Title: Berapa jam cikgu luangkan masa di internet?
cikguonline - April 3, 2006 10:27 AM (GMT)
Bagi saya internet adalah keperluan. Bayak maklumat yang saya perolehi di sini. Paling kurang setiap hari 3 jam mesti masuk internet. sambil surf tu mana yang menarik & boleh di gunakan dalam P&P saya gunakan.
Nak belajar cara kupas kentang dengan cepat gi kat sini
http://youtube.com/watch?v=37GVvxcyz6I
hartiniazhar - April 4, 2006 02:54 PM (GMT)
:) Ya...teman setuju bebenor dengan mike. Internet memang satu keperluan. Sejak sambung belajor PJJ ni, saye pun dah macam melekat kat komputer. Yang seronoknye dapat berforum macam sekarang. Boleh tukor-tukor pendapat atau berkenalan. Kalau tak kerana Internet, takdele teman kenal dgn cikguonline dan kuguru serta yang lain-lain. Walaupun tak peronah jumpa, tapi rase-rasenye macam dah lame kenal. Betul tak? :setuju:
cikguonline - April 5, 2006 01:37 PM (GMT)
:lol betul tu :setuju: sekarang ni pun nak mintak sambung belajar pun kene isi borang guna internet. dulu masa mula2 kenal internet nak masuk chat je. sekarang dah ada internet sendiri tak lagi :no: suka berforum tukar2 idea, pendapat, bahan, pengalaman dll
sherrina - May 31, 2006 04:40 PM (GMT)
saya habiskan masa di internet lebih byk drpd habiskan masa di bilik mandi :2lol:
Anyway, byk ilmu yg baik2 di internet ni. Lagi2 nak mencari bahan mengajar. Cuma nak cari local content tu payah. Kene le buat sendiri.
cikkemal - June 2, 2006 02:33 AM (GMT)
internet memang penting. kegunaan utama internet dalam p&P bagi saya adalah untuk mencari nota. ambik ajer nota dalam bentuk ppt kemudian edit ikut apa yang dikehendaki. dahnya bawa masuk kelas.
sherrina - June 2, 2006 06:41 AM (GMT)
cikkemal,
nota tu kementerian kasi ke? atau 100% buat sendiri?
ideal - June 27, 2006 09:01 AM (GMT)
haah nak tau gak tu...apa link nak dapatkan nota tuh...kongsi ler kat sini..
nurkamar - October 2, 2006 05:06 PM (GMT)
tak dapat dikira.
nb ni mmg tutup time g sekolah je :lol :lol :love: :love: