiksaan dengan terburu-buru kita marah kan?tapi kalau kita yang menilai sesuatu terburu-buru,seperti rancangan2 yang kononnya merosakkan minda tu melalaikan,tak ke sama je tu?hipokrit ler tu kan?saya ni muda lagi,belum kahwin pon..lambat makan garam,tapi yang makan garam dulu yang kena darah tinggi dulu kan? :) ...jangan mare...hanya sekadar renungan bersama.ambillah masa,nikmati pemberian tuhan yang paling bermakna untuk kita iaitu agama dan akal yang sempurna..

hartiniazhar - April 29, 2008 03:42 PM (GMT)
:) Hai....I'm back!

Saye setuju ngan nasz83 pasal bukan semue rancangan kat tv sekarang tu tak elok ditonton....tapi bukan semue rancangan kat tv sebenar-benarnye betul faktanye. Ok....saya taknak sentuh ttg rancangan tempatan, nanti ade yg kate saye ni berpolitik plak. Saya selalu nonton History Channel di Channel 555 kat ASTRO....dan ade sekali saye nonton ttg suasane di Iraq selepas era perang AS-Iraq. Nyate sekali banyak tak betul faktanye bila saye compare ngan sumber lain. However...since you're an expert, why don't u tell us bagaimane nak mendidik anak-anak menilai sesuatu program TV? Perluke setiap kali anak-anak menonton, kite kene ade bersame? I really like to learn. :ah:




Hosted for free by InvisionFree