View Full Version: Ape nak jadile budak mude sekarang.....?!

CikguOnline | Komuniti Guru Malaysia > Sembang Umum > Ape nak jadile budak mude sekarang.....?!



Title: Ape nak jadile budak mude sekarang.....?!


hartiniazhar - August 15, 2006 02:30 PM (GMT)
:( Teman memang mengajor BI tapi takle sampai mengagung-agungkan bahasa tersebut sebab teman ade bahase ibunde teman sendiri. Tapi...teman sedihle budak mude skarang ni....yang mengagung-agungkan bahase kedue ni. Lihatle satu contoh kat bawah ni....yang perasan die ni pelakon Malaysia terbaik!

'Saya tak hina bahasa Melayu'

'It will sound stupid if I speak Malay' daripada mulut Sharifah Amani selepas terima trofi Pelakon Wanita Terbaik undang kemarahan Datuk Seri Rais Yatim

ANTARA rasa bangga dan terharu, tanpa disangka kenyataan jujur luahan perjalanan berliku yang terpaksa direntasi Gubra yang mengangkat namanya sebagai Aktres Terbaik memerangkap Sharifah Amani.


Ungkapan “It will sound stupid if I speak Malay” yang keluar dari bibirnya, selepas meminta kebenaran untuk berucap dalam bahasa Inggeris bernada sinikal, biarpun terbit tanpa secalit niat untuk memandang rendah bahasa ibunda.

Kesan ucapan spontan itu mendatangkan kemarahan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menganggapnya sebagai menghina bahasa dan budaya Melayu.

“Saya tidak menghina bahasa Melayu. Apa yang saya maksudkan lebih mudah untuk saya meluahkan rasa dalam bahasa Inggeris. Saya tidak mahu orang sakit hati mendengar kerana saya kurang fasih berbahasa Melayu.

“Salahkah saya menggunakan bahasa Inggeris kerana di sana sini sedang melaungkan supaya memperkuatkan penguasaan bahasa itu di kalangan masyarakat,” kata Amani.

Biarpun terpinga kerana diasak kontroversi, Amani mengakui, kenyataan itu terbit gejolak daripada Gubra yang menerima kritikan termasuk dilabel sebagai filem yang mencemarkan budaya bangsa.

Ada yang menyifatkan Amani terlalu emosional apabila meluahkan kata-kata dalam bahasa Inggeris yang bermaksud, “Jika membuat filem seperti ini dikatakan mencemar budaya, marilah kita terus buat filem yang mencemar budaya.”

Dan bacele komen seorang hamba Allah ni yang teman setuju 100%;

Gelagat Amani jatuhkan bahasa sendiri

BUDAYA menunjukkan bangsa. Tercemar budaya maka tercemarlah bangsa, tidak kira sama ada bangsa Melayu, Cina, India atau bangsa Malaysia. Sebagai orang Melayu kita sepatutnya berbangga bercakap bahasa Melayu di khalayak ramai walaupun kita fasih berbahasa Inggeris.


Saya berasa sungguh kesal dan kecewa di atas laungan seorang artis muda, Sharifah Amani pada majlis kemuncak Pesta Filem Festival Malaysia Ke-19 di ibu negara malam semalam selepas dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Gubra.

Dengan nada yang begitu lantang dan tanpa rasa hormat dan sensitif terhadap kehadiran Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan ramai tokoh seni veteran, dia melaungkan “If making films mean you have to mencemarkan budaya, then let us do it more often!”.

Ungkapan “It will sound stupid if I speak Malay” yang keluar dari bibirnya, selepas meminta kebenaran untuk berucap dalam bahasa Inggeris bernada sinikal, biarpun terbit tanpa berniat untuk memandang rendah bahasa ibunda. Kalau hendak terus bercakap Inggeris, cakap sajalah dan tidak perlu kata susah nak luahkan perasaan apabila bercakap Melayu.

Tak tahulah mungkin Amani terlalu emosional apabila meluahkan kata-kata dalam bahasa Inggeris yang bermaksud, “Jika membuat filem seperti ini (Gubra) dikatakan mencemar budaya, marilah kita terus buat filem yang mencemar budaya.”

Inikah barisan anak bangsa yang diperlukan untuk mewarisi segala perjuangan yang dilakukan oleh anak Malaysia terdahulu? Di manakah silapnya? Adakah sistem pembelajaran di sekolah masih belum cukup menekankan aspek sejarah, atau sistem pendidikan di rumah yang terlalu liberal atau keterbukaan industri perfileman yang menggalakkan kreativiti disalah guna dan disalah erti.

Mungkinkah anak bangsa kini terperangkap dalam arus kemodenan dan terpengaruh dengan fahaman baru dari barat?

