:) Harga minyak di Amerika Syarikat dan London Brent di bawah paras USD60 (USD59.90 dan USD59.58) setong minggu lepas. Harga petrol menjunam hampir 24 peratus daripada kemuncak yang dicatat pada pertengahan Ogos lalu USD78.40 setong.Ketika itu, kita di Malaysia dibebani dengan beberapa kenaikan minyak secara berterusan dan natijahnya, harga barangan lain mulai naik macam berlumba-lumba pulak! Tapi, sehingga hari ini, kerajaan kita masih membutakan mata dan memekakkan telinga. Kalau dulu, harga pasaran dunia dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak, sekarang......macam mana? Kenapa penurunan lebih 20 peratus ini tidak boleh menjadi alasan untuk menurunkan harga minyak? Ada udang di sebalik mee, kot.....! :hmm: