View Full Version: Guru tumbuk nenek

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Petikan Akhbar > Guru tumbuk nenek



Title: Guru tumbuk nenek


cikguonline - September 19, 2006 12:31 PM (GMT)
Edisi Utara : Guru tumbuk nenek
Oleh Mazlan Hasan

IPOH: Seorang nenek berusia 66 tahun lebam di bahagian mata selepas mendakwa ditumbuk seorang guru wanita yang dikatakan ‘naik angin’ apabila diminta memberi penjelasan mengenai perbuatannya menampar anak perempuan mangsa sehari sebelum itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari Sabtu lalu, nenek terbabit yang juga seorang ibu tunggal bersama anak perempuan serta seorang lagi anak lelakinya mengunjungi rumah guru berkenaan di Ampang Mewah di sini, untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Bagaimanapun, ketika berbincang dengan suami guru terbabit di luar rumah, guru wanita berusia lingkungan 30-an itu tiba-tiba keluar dan menumbuk mata nenek.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau tidak menyangka guru wanita berkenaan sanggup menumbuknya sedangkan niatnya hanya untuk mendapatkan penjelasan mengenai perbuatannya menampar anak perempuannya berusia 25 tahun sehari sebelum itu.

“Ini kerana saya tidak berpuas hati dengan tindakan guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah terbabit menampar muka anak perempuan saya sebanyak dua kali ketika hendak keluar di Simpang Pulai pada jam 3 petang, Jumaat lalu.

“Berikutan itu, saya bersama anak perempuan serta seorang lagi anak lelaki berkunjung ke rumah guru berkenaan untuk meminta penjelasan dan menyelesaikan perselisihan faham itu,” katanya, semalam.

Mangsa berkata, akibat kejadian itu, dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ipoh (HI) dan dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, beliau juga sudah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Kampung Rapat di sini, pada hari kejadian manakala anak perempuannya pula membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai, Jumaat lalu.

Sementara itu, anak perempuan mangsa yang bertugas dengan sebuah syarikat swasta di sini berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu guru wanita berkenaan yang mendakwa suaminya mempunyai hubungan dengannya sedangkan perkara itu adalah tidak benar.

“Malah, perbuatannya menampar saya sebanyak dua kali di hadapan suaminya itu juga menyebabkan saya berasa malu kerana ramai melihat kejadian berkenaan.

“Dakwaan itu tidak benar dan saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan suami guru berkenaan seperti didakwa walaupun kami bekerja di tempat yang sama,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/T...cle/indexm_html

nurkamar - October 12, 2006 03:48 PM (GMT)
aduiiiii la.

sesaja je berita ni nak naikkan nama cikgu.

padahal orang lain pun ade yang buat gak.

cikgu ni pun satu, kawal leeee temper tu.... :ah: :ah:




Hosted for free by InvisionFree