Untuk memastikan bahawa Malaysia akan kekal makmur dan merdeka, setiap rakyat Malaysia memainkan peranan untuk mempertahankan dan menghormati maruah bangsa selain agama. Setiap industri juga perlu ditekankan bahawa selain dari aspek ekonomi, tanggungjawab sosial tidak boleh diabaikan.

Semoga dengan barisan anak bangsa yang ada dan bakal menjadi tunjang negara ini kelak dapat mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia.

Selamat Hari Merdeka!

Ann Bee
PUTRAJAYA

Kalaule budak Amani ni tak minte maaf secara terbuke, rasenye ramaile orang yang akan hentam die sebab umur baru setahun jagung dah cakap gitu. Die ingat die ni sape......hah? Hebat sangatke die ni?

Tapi tengokle dari perspektif lain.....yang teman nampak kite semua digalakkan menggunekan bahase kedue ni di kebanyakan tempat. Di sekolah, selain PPSMI, guru digalakkan menggunekan bahasa itu dalam subjek lain seperti PJPK & Muzik. Di majlis-majlis penting, walaupun majoriti yang menghadirinya orang Melayu yang boleh cakap Melayu...gune bahasa Inggeris. Ade sekali tu teman nampak PM kite terime ijazah kehormat di Indonesia. Pak Lah pun gune bahasa Inggeris sedangkan yang hadir kebanyakannye rakyat Indonesia dan sebilangan rakyat Malaysia. So, tak heranle kelak ade lagi orang macam cik Sharipah Amani kite ni yang akan menenggelamkan bahasa kite sendiri.

"IT WILL NOT SOUND STUPID IF I SPEAK MALAY IN MALAYSIA AND KNOW WHEN TO SPEAK ENGLISH WHEN I AM REQUIRED TO"

"BAHASA JIWA BANGSA" :love:

snowmot - August 29, 2006 10:12 AM (GMT)
See it in a different perspective. Tengok la objecktif dia. Bukan dia berhajat nak mengecilkan bahasa malaysia, tapi sebab pemikiran and though process in English, dia lebih cepat lagi bertutur in English. At face value of the comment, it only means to say that her BM sucks so she's not going to attempt a half passed six BM. Having said that, she's immature to have uttered that comment not thinking of the consequences. And about mencemarkan budaya - people have their own thoughts of what is and what isn't. People need to think and draw their own conclusions as what is right and wrong, looking at a bigger picture. Banyak sangat la censorship in this country that people jump to conclusion and not able to think outside the box. This censorship is hampering creativity and limiting open-minded thinking. Another case of hiding the truth is the Pas state of Kelantan, hush hush so much coz ohhh.. sebab islamic state, tapi ada redlight district. Macam mana tu? Tak ke kena lontar dengan batu sampai mampus?
One more question I'll throw just to see how many of you guys agree or not - sexual education in school - should or should not? to curb the development of HIV due to drug abuse and unsafe sex. how do we go about mitigating this? Lets hear it.....

hartiniazhar - August 29, 2006 11:36 AM (GMT)
:) That Sharipah Amani spoke MANGLISHla.....! Ingatkan bagus sangatle in English tapi BM pun berterabur. What do you mean censorship is hampering creativity and open minded thinking? I guess it's depends on what kind of creativity and open minded thinking.....take for example, filem REMP-IT! Kalau nak kata creativity and open minded thinking, how do you see it from Islamic perspective view? Tapi I really feel there's no ultimate censorship as mentioned....you know why........people still think and do whatever they believe is right. They don't think halalke, haramke.......take for example , RASUAH! And other examples like filem Gubra, bersalaman lelaki perempuan bukan muhrim, pakaian bebudak sekarang, kebebasan bersuara......! Before we could say certain people tak fikir secara terbuka, mungkin orang-orang ini lebih kepada budayanya sebagai orang Islam ataupun nasionalis yang lebih memartabatkan budayanya sendiri dari budaya asing. Is it wrong?

Jika KELANTAN ada kawasan redlight, what about other states...other states tak Islamic ke, habih tu kenape agama rasmi MALAYSIA ni agama Islam? Ape yang teman nampak kite tak perjuangkan agama dalam segenap hal walaupun hal remeh temeh. Tapi kite cepat melenting bile Mufti Perak kate dah ramai orang Islam murtad...remember Lina Joy? Tuhan saja tahu dah berapa ramai orang Melayu Islam kite murtad!

