Title: LAWAK SELAMBER....
Description: diari guru
nurr_83 - August 5, 2006 07:34 AM (GMT)
Assalamualaikum...
Saya ni nak kongsi citer lawak.. maybe tak la best sangat... tapi kalau berada di tempat saya masa tu... maybe geram bercampur lawak jugak la....
actually saya ni guru praktikum... biasalah..budak2 bukan takut dgn cikgu praktikum. Then, satu hari tu masuk lah topik PROBLEM SOLVING INVOVING PERIMETER and AREA.
Of course la... susah nak fahamkan budak2 ni sebab we teach in english. Cara saya mengajar prob solving ni adalah dgn mggunakan 3 basic question:
1) what is given?
2) What is asked for?
3) What operation involved?
bila dah bagi worksheet kat budak2 ni... saya pun round la 1 kelas... tgk2 budak2 yang lemah...yg tak buat keje..yg tak paham.... then, sampai lah kat sorang budak ni... dia tak buat keje... coz dia tak paham soalan.
so, saya pun p lah explain problem tu... tanyalah 3 basic question tu...
1) apa yang diberi dlm soalan tu....? (length..breadth...)
then saya tanya soalan basic yang ke dua.... what is asked for? apa yang soalan suruh kita cari? soalan suruh kita cari apa? apa yg soalan nak..? macam2 la saya tanya dia.. nak bagi dia jawab soalan tu. bersungguh-sungguh saya tanya soalan tu. dengan muka yang confident, jujur dan tak bersalah... murid tu menjawab.... soalan tu suruh kita cari JAWAPAN!! hish... mmg lah soalan suruh kita cari jawapan!!!!!!! tak sangka dia akan jawab cenggitu.
saya ni pun.... geram pun ada.... betul juga jawapan bodoh tu...nak tergelak pun ada..... heiiii anak murid ku.. actually he answer... like this..:
-what is asked for? (answer : perimeter / area)
macam2 hal.... :2lol: [COLOR=blue]
kuguru - August 5, 2006 03:03 PM (GMT)
ha hah hahh
saya pulak ada sekali tu, budak tahun 1...
tak siap kejer yang saya bagi, saya tanya kenapa tak siapkan kerja rumah yang diberi, sambil memegang buku latihannya,
dengan selamba dia menjawab "macam mana saya nak buat, cikgu pegang buku saya...."
apa lagi nak dikata...
nurr_83 - August 6, 2006 02:27 PM (GMT)
I got this joke from my fren... hope it can make u laugh.
(takder kena mengena dgn yang hidup ataupun yang belum hidup)
remember must laugh yahh.. DON'T BE
>Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan.
>Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab
>dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
>Murid-murid: Faham, cikgu!
>Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
>Murid-murid: (senyap)
>Cikgu: Pandai!
>Murid-murid: Bodoh!
>Cikgu: Tinggi!
>Murid-murid: Rendah!
>Cikgu: Jauh!
>Murid-murid: Dekat!
>Cikgu: Keadilan!
>Murid-murid: UMNO!
>cikgu: Salah!
>Murid-murid: Betul!
>Cikgu: Bodoh!
>Murid-murid: Pandai!
>Cikgu: Bukan!
>Murid-murid: Ya!
>Cikgu: Oh Tuhan!
>Murid-murid: Oh Hamba!
>cikgu: Dengar ini!
>Murid-murid: Dengar itu!
>Cikgu: Diam!
>Murid-murid: Bising!
>Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
>Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
>Cikgu: Mati aku!
>Murid-murid: Hidup kami!
>Cikgu: Rotan baru tau!
>Murid-murid: Akar lama tak tau!
>Cikgu: Malas aku ajar kamu!
>Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
>Cikgu: Kamu gila!
>Murid-murid: Kami siuman!
>Cikgu: Cukup! Cukup!
>Murid-murid: Kurang! Kurang!
>Cikgu: Sudah! Sudah!
>Murid-murid: Belum! Belum!
>Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
>Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
>Cikgu: Oh! Melawan!
>murid-murid: Oh! Mengalah!
>Cikgu: Kurang ajar!
>Murid-murid: Cukup ajar!
>cikgu: Habis aku!
>Murid-murid: Kekal kami!
>Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
>Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
>Cikgu: Sudah, bodoh!
>Murid-murid: Belum, pandai!
>Cikgu: Berdiri!
>Murid-murid: Duduk!
>Cikgu: Saya kata UMNO salah!
>Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
>cikgu: Bangang kamu ni!
>Murid-murid: Cerdik kami tu!
>Cikgu: Rosak!
>Murid-murid: Baik!
>Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
>murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
>cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
:2lol:
cikguonline - August 7, 2006 07:58 AM (GMT)
| QUOTE (nurr_83 @ Aug 5 2006, 04:34 PM) |
Assalamualaikum... Saya ni nak kongsi citer lawak.. maybe tak la best sangat... tapi kalau berada di tempat saya masa tu... maybe geram bercampur lawak jugak la....
actually saya ni guru praktikum... biasalah..budak2 bukan takut dgn cikgu praktikum. Then, satu hari tu masuk lah topik PROBLEM SOLVING INVOVING PERIMETER and AREA.
