Mmengenai "set Induksi" pengajaran anda boleh cuba buat search, taip saja "set induksi pengajaran matematik", ada banyak juga bahan boleh membantu. Salah satu yang boleh dilihat contoh penulisan set induksi ada di:
http://s12.invisionfree.com/CikguOnline/index.php.
Mengenai "set induksi" pengajaran ini yang amat penting sekali ialah kita kena fahami apakah fungsi-fungisi "set induksi" itu mesti ada dalam setiap P&P. Berdasarkan kepada fungsi-fungsinya itulah kita terjemahkan ke dalam bentuk ayat-ayat apakah yang cikgu nak laksanakan bagi sesi set induksi itu dalam pengajaran.
Biasanya set induksi itu diperuntukkan masa antara 3 hingga 5 minit sahaja sebelum Langkah 1 dimulakan. Apakah yang cikgu hendak lakukan dan juga apakah yang cikgu mahu murid-murid cikgu lakukan dalam sesi set induksi tersebut; perkara-perakar itulah yang cikgu tuliskan sebagai set induksi pengajaran cikgu.
Adalah baik sekiranya dalam seti induksi itu sendiri cikgu rancangkan dengan membahagikannya kepada 3, iaitu (a) Intro, (b) Pelaksanaan dan © Pentutup.
Bagi (a) Intro - memfokuskan minda murid kepada memberi tumpuan kepada subjek yang cikgu nak mulakan pengajaran. Di sinilah minda murid di bawa daripada perkara-perkara yang sedia ada dalam minda mereka sebelum cikgu masuk ke kelas, diubah kepada hanya satu perkara saja, iaitu perkara yang cikgu hendak minda mereka berikan tumpuan.
Bagi (b) Pelaksanaan - mengemukakan soalan-soalan kepada murid untuk mereka jawab yang jawapannya akan menjurus kepada tajuk yang ingin juga ajar dan di sinilah ketikanya prinsip pembelajaran diaplikasikan, iaitu:
- dari yang diketahui oleh murid kepada yang belum mereka ketahui
- dari yang dekat kepada murid kpd yang jauh
- dari sedia dialamai oleh murid kepada yang belum dialami
Bagi © Penutup - setelah diberitahu apakah tajuk pelajaran yang akan mereka pelajari hendaklah dinyatakan kepada murid-murid apakah objektif eksplisit (yang telah cikgu sediakan dalam Persediaan Pengajaran (Lesson Plan) cikgu kepada mereka; supaya mereka dari awal-awal lagi mengetahuinya (apa-apa yang mereka kena buat atau perolehi sebagai objektif eksplisit) sebelumnya pelajaran tamat.
Saya memerhatikan ramai guru yang lupa, iaitu tidak memberitahu apakah objektif ekspilisit pembelajaran kepada murid-murid, sedangkan adalah amat penting mereka diberitahu awal-awal sebagai menjadi garis panduan di minda murid-murid supaya mereka boleh mengetahui apakah yang mereka dikehendaki hasil daripada P&P itu.
Demikianlah juga di akhir sesi set induksi itu cikgu hendaklah jelaskan kepada murid-murid kenapa mereka perlu belajar tajuk yang cikgu nak ajarkan itu; apakah gunanya dalam kehidupan sehari-hari, atau masa depan mereka atau apakah gunaannya di dunia ini. Dan elok juga dikaitkan dengan jenis kerjaya di bidang kerjaya apakah tajuk itu adalah berkaitan.
Biasanya set induksi ini salah satu fungsi utamanya ialah untuk menarik perhatian murid-murid maka dengan sebab itu sekiranya cikgu menggunakan media pengajaran seperti apa-apa jua peralatan, carta atau gambarajah; pastikan kesemuanya adalah yang dapat menarik perhatian murid-murid. Ini bererti cikgu mestilah sediakan sesuatu yang boleh misalnya mengejutkan mereka, sesuatu yang sebelum ini mereka tak pernah lihat bergantung kepada kreativiti cikgu.
Selamat berjaya! Wasalam.