SEX EDUCATION - Wow! That's tough to say...tapi kita berbalik kepada tujuannye. Teman rase kalau nawaitu kite dah betul, tapi cara tak betul, yang betul-betul rugi, siape sebenornye? Macam mane kite sebagai orang dewasa, belajar tentang sex? Budak sekarang....to them sex is something they would want to try sebab banyak exposure- TV, movies, internet and the latest dalam handphone je ade .....tapi how do we teach them that sex is something intimate between spouses, how to curb serious diseases, etc, etc. Bolehke cikgu ajor yang ini tak boleh yang tu boleh bila tiba topik sex? I bet teachers tentu lebih malu dari budak-budak yang lebih tera dari cikgu. Teman rase kalau takde Islamic values in sex education, it will be fruitless, pointless and useless.

snowmot - September 2, 2006 04:37 AM (GMT)
It is important to understand the history, culture and religion of ones own, it serves as a guiding light to the path that one chooses. Yes, it shapes the person you are. But that doesn’t mean that one should choose not to be aware of what’s happening outside one’s own boundaries. Most important is that one makes lesson out of it, questioning things are good, because it makes you think, if it’s right or wrong based on the logic and reasoning. “carilah ilmu sampai ke Negeri Cina” what do you make out of that?
Fundamentalist of islam, who are suicide bombers / terrorists, what do you think of them?. Is it Jihad? Are they fighting against people who degrades muslims? Or killing of innocent including Muslims and making a mockery of the world? Plus, not giving the opportunity for their children to have a brighter future? Imagine, bila Tanya anak iraq apa cita-cita, dia kata nak jadi suicide bomber.

In terms of Kelantan and red light district, you know what I mean when I pick Kelantan as an example. Malaysians can practice other religions besides islam, it’s the citizen’s right and that what makes this country the most respected Islamic country in the world to Muslims as well as non. We are enlightened that it is important to respect others who are not the same religion and culture as us. We’ve worked hard to retain it too.

Nak murtad senang je, it begins with niat, so kalau dia niat murtad, nothing that mahkamah syariah can do to bring her back or discourage others from being murtad.

Sex education Islamic point of view, would you explain how you mean by this? Because to me, muslims are to refrain from adultery.

hartiniazhar - September 2, 2006 11:47 AM (GMT)
:) First of all.....Che' Snowmot.....I have nothing against your opinion. If that's what think right....itu terpulanglah. I only said what I feel about the subject that you'd brought up.
Kalau nak kata anak-anak Iraq bercita-cita nak jadi suicide bombers....kita kena kaji sejarah negara mereka.....dari awal sampaila era Saddam Hussien dan sampailah sekarang. Why they turn up to be like this? Americans and Jewish dah lama planning nak pecahbelahkan orang Islam....they did it successfully...sebab tu bile Yahudi serang Lubnan dan Palestin, negara Asia Barat yang lain tak buat ape pun, cuma membantah dan memberi bantuan kemanusiaan. If you think that Islamic fundamentalist are terrorists, then what do we call the Americans and Jewish? Pernah tak kite terfikir, kenape mereka buat macam tu walaupun nak sacrifice other innocent people. Even George Bush sacrificed his own people in the 9/11 tragedy.

Malaysia is an Islamic country....not just Kelantan. I don't understand why we call Kelantan an Islamic state padahal negeri-negeri lain Islamic juge. Yes, I know what you mean. Tapi Islam ade ke mengajor kite mengeji dgn membaling telur busuk atau batu pade orang-orang kat redlight district? That doesn't mean we encouraged pulak....apa bezanya Kelantan dengan negeri-negeri lain? Just because they are ruled by PAS, tak semestinya everything is so perfect there.

Memangle takde mahkamah dalam dunia yang boleh menyekat seseorang itu dari murtad. Tapi kenape dia murtad? Kenapa dia ada niat nak murtad? Look around you....tengoklah masyarakat Melayu Islam kita sekarang!

Sex education from the Islamic point of view.....hmm.....kita orang Islam sedar....AGAMA ISLAM tu bukan setakat agama tapi satu cara hidup. Jadi kalau nak mengajar sex education di peringkat mana sekalipun, saya berpendapat perlu diajar dari segi pendekatan agama Islam. Islam tu sesuai untuk semua zaman dan untuk semua orang termasuk orang bukan Islam. Kalau kita boleh nampakkan the beauty of Islam to non Muslims....melalui pendekatan ini tentulah takde biased judgement about Islam.

Saya bukanlah pandai dalam bab agama, tapi saya yakin Islam tu sesuai untuk semua....balancing the duniawi dan akhirat. Tapi saya sedih sangat sekarang......masyarakat Islam sekarang tak pentingkan the important Islamic values in our culture. Kite dah jadi macam takde pendirian. Nama je Islam tapi cara hidup/cara budaya tak menggambarkan Islam.

Kalau hujah saya masih tak difahami, saya tak kisah. Saya cuma memberi pendapat tentang apa yang saya rasa betul. Excuse me....I need to perform my Maghrib prayer now!




Hosted for free by InvisionFree