View Full Version: Remaja mengamuk bakar rumah!

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Bilik Kaunseling > Remaja mengamuk bakar rumah!



Title: Remaja mengamuk bakar rumah!


hartiniazhar - August 23, 2006 01:08 AM (GMT)
:o MARANG 22 Ogos – Marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar. Itulah yang dilakukan oleh seorang remaja berusia 16 tahun mengamuk menggunakan parang sebelum bertindak membakar rumahnya setelah dipercayai gagal mendapatkan wang di Kampung Kubu, Pengkalan Berangan, semalam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana semasa kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, ibu remaja itu, Fatimah Embong, 56, sempat melarikan diri dan menyelamatkan sebuah kereta Perodua Kancil.

Menceritakan detik cemas yang hampir meragut nyawanya itu, Fatimah yang bekerja sebagai penoreh getah tidak menyangka anak bongsunya sanggup membakar rumah, malah lebih menakutkan bertindak di luar dugaan menggunakan senjata tajam semasa kejadian amuk di rumah itu.

‘‘Sebelum kejadian, abang (panggilan Fatimah kepada suspek) ada berselisih faham dengan kakak ketiganya, Fauziah Ibrahim, 31, setelah pulang dengan menunggang sebuah motosikal petang itu.

‘‘Abang kemudian jatuhkan motosikal Fauziah dan mengamuk dengan mengoyak-ngoyakkan bajunya sambil berteriak ‘aku nak jadi jahat’ semasa masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui di rumah salah seorang anaknya yang tidak jauh dari kawasan itu, hari ini.

Fatimah berkata, anak kelimanya itu kembali tenang selepas menantunya, Zakaria Akif, 38, datang ke rumah itu setelah dihubungi oleh isterinya, Fauziah bagi mententeramkan adik iparnya tersebut.

Bagaimanapun, remaja itu kembali mengamuk menggunakan parang setelah abang ipar dan kakaknya itu beredar dari rumah dan meninggalkan Fatimah keseorangan.

‘‘Melihat abang semakin mengganas menetak barang-barang yang ada di dalam rumah, saya yang ketakutan keluar menyelamatkan diri manakala kereta diletakkan di rumah jiran,” katanya.

Sekembalinya ke rumah tidak lama selepas itu, Fatimah terkejut apabila melihat api dan asap keluar dari arah bilik tidur anaknya itu.

‘‘Saya cuba menyelamatkan harta benda tetapi gagal manakala anak bongsu saya itu sudah tiada di rumah.

‘‘Api marak dengan begitu pantas dan rumah saya habis musnah setibanya pasukan bomba di tempat kejadian pada waktu Maghrib,” kata ibu tunggal itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Deputi Supritendan Nik Zuraidi Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.10 malam semalam.

‘‘Kami menahan suspek kira-kira tiga jam di rumah salah seorang kakaknya selepas menerima laporan,” katanya.


Sebagai gurule....macam mane kite nak tolong budak macam ni. Budak ni kire kes teruk jugele sebab die sendiri menjerit kate, "Aku nak jadi jahat!". Tentunye budak ni dah biase buat kerje-kerje jahat sebelum ni. Kalau tak, masekan boleh mengamuk dan dibakornye rumah family die. Teman taknak cari salah sesiape...tapi macam mane nak bantu budak ni? Tapi...yang teman boleh nampak, pendekatan agamele yang terbaik untuk budak ni.

sniper - October 12, 2006 03:48 AM (GMT)
user posted image

sherrina - October 28, 2006 08:59 AM (GMT)
:stp:




Hosted for free by InvisionFree