Of course la... susah nak fahamkan budak2 ni sebab we teach in english. Cara saya mengajar prob solving ni adalah dgn mggunakan 3 basic question: 1) what is given? 2) What is asked for? 3) What operation involved?
bila dah bagi worksheet kat budak2 ni... saya pun round la 1 kelas... tgk2 budak2 yang lemah...yg tak buat keje..yg tak paham.... then, sampai lah kat sorang budak ni... dia tak buat keje... coz dia tak paham soalan.
so, saya pun p lah explain problem tu... tanyalah 3 basic question tu... 1) apa yang diberi dlm soalan tu....? (length..breadth...)
then saya tanya soalan basic yang ke dua.... what is asked for? apa yang soalan suruh kita cari? soalan suruh kita cari apa? apa yg soalan nak..? macam2 la saya tanya dia.. nak bagi dia jawab soalan tu. bersungguh-sungguh saya tanya soalan tu. dengan muka yang confident, jujur dan tak bersalah... murid tu menjawab.... soalan tu suruh kita cari JAWAPAN!! hish... mmg lah soalan suruh kita cari jawapan!!!!!!! tak sangka dia akan jawab cenggitu.
saya ni pun.... geram pun ada.... betul juga jawapan bodoh tu...nak tergelak pun ada..... heiiii anak murid ku.. actually he answer... like this..: -what is asked for? (answer : perimeter / area)
macam2 hal.... :2lol: [COLOR=blue] |
:lol lawak .... dia tak faham BI tu... aku sekolah dulu lagi lawak cukgu tu tanya aku aku tanya dia balik (ulang soklan dia) :2lol:
Asabakri - August 7, 2006 08:23 AM (GMT)
KECICIRAN. Konsep Keciciran ini saya yakin cikgu sekalian telah pun memahaminya tetapi barangkali terlupa apabila melaksanakan P&P disebabkan tekanan terhadap keperluan bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran.
Setiap P&P seharusnya tidak mengabaikan apa yang dikatakan sebagai "entry level behaviour" para murid/pelajar. Sekiranya ia terlalu tinggi pasti murid/pelajar akan keciciran dan jika terlalu rendah murid/pelajar akan rasa bosan.
Bagi Cikgu mengajar Bahasa Inggeris dan juga yang mengajar subjek menggunakan Bahasa Inggeris perlu menilai keupayaan dan kebolehan murid/pelajar kerana Bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa kedua. Lihat sahaja buku teks misalnya bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dan cuba cikgu nilai, bagi majoriti murid/pelajar tidak memahaminya. English-nya terlalu tinggi, hinggakan para pelajar Tingkatan 5 pun banyak perkataan yang tidak mereka fahami. Ini bererti para pelajar bagi Tingkatan 2 khususnya para pelajar di luar bandar (Melayu) telah pun sedia keciciran dari segi memahami pelajaran.
Keciciran, apabila dipaksa juga untuk berlari atau membuat kerja yang menyebabkan kepayahan dan kesukaran memahami, akan menyebabkan kebosanan di mana kebosanan juga adalah merupakan kebencian dan stress.
Untuk itu apabila melaksanakan P&P menggunakan bahasa Inggeris, pastikan tahap bahasa Inggeris yang digunakan itu adalah di tahap yang difahami oleh murid/pelajar. Misalnya sekiranya kelas itu Tingkan 2 tetapi tahap kefahaman mereka menggunakan Bahasa Inggeris ialah di Tahap Tahun 4 di sekolah rendah, maka tiada pilihan lain, para cikgu kenalah menggunakan Bahasa Inggeris di tahap Tahun 4 di sekolag rendah itu apabila mengajar Sains atau Matematik bagi kelas Tingkatan 2 itu. Jika tidak dilaksanakan sebegitu, kedua-dua pihak akan kecewa, iaitu guru sendiri dan lebih-lebih lagi para pelajar/murid cikgu.
Buku Teks yang digunakan oleh para murid/pelajar itu juga kita kena pastikan sama ada para murid/pelajar itu mempunyai kemampuan memahami bahasanya. Jika sekiranya membacanya pun mereka tergagap-gagap untuk menyebutkannya, bererti mereka adalah dalam keadaan keciciran, dan tidak mampu untuk menggunakan buku teks itu sendiri. Ini bererti walau pun mereka dibekalkan dengan buku-buku teks tetapi bahasanya terlalu tinggi kepada mereka, objektif buku teks tersebut menjadi sia-sia. Bagi mengatasi masalah ini para guru sendiri kenalah membina buku teks tersebut dengan menggunakan tahap bahasa yang setaraf dengan kefahaman oleh para murid/pelajarnya.
Dalam menyampaikan pengajaran, kerap kali para guru terlupa mengenai "entry level behaviour" ini, termasukkah penggunaan bahasa. Sering kali guru sendiri menggunakan bahasa yang tarafnya terlalu tinggi, iaitu menggunakan bahasa yang tahap ketinggiannya mengikut tahap bahasa guru itu sendiri apabila guru itu menulis atau bercakap dengan orang yang dewasa berkelulusan universiti. Ini yang sebenarnya yang menjadi faktor juga, kenapa para pelajar/murid terpinga-pinga dan tidak memahami.
