;) Saya ada nak bagi cadangan pada cikgu-cikgu yang mengajar BI di sekolah-sekolah pendalaman atau kampung. Idea ni timbul dari salah seorang cikgu BI di sekolah saya. Dia ngajar budak Tahun 2. Dia fotostat teks bacaan BI yang simple dan beri pada setiap budak. Budak-budak ni plak balik rumah baca. Pada waktu rehat atau waktu perpustakaan budak-budak ni akan minta supaya cikgu-cikgu lain dengar mereka baca teks tersebut. Sekiranya bacaan mereka kurang lancar, guru tak akan sain di teks bacaan tersebut. Mereka akan baca dan cuba lagi. Begitulah sebaliknya. Kesannya, cara ini didapati berkesan dalam mengurangkan jumlah murid yang tak reti baca langsung dalam BI. Budak-budak ni jadi lebih berani dan kuranglah malu mereka :malu: Satu lagi cadangan ialah untuk menggalakkan budak bertutur dalam BI di kawasan sekolah saje. Caranya ialah mereka mesti/wajib menegur guru dan mula berbual dengan guru atau kakitangan sekolah dalam BI. Sekiranya mereka buat, guru akan beri kupon dan kupon ini boleh ditukar dengan ganjaran seperti gula-gula atau alatulis. :P
emm.. memang bagus idea ni
wa manarik tu. bagus la idea cikgu tak terpikir sebelum ni. :clap: nak cuba buat & cadangkan di sekolah terima kasih hartiniazhar.
emm..satu cadangan yang bagus...saya akan cuba untuk menarik minat anak-anak saya berbahasa inggeris.