Title: Matematik
Description: Berdasarkan pengalaman korang ngajar Mat
kuguru - August 6, 2006 12:56 AM (GMT)
Berdasarkan pengalaman korang ajar math dalam BI selama 4 tahun ni kan, apa pendapat korang?
nurr_83 - August 6, 2006 07:05 AM (GMT)
:setuju: setuju sangat..... kesian anak bangsa kita ni... murid di bandar mungkin boleh bawa math and sc in english sebab mak pak diaorg pun boleh speaking.
tapi budak luar bandar....? tak boleh.... sy mengajar ni pun bilingual... takleh 100% in english. jawabnyer nanti.... cikgu tanya soalan, cikgu jugak yg jawab soalan dan cikgu juga yg pandai akhirnya. murid2 nganga... :stp:
Math ni dahla susah nak terangkan kosep dier.... bertambah lagi susah sekarang ni sebab nak kena xplain pulak soalan in english tuh....
tapi, saya dipahamkan... sek jenis keb cina tak mengajar 100% in english pun... 4-5 masa ajar math dalam bahasa cina, selebihnya dalam bahasa inggeris.
tapi... nak buat camner.... siapalah kita....? kerajaan dah byk habis duit utk tujuan ini.... so, cikgu-cikgu ni lah penentu kejayaan bagi program ni. kita tgk jerlah hasilnya 2008 nanti!!
eeboo - August 8, 2006 06:39 AM (GMT)
sherrina - October 28, 2006 09:28 AM (GMT)
nak menunggu 2008, berapa ramai budak yg perlu dikorbankan? we are killing their interest in math :no:
paloma - December 7, 2006 01:36 AM (GMT)
Bagus juga tinjauan sebegini dibuat kuguru. Cuma cadangan saya lebih baik tinjauan tu dibuat lebih pada satu kategori. Di sini kuguru hanya minta pandangan guru2 yg mengajar. Cuba buka undian kepada ibubapa dan pelajar juga org umum yg tiada kena mengena secara langsung dgn polisi pendidikan ni. Mungkin lebih adil atau 'unbias'. Sekadar pandangan....
Kuguru sdg buat master thesis ke?
paloma - December 7, 2006 01:41 AM (GMT)
Lupa nak bgtau... saya undi sangat2 setuju.
Simpati dgn anak2 Melayu terutamanya yg terkial2 berusaha memahami apa yg mereka pelajari. Pencapaian mereka sebenarnya merosot secara umumnya. Hanya keputusan peperiksaan umum menunjukkan peningkatan prestasi. Realitinya adalah jauh dari apa yg diumumkan pd masyarakat. Hanya guru yg melaksanakan dasar yg tahu... :cry:
hartiniazhar - December 8, 2006 07:06 AM (GMT)
:) Saya nak bagi pandangan ni bukanle sebagai guru Bahasa Inggeris, tapi sebagai ibu kepada anak lelaki saya di Tahun 2. Saya sependapat dengan forumer kat sini sebab dari pemerhatian saya ada dua perkara yang ketara pada anak saya bila dia belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris:
Yang pertama - anak saya boleh dikategorikan boleh membaca dan faham Bahasa Inggeris yang mudah, tapi bile saya tanya kenapa dia tak boleh score dalam Matematik dan Sains ( utk pengetahuan semua, anak saya dapat C dlm kedua-dua subjek tersebut) , dia kata dia tak faham soalan terutama sekali soalan menyelesaikan masalah. Bila dia tak faham dia malas nak pikir dan ikut suka dia nak jawab apapun. Yang peliknya, dia gagal dalam BI (D).
Yang kedua - disebabkan perkara di atas, minatnya dalam dua-dua subjek ini berkurangan sebab bila saya suruh buat ulangkaji di rumah, dia lebih suka buat ulangkaji subjek BM. Kalau saya tak ada disisinya, dia tak akan buat ulangkaji subjek Maths & Sains sebab dia kata susah dan apa teacher ajar tak faham.
Saya kategorikan tahap pencapaian anak saya ni lemah berdasarkan keputusan peperiksaan PKSR 2nya yang baru lalu. Itu baru anak saya, belum lagi anak orang lain yang ternyata lebih lemah dan ibubapa mungkin tak dapat membantu anak-anak mereka dalam bahasa tersebut.
Saya cadangkan supaya dimansuhkan sahaja Maths dan Sains dalam BI sebab macam kata forumer kat sini, ia membunuh minat budak dalam dua-dua subjek tu. Kalau ya pun % meningkat, saya percaya cikgu yang banyak tolong semasa memeriksa kertas ujian. Bayangkanlah, disebabkan bahasa, budak yang berpontensi lulus...gagal dalam subjek tersebut. Tentu cikgu tolong kasi naik markah dia.
Saya masih berpegang pada cadangan yang pernah saya utarakan dulu - perbanyakkan lagi waktu mengajar BI dan tambahkan lagi satu slot untuk mengajar Bahasa Inggeris Komunikasi.
Zaman sekolah saya dulu, saya banyak menguasai bahasa Inggeris melalui pergaulan dan pembacaan. Selepas itu, barulah belajar secara formal - sebutan, makna, cara nak cakap dsbnya. Menguasai bahasa bukanlah boleh dipaksa-paksa, cuma kita boleh menggalakkan anak kita menggunakan bahasa tersebut melalui pembacaan dan pergaulan.....ini saya beritahu dari pengalaman saya dan anak-anak saya sendiri.