Justeru, mengajar juga perlu adanya kefahaman terhadap teori komunikasi dalam P&P. Apabila berlakunya keciciran dalam aspek bahasa yang digunakan bererti tiadanya pertindanan pengalaman antara bahasa guru dengan bahasa para murid/pelajar, akibatnya berlakunya jurang komunikasi di mana para murid/pelajar tidak memahami mesej guru.
Justeru pastikan para murid/pelajar cikgu tidak keciciran dari aspek bahasa yang cikgu gunakan semasa melaksanakan P&P.
Wasalam.
.
hartiniazhar - August 9, 2006 11:25 AM (GMT)
:) Nak tambah sikitlah.......if you are teaching English or using English in other subjects, do not hesitate to use BM as a minor translation. No use if students cannot interact in that language if the teacher use high proficiency level of English to the students. Kite kene terime hakikat......kite adelah second language learner(ESL), jadi no matter how good we are....our proficiency in English takle sehebat orang putih! Unless.....if you are well taught in that language. Tapi most of our English teachers are ESL, so kite kene maintain that level bile kite nak our students kite interact in that language. Saye setuju dgn komen Cikgu Asabakri....kalau tahap form 2 students setakat level year 4, lebih baik ikut level lebih rendah so that ape yang kite nak sampaikan pada students jadi lebih mudah pade deme. There are so many mistakes in text book, I noticed....memang bahasenya terlalu tinggi untuk difahami oleh anak-anak kite. Itu sebab kene buat kajian yang mendalam terlebih dahulu sebelum nak lancarkan PPSMI. On the other hand, it's a challenge for PPSMI teachers....macam mane nak permudahkan lagi istilah/perkataan for our students. Sedih bile students tak dapat fahami ape yang kite ajor hanya disebabkan oleh language gap!
nurr_83 - August 9, 2006 03:23 PM (GMT)
tulah...saya pun ada bincang2 jugak dgn member2...lecture pasal eTEMS ni lah..
ok look now, kalau kita mengajar fully in English..of course budak tak paham lah.
Tapi kalau kita mengajar campur-campur...english + melayu... budak blajar 2 kemahiran sekali gus... contohla macam tajuk 2 D shapes. Murid kena kenalpasti yang mana satu edge, vertex, face... sebagai guru...untuk memudahkan lagi pemahaman murid, of course kita akan bahasakan pulak... vertex = bucu, edge= sisi...etc.
So... nampak tak.. budak2 lagi pening.... sebab murid2 blajar 2 subjek dlm 1 masa! English & Maths! Sedangkan kedua2 subjek ni kita tahu bahawa ianya susah dan amat kritikal! murid yang hebat2 jer boleh catch up macam ni.. yg sebetulnya,
saya amat menyokong kalau maths dan sc diajar dalam BM semula.
kadang2 saya terpikir.... mmg kita cuba translatekan ke bahasa melayu semasa p&p. so, masalah murid tak faham english tu hanya dapat selesai di dalam kelas sahaja. Sekiranya murid ni jawab soalan UPSR 2008 nanti.... bolehkah murid2 ni faham kehendak soalan? kerana sebelum ini ada guru yang membantu murid utk memahami soalan.. sedangkan dalam xam... murid perlu baca dan jawab sendiri.
hmmm...macam pagi tadi saya jaga xam maths year3... budak2 selau tanya pada saya... apa soalan ni nak? nak bahagi atau darab? kesimpulannya murid tak paham.... keywords nya.... share equally = bahagi. total=sum=jumlah .
dan byk lagi istilah2 yang susah....untuk murid fahami dan translate in bahasa. :stp:
"bahasa jiwa bangsa"
nurkamar - October 21, 2006 04:19 AM (GMT)
sbbaik dia jawab..." kita kene cari jawapan"
kot diulang soklan kita cam cikguonline....memang lagi haru :2lol: :2lol: :2lol: :2lol: :lol :lol (sama arrr kiter time kekecik dolu... kene pulas pusat baru tau maksud cikgu :lol :lol :lol )
*** selamat maju jaya adikku nurr_83 :love: ;)
hartiniazhar - October 23, 2006 03:03 AM (GMT)
:) Pernah tutor teman kat OUM kate, orang puteh pandang tinggi pade kite sebab kite boleh menguasai sampai 3 bahasa (in everyday conversation) dalam Malaysia. Tapi orang puteh cume tahu bahase ibunde deme je unless kalau deme belajar bahasa asing.
Semalam mase ngajor Sains kat anak teman di rumah, I came across this word, "GERMINATE", melopong teman nak cari maknenye sebab teman tak pernah dengor dan gune perkataan ni. Kekadang teman pikir kerajaan ni terlalu ambitious nak mengorangputehkan anak-anak melayu kite. Sampaikan bahasa sendiri pun terabai. Tu sebab orang tak respect BM tapi took BM for granted when it comes to something very important. :hmm: