Macam:-Macam: Guru fail surat cerai elak diberhentikan
BEIJING: Sebuah sekolah rendah di China terpaksa ditutup kerana semua guru di sekolah terbabit sibuk memfailkan surat cerai bagi mengekalkan pekerjaan masing-masing.
Kira-kira 40 guru di sekolah Rendah Pusat Tongxing di Dandong, menandatangani surat cerai selepas mendapat tahu pihak berkuasa tempatan mahu mengurangkan jumlah guru.
Beijing News melaporkan, guru terbabit terpaksa memohon cerai kerana mendapat tahu guru duda atau janda yang menyara anak dikecualikan daripada pemecatan itu.
“Semua bimbang akan hilang pekerjaan berikutan persaingan tinggi di pasaran buruh ketika ini meskipun mereka sebenarnya tidak mahu bercerai,” kata seorang guru. – Agensi
Sumber :
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesda...icle/Dunia_html